Baby kuning lama…

Hari ke 19 baby kuning maintain 12. Dah cuba buat mcm2 masih sama lagi. Doc ckp hari ke 21 if still sama kena ambik darah. Apa lgi petua boleh buat. Saya sedih and kesian tgk baby asyik ambik darah je 😢 Update: dah ambik darah tadi.. sedih tgk baby kena ambik darah 3tube kecik tu. Semoga semuanya baik2 je 😢

30 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai sis. Baby saya sebulan lebih prolonged jaundice. Bacaan kuning dia asyik tinggi je. Dah 2 kali kena warded sbb bacaan lebih dari paras lampu. Dalam tempoh 30 hari lepas lahir, mmg dia asyik tidur je. Payah betul nak kejut minum susu (dah cuba pelbagai cara tapi dia tak bngon). Mmg agak struggle jgakk lah (dengan penat fizikal mental, emosi pun tak stabil, tak cukup tidur & rehat tambah pulakk dengan sakit bersalin). Allah je yg thu. Lepas je discharge, kami sekeluarga ikhtiar mcm-2 cara & tips yg org share. Petua-2 org dulu-2 utk turunkan kuning pun saya cuba tapi setiap kali checkup kat kk tak pernah turun. Ada jgakk yg share petua pelik-2 tapi saya tak ikut pun sbb risau jadi benda lain. Kadang sampai stress sbb saya kalau boleh nak bacaan kuning dia turun dalam tempoh 14 hari (sedih tngok asyik kena cucuk setiap kali appt). Sampai lah hari ke 14, bacaan still tinggi. So dr decide nak ambik sampel darah & air kencing. Alhamdulillah. Result semua ok, takde masalah apa-2. Seiring nya waktu berjalan, bulan lepas checkup sebulan (dr check kuning anak saya dah turun.. mata & kulit dia dah tak kuning lagi cuma ada sikit-2 je). Betapa happynya saya. Skrg anak saya dah 2 bulan 3 hari. Makin aktif. Dah pandai ajak sembang. Tidur pun dah tak lama & kerap jgakk menyusu. Berat lahir 3.15kg timbang masa appt bulan lepas dah dekat 5kg. Hehe. Btw kami berdua darah 0 . Susu pun saya mix dengan formula. Jadi utk sis, saya paham perasaan sis. Jngn putus asa berdoa & ikhtiar ye. As long as bacaan darah & air kencing dia normal, sis tak perlu risau ye. In shaa Allah kuning dia akan turun jgakk cuma ambik masa sikit. Yg penting sis jngn stress-2 tau sbb boleh effect susu badan jgakk. Kalau sis nak tips, boleh follow dekat komen-2 kat bawah ni, saya just share pengalaman anak saya kena kuning je :)

Đọc thêm

sy cnp : Saya explain sikit ya breast milk jaundice ni. Punca breast milk jaundice ni tak begitu jelas, tapi ada banyak kajian mengatakan komponen dalam susu ibu ni menghalang gabungan bilirubin dalam hati, jadi bilirubin ni susah nak dibuang dari badan menyebabkan level bilirubin tinggi dalam badan. (Sorry jawapan teknikal sikit) So adakah susu ibu ni tak bagus utk baby yang kuning? Jawapannya tidak, susu ibu masih yang terbaik nak compare dengan susu formula, sebab khasiat susu ibu tu sendiri. Pengalaman sendiri, kadang2 memang ada doktor/ petugas kesihatan yang tak pro bf akan nasihat utk bagi formula/ campur bf dengan formula sebab formula mmg boleh turunkan kuning dengan cepat. Tapi kena ingat, nak menjayakan exclusive breastfeeding ni kena ada ilmu dan sabaaaar. Breastmilk jaundice ni tak bahaya, boleh monitor je keadaan baby (ikut nasihat kk/doktor), nanti kuning tu akan turun sendiri, kena bagi dia masa. Kuning ni ada 3 rawatan: 1. Pemerhatian di rumah dan di kk (yang ni tak bahaya)- kena teruskan susu badan je setiap 1-1jam setengah 2. ⁠phototherapy - kadang ada doktor rujuk hosp if rawatan ni, yang ni pun belum tahap terlampau bahaya sebab ada rawatannya, bahaya kalau tak dirawar 3. ⁠Proses tukar darah- yang ni kuning yang paling bahaya, boleh sebabkan kecacatan/ kematian kalau tak dirawat segera Melainkan doktor kata anak kena buat proses tukar darah, susu ibu masih susu yang terbaik. Untuk kes yang perlu tukar darah tu, kena consult dengan pakar la perlu formula/ teruskan susu ibu. Kalau kita amek jalan singkat bagi formula sebab nak kuning cepat baik, anak cepat sihat tapi rugi sebab dia tak dapat khasiat susu ibu tu 😁

Đọc thêm

sy pun anak prolonged jaundice puan walau dah buat macam2.. tp 1 sy tak jaga, susu. silap besar kan. yg utama tk jaga tp buat yg lain mcm2. utk sy anak seterusnya mmg sy nk fokus bab susu je, siang & malam 24jam mmg nak bg susu tiap 2jam. kalau boleh usahakan tiap 1jam sampai jaundice anak turun. masa sy dulu tk tahu, anak jaundice kn kuat tidur, susu 2 3 jam sekali, susu kejap tk sampai 10min tk kejut anak elok2, lyn je dia tidur tkmau bangun tkpe, itu yg kuning tk turun susu tk jaga. 1oz tu tak habis la selalu 1x minum. silap sy harap puan husband & org keliling boleh jaga jadual susu anak elok2. 1jam @ 2jam tu dr pukul brp mula susu bkn habis minum baru start masa. mommy jangan sedih2 ya insyaallah anak ok je

Đọc thêm

1. Ibu jgn makan halia, kunyit, bwg putih, lada hitam 2. Ibu jgn mkn pedas 3. Ibu jgn mkn kobis (kurgkn susu bdn) 4. Mandian kuning 5. Ibu makan byk2 anggur hitam tnp biji 6. Siang baby x perlu bedung 7. Sentiasa letak baby bwh cahaya (lampu cerah) 8. Bagi bayi susu ibu & susu kambing karihome (topup klau susu bdn kurg) 9. Jemur bayi pkul 7 pagi selama 10minit (jgn jemur wkt tghri atau ptg) 10. Jgn tido dlm bilik gelap 11. Susukan bayi sejam sekali (tempoh 10-15minit) 12. Ibu minum air oren /makan oren 13. Ibu makan kurma byk2 14. Ibu elakkan memakai herba2 semasa bayi msih kuning (param, pilis, tapel, herba mandian dll) 15. Ibu jgn makan herba2 dlu mcm pati ikan haruan

Đọc thêm
2t trước

Baby sy alhamdulillah 5 kali je checkup kuning, last checkup 4.7 dh bole stop ulg alik kk. Yg pnting susukan baby byk2,dan bykkn berikhtiar

Sama sis. Sy smpai sebulan lbih bru btl2 ok. Siap kena ambil darah dri tgn tu dua kali sbb nk check fungsi hati. Mmg x sanggup tgk klu ambil dri tgn , klu dri kaki ok lg tp klu trpksa juga kena ambil darah nti sis doakn ja spya ank sis kuat. Mmg xda cara lain kena kerapkn susu ja klu blh setiap jam & bgi bngun supya bila aktif cpt berak. Pantang mkn kunyit, halia, blackpepper tu yg dr gtau sy la blh try je. Dlu lepas 14hari masih tinggi juga, sy dh plan nk sewa lampu tu tp dr x recommend sbb dh 14 hari, reason x recommend x tau juga sy x tnya. Sis blh tnya dr dlu klu ok utk guna lampu tu

Đọc thêm
2t trước

Insyaallah turun juga kuning tu sis, kdg mmg ada baby yg lmbat turun kuning tp akan turun.. ada juga org recommend suru mandikn itu ini, mnum susu kambing smua tp smua tu sy x ikt sbb tkut jd lain2..sy just jaga mkn/mnum sy ja sbb apa kta mkn/mnum effect dkt susu juga..

lepas beranak keluar dekat hospital kuning normal3 hari je dekat hospital tapi anak sya kuning160 sebelum3 hari tu jumpa dok cheak kuning anak160, sya jaga makan la x makan halia apa semua sup ii, pagi ii husband jemur baby cuaca pagi setengah jam setengah minit/1 jam kejutkan anak minum susu sya campur jga la susu tepung & badan cheak je kuning bawa 100 kedua kali cheak kuning 🥰 cuba terai jaga makan kejut kan baby kerap susu kan jemur baby cuaca pagi ii

Đọc thêm

Fokus awak just keep on bagi susu. Tu je. Jaga jadual susu baby setiap 1-2 jam. Tak perlu buat benda lain. Simpan tenaga dan dapatkan rehat yang cukup untuk susukan baby. Rawatan jaundice 2 je. Melalui penyusuan dan Fototerapi. Ada bajet lebih boleh sewa lampu Fototerapi. Be strong mommy 🌹Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Saya faham situasi dan perasaan awak. Get well soon

Đọc thêm
2t trước

@TT (anon), I see. Good job on seeking doctor's advice mommy🌹Saya waktu ni pun sama, ikut advice paed. Jadual susu tu yang penting awak. Newborn takde istilah siang atau malam. Susukan setiap 1-2 jam tu bermaksud dalam masa 24 jam. Betul2 kena jaga, tak boleh culas. Makin kita drag jadual susu, makin tinggi peluang untuk bilirubin baby menaik. Masa anak saya jaundice, saya dan suami masing2 set alarm every 2 hours. Memang tak cukup tidur. Tahap penat tu, sambil duduk borak pun boleh tertidur kami berdua. InshaAllah you can do this mommy🌹Berjuang sama2 dengan suami. Kalau ada family members yang lain, minta support mereka juga.

sy baby kuning lama juga. Tak tau nk buat mcm mn dah. saya makan kurma hari², minum susu dan elakkan makan jamu. sampai 30hari +++ . 3x amik darah dlm msa 3minggu. dpt ujian darah plak bacaan hati xcantik. nasib baik last kli ke-3 amik darah bacaan hati oke kuning dah bebas. tpi makan masa yg lama. kesian tpi sentiasa positif dn berdoa moga ank dikurniakan kesembuhan. Moga baby awak pun semakin pulih ye. positif sentiasa

Đọc thêm

Sis, 2 je petua saya buat mmg kuning turun cepat. Satu jaga pemakanan sis sementara anak kuning. Saya makan ikan rebus dgn sup sayur kosong je masa dia kuning. Lepastu saya tak df dia sbb taktahu susu cukup ke tak. Saya pam and bagi dia setiap 2 jam 2oz. Berak pun banyak. Malam set alarm setiap 2 jam. Mmg turun. A week je dah turun banyak and bebas kuning.

Đọc thêm

saya pakai xsampai separuh alhamdulillah kuning anak cpt turun, saya pakai kan setengah jam sekali, lps tu sy ad doktr ni masa cek anak kat kk petaling haritu kalo susu badan kurang blh bagi susu fm untk tolong turun kan kuning tp still susu badan juga, alhamdulillah kuning anak saya hilang dlm 4hari...

Đọc thêm
Post reply image