Pendapat tentang menggugurkan kandungan

Hi, saya ada baby 1yr11m boy, skrg umur laki bini 33thn. Dulu nk dpt baby lambat juga tunggu dlm 2yr+.. Tapi skrg cek UPT positive pula preggy, sy kira2 dlm 1-2bulan period tak consistent. Gaji household laki bini dlm Rm10k+/- tinggal di shah alam. Expenses 1 kereta, 1rmh sewa and 1 rmh beli. Rasa tak ready lagi nak ada anak no 2. Financially and physically tak ready duduk bandar ni. Kalau sy gugurkan kandungan, kami dikira belum berdosa lagi sebab kandungan masih belum ada roh. Hati masih berat utk gugurkan. Mcm mana?

50 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

alright i believe u have heard everything by now. people r trying to save your from future guilt,,plus gugurkan anak ni byk risiko trhadap badan u sendiri. rn focus on urself.try deep breathe,seek psychiatrist,have your me time mkn sedap2,,jgn stress2.weekend ajak husben pi pantai ke apa.healing2.borak dgn kwn2,jgn duk sorang2. also dear;i have your problem when i was carrying first born 🤣 so yes faham sgt feeling eh tiber eh maleh aku tu. tapi nk buat camne dah ada,so try my best la. kita jaga bagai nak rak tapi letak kt org lain jadi jahanam.dibagi makan merapu,,dgn barannya lagi..pengasuh pon bukannya boleh harap. kita nak bagi yg trbaik tapi ad je mulut2 mata2 xpuas hati.i wasn't ready at all plus i have tonnes of health issues and other never ending problems but~ somehow i managed till today.rn dh ad 2nd child. monthly commitment tu Alhamdulillah ade sengkek jugak 🤣 tapi we laugh it off instead of stressing ourself.nak pkir masalah tmpat kerja smpai bila2 takkan habis,so we learn to live with it. kata2 husband;"nak pkir psal duit smpai bila2 tak habis.kita bagi yg termampu.budak2 tak tahu apa,ajar diorang to live humble.they will understand one day." some advice from my dad:"your feelings r valid,your concern is valid but don't wallow yourself too much in it. you're stronger than u look.what have u achieved till today?banyak kan. give yourself some credit.dont be too hard on urself " my mom:"takyah pikir bukan2,buat sakit kepala je.budak2 faham bila orang tua cakap,try cakap kat dia. mmg mak2 ni kdg2 trpaksa survive sendiri,,kene kuat sdiri.sakit tunggang terbalik pon sendiri..sbb tu pahala jdi mak ni banyak.inshaAllah anak awak akan jadi anak solehah/soleh amin". finally from me:nk dpt sorang tu susah,nak jaga lagi la susah.nak besarkan tramat susah.tapi at the end of the day,,it will all worth it.take a break if it's too overwhelming,and start again.dah jgn nngis,kesian baby nangis jugak tu 😢 kuatkan diri ye momi

Đọc thêm

Dear tt…i’ve read all the comments here. Mana comment yang kasar dan kata you bodoh whatsoever, just ignore je. Some people mindset lain dari kita. Yes kita tau anak tu adalah rezeki dari Allah. But some people lupa bahawa anak tu juga adalah amanah dari Allah. Kita dah belajar bersungguh2 dari zaman sekolah dan dapat kerja yang okay, one of the reason because kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita. Kita kalau boleh nak hantar anak pergi macam2 kelas such as taekwando,music,foreign language,sports,etc - all of this need our hard earned money. Orang perlekehkan you gaji 10k but still kata tak mampu. Diorang tak tau mindset kita macam mana. Like i said lain org lain mindset. And i think we are in the same mindset hence i faham apa maksdu you tu. Regarding the second baby, maybe because you are still in your early stage of pregnancy,makin lama nanti insyaAllah your mother instinct akan makin kuat. You will grow to love your future baby even more. Jangan risau psal mampu or tak mampu, percaya je dengan apa yang Allah plan untuk kita. Even if you already plan for your second baby,but still lekat juga, itulah rezeki. Kerja bagus,family bagus, itulah rezeki dari Allah. Dan anak kedua ni juga rezeki dari Allah. Lain lah kalau you tak plan,tak makan pills or tak pakai protection, tapi ter pregnant tapi mengadu tak mampu tu lain cerita lah . Tu baru layak utk panggil bodoh 😂 so to you, relax just enjoy the flow. Believe in yourself. You can do this. On the other hand, imagine ni jug rezeki kepada anak sulung untuk dapat adik aka new friend. 💗 Rasanya boleh delete this posting if some of the comments abbit harsh because they dont understand you, they understand US😭 diorang tak berada di tempat awak so diorang tak faham

Đọc thêm
2t trước

Terasa berbaloi usaha sy selama ni. Sy bkn jenis yg bg hp nk ‘memudahkan’ urusan. Semua mmg hardworks. Jd sy risau no 1 terabai bila ada no 2 n character dia berubah jd kasar/ rebellious mcm certain bdk umur dia. Sy syg sgt ank sy tu.. sy nangis n dy nampak, dy hulur napkin dy suh lap, suapkan buah kt sy. Ya Allah😭 Mmg byk sgt brg keperluan ank yg sy beli sndri/usahakan, dari pinggan mangkuk, baju, buku2, mainan, botol susu, even sabun mandi n cuci pun sy asingkan beli sndri. Belum lg cream2/ minyak dy dr baby sy siapkan. Even babysitter pun sy yg byr. Jgn ckp playgroup/swimming class dy mmg lah sy yg usahakan. Sy tahu tahap financial husband so sy xde nk paksa2 dia bg. Dy cuma bg basic shj. Terima kasih tau puan. Sy sgt hargai. Harini sy refer psychologist to seek for help. Sbb sy jd anxiety n menangis setiap kali fikir/nampak muka ank first sy. Terima kasih ya..

Terima kasih yg komen baik2, yg bg pendapat bernas and nasihat baik2.. Sy perasan ada yg remarked follow post sy ni, maybe ramai yg nak dgr pendapat bernas/baik juga dari mak2 yg lebih berpengalaman/berilmu. Kami merancang tapi Allah juga merancang. So lekat jua. Yg ckp xjual kereta, ktorg dh downgrade tinggal 1 kereta. Yg ckp sewa saja rmh, mmg kitorg menyewa shj, rmh beli tu pun husband punya. Masa anak first lg dah suruh jual tapi dia taknak. Byk sgt brg dlm rmh sy yg tmbh/cukupkan. Husband tlg je, tapi tak cukup. Both of us master graduates. Gaji nampak byk, tp xpayahlah kot cerita detail financial management kami. Sy menangis dlm kereta balik drpd jumpa doctor. Byk benda sy masih nk buat dgn ank first, byk benda lg nak belikan utk dia, risau tak dpt bg kasih syg secukupnya/equally. Dgn husband selalu sgt outstation, baru anak 1 pun dh mcm sotong dgn kerja n hal rmh. Ank first sy dpt bg mkn sebaiknya, ikan salmon almost every week, rak buku penuh, mainan dh mcm homeschool, hari2 sy dpt bacakan buku, sy ajr mkn sendiri, breastfeed etc2. Kuning shj 2 bulan dulu. Dgn trauma beranak 12jam dulu masih berbekas, sy jd takut EDD December ni. Ya sy mmg lemah, sbb sy cuba nak jd yg terbaik. Husband sy helpful, tp dy selalu outstation. Nak kerja luar bandar takde position sesuai. Nk duduk rmh murah tp jauh, mcm mana kebajikan ank2 yg sebenarnya byk hidup dlm kereta drpd dlm rmh. Tq yg ckp hidup ni kita harungi je. Mungkin baby tu penyelamat/ husnuzon. Sy faham ank rezeki, tp nk ada ank ni juga amanah. Sy tunggu atleast ank 4thn so that babysitter/yuran sekolah dh murah sikit.. Amanah sepatutnya dtg dulu sebelum rezeki😭

Đọc thêm
1t trước

Sis, saya pun hampir sama dgn sis dari segi financial and spending. Saya dapat anak ke-2 bulan march lepas. Walaupun anak sulung saya dh 4 tahun. Saya masih lagi tk ready. We will never be ready. Baby 2nd saya ni pun tk dirancang. Padahal masih lagi trauma 36 hours in labor waktu bersalinkan si sulung. Jahit terbuka, PKP Lagi. Tahu tahu pregnant. Saya pun nangis sb takut saya tk adil dgn anak sulung, takut tak boleh nak bahagikan kasih sayang. But alhamdullilah since my 2nd born is here, rezeki tu ada je. Dont worry too much, ada jalan dia. Selagi kita usaha. Also, saya involve kan anak sulung saya dgn my pregnancy. Saya bawa pergi checkup, bagitahu dlm perut ni adik dia. Penerimaan dia sangat bagus. Talking about babysitter/yuran dah murah. Anak saya dh mula sekolah dari umur 1 tahun, piano class, swimming class. Tak tahu mcm mana kami boleh spend so much . Tapi alhamdullilah rezeki tu ada selagi kita usaha dan kena tekadkan niat yang aku nak bagi yang terbaik untuk anak anak.

i don't who you are sis tapi sy harap Allah swt permudahkan urusan u. if u terdetik nak gugurkan sbb bukan masalah kesihatan, just minta tuhan detikkan hati u lg untuk lebih hargai apa itu anak wlaupun anak tu bru umur 1 hari dlm rahim. bab rezeki yess kita semua sbnrnya sama je, ada gaji bnyk tp sbb commitment sama je level dgn gaji 1k. hjung bulan kuis2 cari duit utk survive hari esok. if you believe you cannot go through this, seek help. cari saranan doktor, financial people yg boleh assist you. sbb bukan saja2 Allah swt tiupkan sesuatu dlm rahim seorg ibu. sbnrnya ia tepat je just kita mampu ke tak nak ambil cabaran tu. cuba jgn fkirkan your past, think about future. mana la tahu bersalin ehh ehh tak pyh teran dh keluar baby, who knowsssss. mana la tahu husb u tak perlu outstation dh then dia yg akan tlong u dlm besarkan anak 1st then you can focus on 2nd child. who knowssss. i believe there is some good parts from what you have so worried about. just ambil nafas skejap, tenangkan diri then cuba ambil the good parts apa akan jd in your life from your pregnancy ni instead of you fkir bnda2 negatif. okay mommy. i doakan u.

Đọc thêm

Saya rasa saya faham apa awak rasa. Actually saya pun dlm fasa ttc anak pertama lepas keguguran tahun lepas. Both husband n wife kerja. Gaji household dlm 8k+. Walaupun belum ada anak lagi, kdg2 saya takut dan nervous, mampu ke saya n suami ada anak dari segi financially and physically? 😭 kadang2 rasa tak mampu walaupun gaji household 8k+. Sbb kitorang nak bagi yg terbaik untuk bakal anak kitorang nanti. Masing2 pula kerja engineer yg busy, kadang2 pun kerja sampai terbawa ke rumah. Kadang2 takut tak cukup masa spend dengan bakal anak nanti. But i believe that, itu cuma mainan perasaan kitorang je. Kita yg melebih2 takut atau nervous. So my husband and i just go ahead with our ttc journey and at the same time kitorang kukuhkan lagi kitorang punya financial planning and time management. So for your case, my best advise is that, prepare yourself to be a mother of 2 during this few months before your EDD. Percayalah dengan aturan Allah dan always believe that you can manage this. Pls do not overthink. Its just in our head. Take care pls ✨

Đọc thêm
2t trước

Ya Allah thank you for sharing this. I crieddddd🥲🥲 I did shared my reply after ive read many comments earlier. There are so many buts, i am mentally not ready, financially not ready and even physically not ready too. Honestly sy lebih pada takut tak dpt bagi sebaiknya mcm dkt ank no 1 skrg. Sy xnk bg yg asal boleh dlm keadaan ekonomi skrg. Byk brg dlm rmh sy yg tmbh lg2 utk development anak, sy mmg tak confident dgn financial husband. Bukan tak rancang, tp lekat juga. Selama ni baca mak yg ank rapat2, gaji rendah rasa peritnya fikir. Ni mcm jd dkt diri sendiri pulak. Sy syg ank no 1 sy. Idk if i can manage this😭

there is nothing as 'kandungan masih belum ada roh'; it's a living foetus albeit 12weeks of age.They moved,anda je yg taktahu.Yakin je tak berdosa eh?banyak duit nak gugurkan anak eh? 10k is more than enough, downgrade your lifestyle,go buy only the necessary stuff kat speedmart pon murah,rent house, minimise as much as spending u can. kalau kene jual kete pon u jual. Hidup ni dah tak berpaksikn u guys dah bila dh ada anak.tak boleh dduk bandar,dduk separa bandar/kampung terus. nk groceries murah cari rumh area laut watnot. nk stop kat anak dua tu pon ok.nk dpt dua tu pon bukannya senang. nanti dh dpt anak tu,gajikan CL/maid lagi baik drpd hbiskan duit pi klinik harom anda ye. kete dgn rumah u tu takboleh bwk ke mati ok?with great guidance,anak2 u ni jadi harta lagi berharga drpd segunung emas atas muka bumi ni ok? fix your attitude n mental fortitude, you're better than this gurl~ and oh,semakin byk gaji tu jgn smakin tinggi nafsu menambah liability.mmg sengkek la jadinya.

Đọc thêm
2t trước

totally agreed !

maaf ya haram gugurkan..org lain berusaha nak dapatkan anak..mcm kami ,lain anak lain rezeki dan mmg betol...urusan mudah,kesihatan yg baik pun slh 1 rezeki bkn dkt duit semata2..10k xcukup? kmi 1.3k gaji tu boleh hidupan 3org anak smua rapat2...kdg rsa xkuat...n hidap anxiety n depress..tpi ada 1 bnda yg sy fikir"KALAU SY TAK KUAT MCMNA SY BOLEH BERTAHAN SAMPAI KE TAHAP INI" Thts why sy biarkn semua berlalu dengan proses dia sendiri...kdg terfikir mcmna boleh settle semua benda ya dgn gji sekecil tu hehehe...Ajaib kan...Makin kita memikir ,makin stress la kita dan makin rsa xcukup serba serbi xkena...yg penting kna sentiasa usahaa bt yg lebih baik... sbb anak 2nd ni selepas anak 1st bru setahun czer..kmi xrancang tpi tuhan dh beri...sma juga anak 3rd ni.. syukur 2nd n 3rd tu normal.. nn mmg bnyk sgt perubahan dia... hari2 fikir apa yang jadi tu semuaa 1 kejutan..sbb bnda yg kita xboleh jangka terjadi..thts y kami suami isteri anggap sbg 1 surprise dlm hidup kami... bersangka baiklah,maka yg dtg tu baik2 semuanya...

Đọc thêm

Hi sis! After read all the comments, i think u r a great mom.. Awak jnis yg merancg & awak nak yg tbaik utk anak awak... Sye pun ade plan mcm2 utk anak sye.. nak hantar klas renang, taekwondo, memanah, tp klu sye buat semua yg sye plan tu alamatnye ktorg tdo bwh jambatan la.. hahaha.. Sye rse sis msih dlm fasa tkejut & susah nk terima sbb awak x plan kn.. Jd awak rse mcm susah & x mampu.. Mgkin awak bley muhasabah diri blek & fikir kenapa Allah bg rezeki di saat awak x mintak? Mungkin Allah nk ingtkn awak sepandai mana pun awak merancang, Allah pun merancg & perancangan Allah tu sebaik2 perancangan.. Mgkin jugak sekadar teguran/ peringatan.. selama nie sis pegang 'rezeki' tu hasil yg kte usahakn, tp sebenar2 rezeki tu adalah yg Allah beri.. Nikmat yg sebenar tu rasa 'Cukup' yg kte rse.. Sbb tu ade org gaji 2k, dye rse ckup walaupun bjimat, mkn pakai ape yg ade.. ade yg gaji 30k masih lg rse x ckup.. Ape pun take your time & jgn btindak tburu2.. bdamai la dgn takdir..

Đọc thêm
2t trước

Suka komen puan. Ya! Semoga kita sentiasa rasa cukup atas pemberian Dia. Sy pn dpt anak rapat setahun. Terkejut unplanned. Tp berbalik kpd Perancangan Allah. Dia sebaik2 perancang. Kita cuma perlu redo. Belajar utk bersedia dan urus kewangan dgn baik. Berdoa kpd Allah semoga permudahkan urusan kita. Sentiasa. Terima kasih atas nasihat puan. Sy hrp sy sentiasa tenang dan berdamai dgn takdir. Rezeki anak yg tak disangka2.

Jangan sis. Susah2 sis, ada yg lg susah dri sis tp tak decide utk gugurkan. Mcm sy, 1st child umur 7 tahun. Skrg sy tgh preg 11w. Msa 7w tu down sgt bila tahu. Apa lg support sistem sy membantah dan tak nak juga. Alasan sbb kwgan. Hsbnd sy sdri bekerja gaji 1300+ lps tolak kwsp. Expenses, sewa rumah,kereta, motor, keran & lain2, saya boleh agak bersih yg tggal utk sbulan cuma 400 tak termasuk komisyen yg msuk tgh bulan. 400 tulah utk belanja dapur myk keta motor smua dgn ekonomi skrg. Tp sy bekeras xnk gugurkn sbb sy takut berdosa dn dpt balasan ssh mgandung d masa dpn. Lgpn insyallah sy yakin tuhan tak bagi sy rezeki anak kalau dia tau tak mampu dn akan sshkan kami. Insyallah sy ykin anak akan bwa rezeki dn kkuatan utk sy. Anak sy yg 7 tahun happy sgt. Dia paling happy dn tak sbr tggu adik dia keluar. Sy sebak sbb suami msih denial dan hbungan kami jd smakin renggang skrg. Sy tk dpt pn princess treatment smasa mgandung😢 tp tk pa sy kuat demi anak. Slgi boleh jgn gugurkan ya sis.

Đọc thêm

I nak cerita experience i lah. Anak no dua ni anak yg tak dirancang. Dtg tetiba je. Financially, lebih kurang awak lah. Mmg nampak banyak. Tp i duduk kl so i pahaammmm sangat apa perasaan u. Sbb financial orang tak sama org takde kt tempat u and berapa komitmen u pun orang taktau. So i taknak sentuh bab tu. Tapi kan sis, masa i tau i mengandung, i pun tgh ada conflict mmg takleh nak fikir masa tu. Tapi, bila i bertenang dan cuba fikir positif, i embrace kandungan i dan anggap dia sebenarnya penyelamat i sbb bila adanya dia dalam perut i, macam2 benda baik jadi sbb kita husnuzon sis. Sebabtu lah gelaran dia #littlesaviour. Sebab dia wira i. Dia penyelamat i, dan keluarga kami. Anak2 i mmg ada gelaran memasing heheh. Jadi sis, fikir masak2 ya. InshaAllah kalau awk berserah, berdoa dan berusaha, yg baik2 je akan datang in future. Kita redah je, ni hidup kita kan? U akan nampak hikmahnya sis. Skrg tak lagi, sbb u tengah serabut. Doa byk2. Take care sis

Đọc thêm