Assalamualaikum semua. Hari nie saya disahkan missed miscarriage. Sepatutnya sudah membesar 11 weeks. Tapi masih di week 8 seperti dua minggu lepas.. doakan janin & kantung dipermudahkan turun ya. Sebab saya tiada pendarahan & cramp langsung.. sebolehnya saya taknak D&C walau sudah dapat suraf refer.. saya harap in two days baby turun. Jika tidak, saya serah diri.. Saya dah redha since last two weeks.. sebab dah rasa all the pregnant symptoms hilang.. #firstpregnancy
Đọc thêmBUKA BUKU PINK TANPA KEGEMBIRAAN
1 julai saya ke swasta untuk scan sebab mengalami gsstrik. Punya gembira masatu sebab nampak baby dan heartbeat yg laju walaupun sayup² kedengaran. Size baby 1.46cm.. Hari nie sy ke kk utk buka buku pink dan scan. Pilu hati nie bila doktor cakap tak nampak heartbeat. Kelip² tu tak ada. Lama doc scan, siap zoom in habis dan panggil doc bilik sebelah. Sound jantung mmg scanner situ takde utk 1st trim.. Yg lagi menyedihkan, baby sy macam tak membesar. Ikutkan skrg dah week 10 day 3.. tapi, baby masih di week 8. Saya sedih sangat. Doc bagi appt 2 minggu lagi utk rescan.. Setel buka buku pink, sy ajak husband ke klinik swasta utk scan lg clear. Saya yakin baby ada heartbeat cuma di KK tak jelas. Tapi, Allah nak uji saya.. pun sama.. keputusannya tetap baby di usia 8 minggu dan tanpa heartbeat.. size baby 1.66cm shj.. Tapi di swasta pakai sonogram nampak kelip jantung baby ada. Cuma perlahan dan sound tak dapat detect.. Lagi 2 minggu doc swasta pun suggest untuk rescan.. saya sedih sekarang nie. Ada apa² cadangan untuk kuatkan jantung baby? Untuk bagi baby cukup zat supaya survive dalam rahim saya.. please help.. saya tak pernah bleeding. Cramp sekali sekala sahaja.. tp after gastrik tu tak terasa cramp dah.. #firstbaby #firstmom
Đọc thêmTODAY IS THE DAY I BUKAK BUKU PINK!
Nak share kegembiraan disini 🤭 first pregnancy.. ya Allah. Semoga semuanya baik² sahaja.. dah lama tak scan nie sebab nak scan di Kerajaan. Today dah week 10. Sepanjang nak ke w10 alhamdulillah nothing bad happened. Kalau tak masa w7 haritu gastrik 2 hari kelam kabut g scan kat swasta. Pastu eleleley nampak janin degap degup jantungnya. Semoga anak² kita semua membesar dengan baik & sihat, mommies 💞 #firstbaby #firstmom #bukupink
Đọc thêmMommies sekalian. I seriously bukanlah seorang yg pandai masak. Bahan dekat rumah tak ada sgt sbb selalu tak terguna, like sayur²an.. Any suggestion makanan simple / produk yang boleh i makan / minum utk tambahkan kebaikan zat kpd me & baby? Dpt menu simple pun dh nice yg boleh mkn everyday tanpa jemu... Lapar nie always.. tp tak semua makanan lalu nak makan pulak. #HelpMe #FoodSuggestion #FoodAdvice
Đọc thêmBUKA BUKU PINK + ALAHAN TAKDE SANGAT + KEGATALAN + PELVIC PAIN
1. Boleh tak saya nak bukak buku pink tanpa follow date yang saya dah booked dalam qmed. Sebab saya dah terbabas scan dekat swasta (sebab senggugut pelik) dan dah nampak janin + heartbeat. Next appt kk 19 Julai.... 2. Masa 4weeks pregnant kemain mualnya. Masuk 8weeks macam ada takde je alahan. Normal ke tu.. merisaukan.. 3. Masa saya terbabas scan haritu saya ada masalah kegatalan jugak. Kena masuk ubat kot bawah hahaha. Menakutkan tapi demi anakku, ku relakan jiwa. Siapa ada pengalaman camni? Agak² kegatalan tu akan datang lagi tak in 9 months nie.. 4. Semalam g brisk walk. Tak sampai 1km terus pelvic pain. Do research they said in 1st trim mommies should bedrest and relax at home. I see.. sebab saya tak beralahan sangat so tenaga mcm ada but my body cant stand my energy 😂 Sekian soalan & luahan newbies bakal mummy 🤣💓 #ingintahu #firstmom #firstbaby #bantusharing
Đọc thêmMasuk w7 terus keluar keputihan (selama nie kering). Esoknya perut cramp. Harinie, masih terasa cramp lg and keluar keputihan tp tak banyak. Malam td sakit bahagian rahim lain mcm. Macam rasa bergerak².. org kata baby tgh membesar. Betul ke? Sy nie sebaik mungkin nk positifkan mindset. #keputihan #ingintahu #firstbaby
Đọc thêm