Heeda Nordin profile icon
Kim cươngKim cương

Heeda Nordin, Malaysia

Contributor

Giới thiệu Heeda Nordin

Advertising Mom Fitness Mom Mother of 2 baby girl ?

Bài đăng(13)
Trả lời(837)
Bài viết(0)

Bibu Rant: 10m breastfeeding journey

Saja la i nak bercerita, tengah rehat2 tulang sakit2 menyusu anak extra manja harini. Yesterday was chaotic. Peti ais tetiba tak membeku, stock emergency defrost sikit2. Dapat tahu tgh malam pula tu. Jenuh otak ni berfikir mcm mana nak selamatkan susu tu. Call semua orang dgn harapan diorang tak tidur lagi. Dah pukul 1am pun. Lari pergi office tengah malam nak tumpang peti, handprint tak boleh read. Last2 call mak, dia jawab and kasi tumpang peti ais dia. Drive laju2 pergi rumah dia, dengan kena roadblock lagi. Esok sepatutnya kerja. Balik tu singgah 24hrs mart beli ais nak bagi tahan makanan basah dalam peti. Bukan taknak buat untuk susu badan, tapi susu badan cepat defrost and i taknak tanggung risiko. Sampai rumah dah 230am, badan dah tepu message boss nak EL the next day. Ibu menyusu, memang tak cukup tidurnya dgn kerja lagi. Nasib lah dapat boss cantik dan memahami. 😂 So benda ni buat i teringat betapa susahnya i berjuang nak menyusu anak2. Anak pertama tak banyak ilmu. Pun begitu, anak i tetap dapat menyusu walaupun tak penuh, anak kedua i cuba lagi. Jadi lebih baik dari sebelumnya. Kalau dulu i takde support, sekarang i yang cari support. Sampai i pula boleh share ilmu dgn yakin. Walaupun postpartum kalini i underweight, i masih dapat menyusu anak dgn jayanya. Rasa bangga pula, sangat2 bersyukur. Tambah2 dapat bantu ibu2 yg terdekat. Support group yang bagi semangat, lagi berkobar2 niat tu nak menyusu. Walaupun orang luar, tak kenal secara dekat pun, i rasa dekat sangat. Cumanya, kadang2 tu ada lah dengar dari orang terdekat / extended family. Badan kurus tu, ada ke susu? Dada kecik sangat, macam takda je susu tu. Kalau i yang dulu, confirm patah jiwa. Tapi sekarang, i relax je. Buktinya depan mata, anak i sihat je membesar dgn jayanya. Tak underweight, tak pula besar mcm michelin baby. Alhamdulillah, semua ok. Kalau dulu, i penat i give up nak pump. Sekarang, i cuba sehabis baik. Takde orang bagi semangat, tak apa, i pep talk diri sendiri. Rasa puas dapat set goal untuk diri sendiri. Tapi dalam happy i, i tetap beringat. Jangan sakitkan hati ibu2 yang pilih jalan lain untuk besarkan anak2 dia. Kalau ibu2 pilih untuk formula feed anak dia, itu pilihan dia. Vice versa. Kita masing2 tak sama. Tapi kita ada similar goal which we want the best for our children. Dan kalau ada ibu yg cuma blh susukan anak dia sekejap atas kekangan, dia bukanlah gagal. Kalau lah i boleh jumpa diri i yg dulu, i nak cakap dekat diri sendiri yang you have done your best and you are not a failure. Ok done ranting. I harap ibu2 yang sekapal dengan i sentiasa kuat semangat! You are not alone in this! 🤍

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

Bibu’s Journal - GDM, Pre-Diabetes, Weight Lost

Hi Moms. Lama tak bercerita kat sini. Harini I nak cerita tentang journey dari GDM, Post partum pre-diabetic, how I managed to reverse it and now sedang dalam proses naikkan berat badan. Kalau moms follow I punya GDM journey, I ada bagitau I macam mana perjalanan I jaga pemakanan, diet dan workout. I cant lie, perjalanan tu sakit ya. Mana nak makan, cravings benda manis tapi tak boleh sebab jaga baby dalam kandungan. I kalau boleh taknak sentuh ubat, sebab taknak biasakan badan bergantung pada ubat untuk kawal gula dalam basan. I tau I boleh buat, yang penting kena kuatkan semangat jadi sepanjang kandungan, I memang kawal ketat. Nangis tak payah cakap lah, tiap2 malam mimpi makan makanan sedap, bangun pagi, nangis. Tapi Alhamdulillah, kandungan sihat, baby lahir sihat dan bebas diabetes. Beberapa bulan lepas bersalin, repeat air gula, sangkut Pre diabetes. Nangis lagi. Salahkan diri, what did I do wrong? Kenapa benda ni jadi kat i? dsb. Tapi tak give up. Masih pantang air manis, masih jaga suku2 separuh. Sebab taknak jatuh diabetes pada usia muda. Muda lah juga baru 34 tahun kan hahah. KKIA rujuk pada KK untuk Tindakan lanjut, I pergi untuk follow up. Doktor nasihatkan untuk repeat OGTT masa 8m postpartum. Jadi tunggu lah I beberapa bulan dalam keadaan yang takut2 nak makan, kira kalori, tak sentuh air manis langsung. Bulan February, I perasan yang berat badan I turun lebih 20KG. average weight lost 1KG every 2 months. Berat sebelum mengandung 62-63KG, sebelum bersalin 67-68KG. dan masa tu berat I dah 47 kg. it’s getting alarming. Mula2 I happy dapat turun berat sampai 50KG. happy dapat turun berat sebelum kahwin. Lama2 jadi risau bila dia tak stop turun. So I minta nasihat seorang kawan, I nak buat blood test. Dia advise untuk ambil full blood test including Tumor Marker, hbA1C, dan Thyroid marker. Result keluar 1 day later dan menunjukkan semua normal. Termasuk glucose, I tak ada diabetes / pre diabetes. I lega lah kejap, tapi tak lega sangat sebab masih lagi perlu ambil OGTT next few months. Pertengahan May, I pergi ambil OGTT lagi sekali, and masa ni, I tak letak harapan tinggi. I Tengah risau berat masih turun ke 45KG sekarang jadi I tak jaga makan sangat. Dah start makan Ramen sekali sekala, makan dessert masa celebration. Kerja late nights so lapar and makan biskut. Jadi I memang dah patah semangat, mungkin I masih lagi ada pre diabetes and perlu bersedia ambil ubat beberapa tahun akan datang bila dah di diagnose diabetes. Dua minggu kemudian, I pergi ambil result, dengan tak letak apa2 harapan langsung. Tapi Alhamdulillah, result OGTT kali kedua, Fasting 4.3, after 2 hours 5.0. I bebas diabetes & pre- diabetes. Masa tu taktau nak gambarkan macam mana. Happy, bersyukur sangat2. Tapi I dah bertekad, walaupun dah tak ada diabetes, I tetap akan amalkan makanan sihat dan kurangkan junk food. Cuma, I dah tak perlu takut2 lagi nak makan dan tak perlu kira kalori secara aggressive. Tapi I masih susah hati berkenaan berat badan yang masih turun, jadi I suarakan concern I pada doctor bertugas, and bagitau result darah yang I ambil bulan February. Dia pun pelik kenapa I macam ni, kalau semua result darah normal jadi I perlu repeat blood test bulan Dec ni. Sementara ni, doctor Cuma nasihat supaya I monitor berat badan dan lebihkan kalori dalam pemakanan. Kemungkinan Cuma calorie deficit. I happy, tapi dalam masa yang sama, I masih perlu jaga Kesihatan demi anak2 yang nak membesar. Being a mom, I cant help by overthinking everything. I mesti sihat sebab there’s no one I can rely on yang boleh jaga anak2 sama macam I jaga diorang. Don’t get me wrong, my husband is everything, bapa yang penyayang dan memang boleh jaga anak2. Tapi kalau I tak ada, dia yang susah because we’re a team. Doakan perjalanan I naikkan berat badan Berjaya ya moms. Naik sampai 50KG – 55KG pun ok dah, untuk BMI normal. Kemungkinan I Cuma tak cukup calorie sebab I juga menyusu badan, dan sibuk uruskan anak2. Dah terbiasa jaga 1 anak sekarang dah dua, juggling hantar anak sekolah, taska, kerja dan uruskan rumah probably taking a toll on my body. I sekarang banyak guna shortcut untuk uruskan rumahtangga, tapi kalau ada mommy yang dah senior dan berpengalaman bahagi masa kerja, rumah, anak2 dan suami, dialu2 kan share tips and tricks ya 😊 Thank you for reading. Sayang you moms!

Đọc thêm
Bibu’s Journal - GDM, Pre-Diabetes, Weight Lost
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

TIPS: WORKOUT DURING PREGNANCY

Hi Moms! Kat sini saya nak share macam mana saya kekal aktif semasa pregnancy and workout routine sepanjang mengandung dulu. DISCLAIMER: pastikan mak mak TAK ADA MASALAH KANDUNGAN / KESIHATAN Ketika hamil ya. Kalau ada masalah rahim tak kuat, slip disc, sakit tulang belakang tak disarankan. Saya ada GDM Ketika mengandung jadi memang perlu kekal aktif untuk kawal kandungan gula. Pada ibu2 GDM, pastikan awak WAJIB makan 30 minit – 1 jam sebelum workout untuk elakkan hypo. Boleh check BSP sebelum dan selepas workout kalau nak tau tahap penerimaan / respon badan selepas workout ya. Kalau ada smart watch, lagi bagus untuk pantau heart rate kita. Kalau tak ada pun tak apa, tapi kena sentiasa monitor pernafasan. Rutin saya senang je, 5 hari workout, 1 hari brisk walking dan satu hari rehat. Kalau rajin, minggu tu 6 hari workout, 1 hari brisk walking. Bergantung tahap tenaga saya minggu tu. Kalau tak aktif sebelum mengandung, pastikan start dengan light workout dan tempoh yang singkat. Kemudian baru kita increase dari masa ke semasa. Saya mulakan workout 15minit sehari, lepastu increase ke 20, 30 dan 40 minit. Boleh refer bawah ni untuk rutin saya Ketika mengandung: 1ST TRIMESTER: Low impact exercise. Kita start slow je masa ni, santai2 tak ada guna weight. Sebab masa ni, kita Cuma nak biasakan badan dengan rutin. Tak perlu berat2 macam nak bakar kalori. Contoh adalah seperti dibawah 1. Walking – santai2 jalan kat taman, seminggu sekali. Jalan2 yang macam dating tu kan tak berat. 2. Yoga – pose favorite saya cobra, child pose, cow yg senang2. Saya amalkan ni masa stretching after workout juga 3. Squat, Lunges (with support) , lateral raise (1kg weight) saya buat di penghujung trimester 1. Tak nak buat pun tak apa, tapi sebab saya dah biasa, buat juga lah untuk keluarkan peluh 2ND TRIMESTER: time ni dah boleh guna weight sikit, atau yang mana dah start pakai weight boleh tambah kalau nak. Time ni banyak focus kat leg training. Saya pun dah mula kerap naik turun tangga kalau dekat office. Untuk 2nd trimester juga, kalau boleh elakkan workout yang baring terlentang sangat sebab susah nak bernafas sebab perut makin membesar. 1. Brisk walking – 1 kali seminggu 2. Sumo / normal squat with weight – tujuan untuk kuatkan kaki / lower body in preparation nak beranak 3. Lateral raise with weight – untuk kuatkan upper body & lengan practice dukung baby 4. Lunges with support (boleh pakai foam roller, kalau takde, pakai tangan husband) 5. Side plank : yang ni tricky sikit sebab time tu ada yang dah berat perut. Boleh cuba dgn berhati2 sebab kita taknak jatuh ye mak mak. 6. Inclined push up 7. Step up – kalau tak larat naik turun tangga, boleh cub ani buat kat rumah je. Ambil kerusi kecik, kita naik turun macam naik tangga tu tapi setempat. 8. Bird Dog – yang ni favourite saya sebab dia focus dekat seluruh badan termasuk core. Yang ni boleh bantu kita improve mobility juga. 9. Swimming – masa ni saya pun dah start berenang juga. Bersenam dalam air dan buat stretching dalam air bagus kalau untuk mak mak yang tak larat sangat. 3rd TRIMESTER: basically, apa yang saya buat masa 2nd trimester saya buat juga untuk 3rd trimester Tapi, disebabkan badan dah sarat, semua saya buat with support (kecuali Bird Dog) . Contoh, squat. Kalau dulu takde support, sekarang saya ada support, which is instead of bearing berat dengan kaki, masa squat turun kebawah, saya duduk atas kerusi kalau tak larat. Masa squat pun ibu2 kalau dah tak larat masa ni, boleh opt out weight ya. Kalini kita focus stamina dan kuatkan kaki sahaja. Tambahan 3rd trimester: 1. Jalan Itik – saya start 35 minggu keatas untuk bantu cepatkan bukaan. Nak buat 36 minggu keatas pun boleh, bergantung pada nasihat doctor. 2. Regangan kaki dalam swimming pool – mak dah penat dan selalu sakit pinggang masa ni so banyak buat senaman kaki dalam air dengan bantuan suami 3. Continue naik turun tangga 4. Yoga pose for stretching Lastly, PASTIKAN sentiasa ada teman yang pantau mak mak workout ya. Sebab kita nak elak kemalangan berlaku terutamanya pada yang tak pernah aktif sebelum mengandung. Tapi kalau tak aktif pun, boleh workout yang ringan2, sekadar berjalan petang2 pun dah cukup. Kalau tak larat, JANGAN PAKSA DIRI. Workout ni bagus untuk kita belajar kawal pernafasan masa nak push nanti. Kebaikan workout ni, inshaAllah mak mak dapat kawal pernafasan, dapat kuatkan lower body untuk meneran. Mak mak juga akan alert dengan keadaan sekeliling dan boleh dengar arahan dari doctor dengan jelas. Sebab kita dah latih diri kita dan mental kita supaya kuat. InshaAllah, kalau kekal aktif, boleh kurangkan risiko lemah dan tak boleh teran. Semoga mak mak diberi Kesihatan yang baik dan dapat bersalin normal tanpa koyakan, anak pun lahir sihat tanpa sebarang komplikasi. #mommytobe #health #workout

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

TIPS: GDM (on diet) dan cara jaga pemakanan

Hi moms. Disebabkan ada ibu2 kat sini struggling with diet di diagnose GDM, Saja nak share cara saya jaga pemakanan dari awal di diagnose GDM sampai 6m postpartum. Harap ianya membantu ibu2 kat luar sana Sedikit pengenalan, saya ibu anak 2, kandungan pertama tak ada masalah walaupun hujung2 pregnancy berat mendadak naik. Total berat naik almost 20kg.Saya tak amal kan apa2 healthy lifestyle dan memang nak enjoy je masa tu. Pregnancy kedua, mula2 ingat nak mengada juga lah layan mengidam makan macam2. Tapi awal trimester minum air gula dah sangkut GDM. Nurse minta pergi jumpa dietitian. Masa tu, memang tamparan hebat juga lah. Saya ambil darah juga hbA1c untuk tengok memang ada kencing manis ke tidak sebelum mengandung. Result keluar memang tak ada diabetic / prediabetic cuma nak dekat2 pre diabetic result 5.6 average 3months. Lepas jumpa dietitian dan kuasa google, saya start terus amalkan makanan sihat. Banyak yg saya belajar dari situ. Menangis kat husband sbb tak dapat makan cinnamon roll, mengidam sangat masatu 😝 tapi husband bagi semangat. Disini saya list kan lifestyle change 360 darjah 1. makan suku2 separuh, banyakkan sayuran dan fibre 2. Amalkan makan sayur dulu sebelum makan benda lain and try to eat carbs last. Saya belajar ni dari @glucosegoddess dari instagram. Boleh tengok dia punya profile k. 3. Kurangkan atau stop makan mee, pasta, roti canai dan sbg. Bukan tak boleh, tapi kandungan kalori dalam tepung lagi tinggi dari nasi. Jadi jumlah mee yg awk boleh makan tu lagi sikit. Kita mak mak mengandung ni cepat lapar so saya rasa tak berbaloi. Jadi makan nasi. 4. Nasi kalau yg berkemampuan, beli beras basmathi yg steam tu. Elok untuk diabetic 5. Roti- amalkan wholemeal / sourdough. Ini mesra diabetic. Saya ambil wholemeal masa sarapan pagi sahaja. 2 keping, tambah telur rebus campur mayo sikit, cheese dan unsalted butter. Jenama yg saya selalu guna, nanti PM tepi sebab panjang sangat 😂 nak senang, boleh tengok nutritional value sebelum beli, yg mana kurang gula atau tiada gula dan rendah kalori boleh beli. 6. Ulam-ulaman. Yg ni terpulang pada individu, sebab ada yg cakap tak boleh makan sayur mentah. Tapi sepanjang mengandung, saya amalkan pegaga. Mesti kena ada stock kat rumah untuk saya pair dgn makanan lain. Kalau tak berani makan mentah, boleh je masukkan dalam makanan. Timun pun boleh makan sebagai ulam dan baik untuk diabetic. So far, dua benda ni saya makan dan berjaya kawal BSP 7. Buah-buahan. Amalkan buah2 yang low GI seperti jambu batu, apple hijau dan apa jenis berries. Buah lain boleh je makan, tapi saya nasihatkan google dulu jumlah GI. Ada low, medium dan high. High GI 70 ke atas. Buah tu kalau boleh elakkan. Medium GI atas 55 macam pisang masak tu kalau selalu makan sebiji, ambil separuh sahaja. 8. Snacking. Saya makan buah low GI macam jambu batu dan apple hijau in between meal. Sy makan juga kekacang yg tinggi fibre macam Almond. Sama macam buah, kena rajin google GI & kalori kekacang juga. 9. Susu. Ibu2 boleh minum susu. Tapi kalau boleh minum susu fresh bukan susu tepung. Saya beli farmhouse sebab kandungan gula sgt sikit. Minum satu gelas sehari. 10. Yogurt. Makan greek yogurt tanpa perisa. Tengok nutritional value juga ya. Ambil yg paling sikit gula. Sy selalu juga breakfast overnight oat letak susu, yogurt, chia seed, almond dan buah pilihan. Tapi ikut sukatan yang betul supaya awk boleh kawal kandungan gula. 11. Banyakkan makan makanan kat rumah sebab kita boleh kawal ingredients. Makanan kat luar hatta sup pun ada yg letak gula jadi memang akan tinggi BSP lepas tu. 12. Senaman. Saya amalkan senaman 6 hari seminggu. 1 hari cuti. Jadual senaman pun ditetapkan oleh husband saya, dan diolah ikut kesesuaian ibu mengandung. Memandangkan husband pun seorang fitness trainer, saya takde alasan nak bermalas2 kalau dia train sebab beliau tegas orangnya. 😂. Nanti saya share kan senaman yg sesuai untuk ibu hamil dalam post yang lain ya kalau ada yg berminat. TAPI- sebelum awak buat senaman, minta nasihat midwife / doktor bergantung pada keadaan awak semasa hamil. DAn AMARAN pada ibu yang tak pernah aktif before mengandung untuk mulakan senaman yg ringan dulu dengan tempoh yg sekejap ya. PASTIKAN masa bersenam ada yg teman dan pantau. Amalkan perkara diatas inshaAllah BSP terkawal. Peringatan, ini tips untuk GDM on diet ya. Kalau kena makan ubat, atau insulin mungkin kena tanya pendapat yg lebih pakar sebab saya takde pengalaman. Dan ini adalah perkongsian pengalaman peribadi saya je, mungkin pengalaman ibu lain berbeza. Pastikan juga BSP Terkawal sebelum senaman, sebab kalau hypo, awk akan pitam. Jadi makan sikit 30minit -1 jam sebelum workout. Sedikit penambahan, ibu2 boleh google sayuran tinggi fibre dan herba yang boleh turunkan gula. Sy senaraikan sikit apa yg saya amalkan ya: 1. Curry leaf (pucuk muda) 2. Pegaga 3. Petai (fav) 3. Fenugreek(letak dalam masakan) 4. Chia seed 5. Timun jepun 6. Spinach 10 minggu lepas bersalin, saya fail MGTT. Jatuh prediabetic despite kawal ketat pemakanan. Sebab keturunan saya both parents pun ada diabetic. Jadi saya ada high chances nak dapat penyakit tu dan pregnancy speeda up the process. Sedih, jgn cakap lah. Nangis lagi saya. Tapi saya tak give up, saya teruskan amalan makan sihat sama macam masa mengandung. Bezanya mak tak workout dah sebab tak larat, tapi sebab menyusu badan, bantu juga bakar kalori hari2. Harini, dgn yakin 6m postpartum, buat blood test hba1c, result glucose dalam badan jatuh ke 5.3. Tak ada prediabetic. Alhamdulillah saya bersyukur sangat dan plan untuk teruskan lifestyle baru. Awal2 memang susah, tapi lepas setahun tak makan manis2, dah tak ada craving yg bukan2. Lastly, jgn takut nak makan, tapi pilih la makanan yang betul. Kena rajin sikit je buat kajian makanan apa yg sesuai untuk badan kita dan ambil secara sederhana / berpatutan. Saya doakan ibu2 yang sama nasib macam saya tabah hadapi ujian ni, dan dipermudahkan urusan, semoga mudah bersalin tanpa komplikasi. Semoga tips diatas membantu journey kalian 🫶

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

REVIEW IKHLAS SUPERMAMA AIR PLUS BREASTPUMP (PRO/CONS)

PROS 1. Feature I love the feature as they’re slim, mudah masuk dalam bra and sebab dia nipis, memang takkan nampak kita pakai apa-apa. Bunyi pam tak terlalu bising (56db). Untuk ibu bekerja yang sibuk macam sis, sangat-sangat best sebab boleh berjalan sambil pam, pergi restoran makan dengan kawan2, sambil drive, meeting dsb tanpa ada yang perasan kita pakai. Melainkan kalau awak dalam lift tu, atau tempat2 yang terlalu sunyi boleh dengar juga, tapi bunyi dia macam bunyi cengkerik je. Ada digital remote, so mak-mak boleh control mode, level dan tengok timing tanpa tekan2 dekat bra. Pump ada beberapa mode, auto including massage mode paling sis suka sebab dia menggalakkan let down. Berdasarkan pengalaman, sis dapat let down atleast 2x dalam masa setengah jam pump. Pam akan stop secara auto lepas 25 minit, jadi kalau mak-mak nak pam 30 minit perlu turn on lagi guna remote / manual. Warranty selama setahun, jadi boleh pakai and kalau ada masalah boleh contact customer service. 2. Battery Life Boleh tahan 1 power pumping (1hour) termasuk 3 - 4x normal pump (25-30mins). Kalau battery pump low, akan ada sign merah, low battery sign kuning, full battery sign hijau pada button. Charging duration ambil masa 1-2 jam bergantung pada berapa lama awk guna. Kalau sis guna sampai dah ada sign merah, akan ambil masa 2 jam untuk penuh semula. Atas tujuan keselamatan, power tak akan on bila Tengah mode charging. Jadi mak mak kena ambil kira planning waktu charging supaya tak mengganggu jadual pumping. 3. Compartments Compartments sangat sikit, mudah dibasuh dan dipasang. Macam biasa, compartment macam valve & sealing cap perlu ditukar 4-12 minggu bergantung pada kekerapan penggunaan. Kalau beli 1 pair, dia akan bagi few spares sekali. 4. Customer service Sangat bagus. FYI, Supermama tak ada kilang di Malaysia (as of now), tapi customer service sangat responsive. Sis beli product dekat website, tapi buat pertanyaan di Shopee mereka tetap layan macam biasa. Awal-awal beli, ada masalah pada salah satu motor jadi sis contact Shopee customer service, mereka bantu dari A-Z, dan bila masalah tak resolve lepas beberapa kali cuba pihak Supermama gantikan satu yang baru dan ambil masa kurang dari 3 hari untuk sampai. CONS (and how do I overcome it) 1. Material mostly plastic, shield pun plastic, jadi untuk mak-mak yang dah biasa pakai silicon type, akan ada rasa tak selesa sikit. Tapi untuk sis, ok je pakai lama-lama akan adapt. Dan dia takde lah tak selesa sangat Cuma awal-awal tu rasa keras dan tak lembut macam silicon 2. Susu yang dituang dalam botol tak habis semua. Disebabkan design & bentuk botol dia, susu tak boleh dituang habis. As you all know, susu ibu tu is a liquid gold kan so setitik pun sangat berharga. Tapi lepas beberapa lama pakai, sis jumpa trick nak minimizekan pembaziran susu. Again, practice makes perfect, so bila u dah “kenal” pam susu, you akan jumpa “hack” dia. 3. Steril – pam susu Airplus TAK dibenarkan untuk guna steam sterilizer. Kalau rendam dalam boiling water pun suhu kena jaga. Cara sis sebelum beli UV sterilizer adalah rebus air tapi bila dah to a point air nak menggelegak sis tutup api dan rendam. Kalau takda access kat tempat kerja, sis basuh dengan air biasa dan rendam dalam air panas C****/ C*****. (atau seangkatan) 4. Pemilihan bra perlu tepat – full cover adalah disarankan. Half cup pun ok, tapi jangan push up punya kalau tak dia tak stabil. Tak boleh lean back atau bongkok untuk avoid spillage. Untuk ni, Cuma perlu jaga posture badan sahaja. Kalau pandai jaga posture badan, nak bergerak sambil basuh baju, sambil mandikan anak, sambil kemas rumah pun boleh. 5. Size standard untuk 24mm breast shield, so kalau tak sesuai saiz, kena beli flange untuk fit. 6. Sama macam handsfree pump lain, susu takkan keluar semua. Hand expressed adalah digalakkan lepas guna pump. Kesimpulannya, untuk ibu-ibu bekerja yang sangat sibuk & ada high demand job atau ada anak lebih dari satu, sis sangat recommend Supermama Airplus. Mudah, ringan dan nipis senang nak bawa pergi mana-mana. Supermama di-design untuk mak-mak sibuk jadi feature dia memang sangat menyebelahi kita 😂. For moms that are just like me, nak survey boleh cari di: Shopee: https://shope.ee/1VbKWetY0n Website: https://www.supermamalab.com/products/air-plus-wearable-breast-pump-with-remote

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Pernah rasa macam ni tak?

Anak kedua saya ni, masa newborn pernah nipple confuse. Sebab dia kena warded lepas lahir on antibiotic so nurse suruh pam nak tgk berapa byk baby minum. Awal2 bagi picagari lepastu rasa penat terpaksa bagi botol. Balik tu jenuh nak ajar dia menyusu direct. Menangis la stress sampai marah husband yg takda kena mengena 😂. Bila dia dh pandai menyusu, sy train dia siang botol malam df sbb persediaan nak masuk kerja. Semua ok takde masalah and dia pun paham dah rutin. Dah masuk kerja bermulalah sesi pam 5x sehari / 6x kalau rajin. Utk buat stock for the next day. Pengeluaran susu saya selalunya cukup2 je untuk anak tapi ada juga lebih and akan banyak kalau haritu sy happy. so kena plan betul2 kalau nak pam. Saya guna “pitcher method” (seriously game changer) Selalunya kalau kat rumah bila dia dh tidur baru saya mulakan pam and pam terakhir haritu sy letak dalam botol untuk persediaan kalau dia tetiba bangun or kalau tak sy akan dream feed anak pakai susu yg dh pam sebelum sy sendiri masuk tidur. Anak sy selalunya mmg tidur awal and takkan bangun menyusu paling lama 5 jam. Tapi kebelakangan ni, dia macam boleh hidu je mak dia sentuh pam susu 😂 asal saya tgh pam je, mid way dia akan bangun nangis2 mintak df walaupun dia mmg dh kenyang. Sy tau dh kenyang sbb mmg dia menyusu lama and rasa perubahan breast tu and skrg memang menyusu dua2 belah. Baru sejam dia tidur (bukan nap time) sy pun pergi la pam. Bagi botol dia tepis je botol tu lepastu mencari2. So kita pun tanggalkan pam dan bagi direct je 😅 bukan sekali jadi, berkali2. Pernah tak baby moms buat macam ni? Macam boleh hidu je mak dia tgh mengepam hahah. Maknya pun termenung la tengok pam susu tu yg tak sempat letak dalam botol / storage. Saya pernah cuba tau masa dia tengah menyusu tu slow2 ganti dgn botol. Tapi member yg tengah lena tu boleh buka mata sambil jeling kita ya dia macam nak cakap ingat kita boleh tipu dia ke? 😂 Tapi takpe lah, tak merungut cuma rasa benda tu kelakar. Rasa happy jugak. Untuk mak2 yg anaknya pernah nipple confuse boleh faham kot perasaan tu. Cuma risau jugak peel mcm ni takut dia buat perangai taknak botol pula kat daycare kan. Perangai dia ni baru lagi jadi. Sejak dia naik 4 bulan ni. Ok lah moms, saja nak share and rant sambil menyusu anak. thank you sudi baca sampai habis 🤣🫶

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi