Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Dreaming of becoming a parent
Tidur terlentang
Setiap kali terjaga dari tidur mesti terlentang, pastu tidur lah mengiring balik.. Ada orang cakap tak elok tidur terlentang.. Risau pulak sebab bila nak tidur semula mengiring perut jadi sakit.. Tak sakit sangat pun.. #firstbaby #20week
Tips ubat zincofer
Saya setiap kali makan ubat zincofer tu mesti muntah. Hari hari lah muntah. Saya ada terbaca orang kata try minum dengan sunquick oren tanpa gula. Hari ni 07/05/2020 saya try makan ubat tu dengan air sunquick oren tanpa gula and memang betul saya tak muntah. Tapi tekak ni loya lain macam. Macam nak keluar jugak muntah tapi saya tahan. Ada tak sesiapa yang makan zincofer dengan sunquick oren tanpa gula? Macam mana nak hilangkan loya tekak ni ya? Terima kasih
Zincofer
Salam mommy sekalian, nak tanya lah ada tak tips untuk makan ubat zincofer tanpa muntah semula? Kalau makan ubat tu macam biasa memang tekak ni rasa macam telan darah je ye? Walaupun dah telan benda lain tetap tak hilang rasa telan darah tu.
Minyak angin
Salam semua nak tanya berkenaan minyak angin. Untuk trimester pertama ni boleh ke kalau kita nak pakai minyak angin atas sebab sakit kepala. Tadi husb pergi farmasi jumpa dengan doc farmasi tu kata tak boleh pakai minyak angin sebab ada alkohol nanti effect dekat baby. And dia suruh makan panadol. Ada tak ibu ibu yang pernah migrain masa pregnant. Apa tindakan ibu ibu ya?
Kerabu meggi
Boleh ke makan kerabu meggi? Pregnant 6week. Boleh habis kan sebungkus atau sekadar hilang terliur sahaja ya?
Tidak kerap buang air kecil
Salam nak tanya ibu ibu dekat sini normal ke tak ya kalau awal kehamilan tak kerap buang air kecil. Kalau ikut apps saya 8week pregnant, cuma next week baru nak jumpa doc semula nak confirmkan balik berapa week pregnant and scan cyst tu.. Saya terbaca banyak artikel yang mengatakan awal mengandung mesti kerap melawat toilet.. Ini pertama kali saya mengandung jadi saya tak ada pengalaman.. Ada tak yang first trimester yang tak kerap buang air kecil dekat sini? Share lah.. Terima kasih
Mommy amalkan
Ada tak mommy dekat sini yang amalkan jus mamariam dari awal mengandung sampai bersalin? Cuba share okay ke tak okay jus mamariam ni?
Ada tak bakal mommy yang sama?
Ada tak bakal mommy yang sama macam saya last period bulan 12 tahun lepas. Kiranya bulan 1 missed period. Pergi cek kandungan doc kata tak nampak lagi kantung. Adakah ia normal? First pregnancy.. Kalau ikutkan apps masuk 7week..
Folic asid
Mommy mommy semua makan folic asid time bila? Lepas makan pagi ke lepas makan tengah hari ke atau sebelum tidur? Ada orang kata lepas makan folic asid tak boleh makan benda lain, kalau makan benda lain lepas makan folic asid nanti jadi sia sia sebab hilang dia punya function.
Susu formula
Berapa week mommy semua start minum susu ibu mengandung?