Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Preggers
Perlu ka induce ?
Assalamualaikum ibu2, sy skrg Alhamdulillah dan 38 minggu 3 hari. Pg td baru warded sbb baby kurang gerak dan perut mengeras. Dr bg option nk pantau dulu atau induce labour terus. Sy ada gdm on diet, 24 ni mmg kena serah diri dah. Sy ingat nk pilih induce terus sbb dah alang2 warded. Tapi ramai ckp induce sakit sangat dari normal 🥹
Keliru tentang scan
Assalamualaikum ibu2, sy sekarang Alhamdulillah pregnant nak masuk 33 weeks. Mggu lepas sy ada buat scan 5D kat klinik swasta, bacaan air ketuban masa tu 16.1, anggaran berat baby 1.55kg. Hari ni sy ada repeat scan dgn KK, berat baby tiba2 naik 1.86, air ketuban pulak turun banyak tinggal 10.3. Beza seminggu je, boleh jadi mesin ralat, atau scan mmg tak tepat ya? Sy tak dak la pulak rasa leaking ke apa, tapi xtahu laa kot2 keluar sekali air kencing.
28 weeks kira gerak baby
Assalamualaikum ibu2, sy Alhamdulillah dah nk masuk 28 weeks dah, misi dah suruh start kira gerak baby dari 9pg-9malam. Tapi perut sy jenis tebal. Badan sy besar. Ada tips ka mcm mana nak kira? Dah bgtau misi, misi cakap kena bg perhatian lebih ja 😅.
Detail scan penting ka?
Assalamualaikum ibu2, sy Alhamdulillah dah 24 minggu. Sabtu ni ingat nak p scan baby, nak confirm gender, nak buat growth scan ja. Tapi teragak2 jugak nak buat detail scan. Penting kaa detail scan tu? Sbb harga nya jauh jugak beza 😅
Bila mula rasa baby kicking?
Salam ibu2, sy skrg alhamdulillah 19 weeks. Bila kita start rasa baby dalam perut ya? Sy first baby, dan perut agak tebal. Sebelum ni ada la rasa mcm angin berombak2 mcm tu, tapi tak tak kerap. Sy jdi risau smpai kan tiap minggu sy p scan kat swasta. Tapi tulah suri rumah ja, xnak la bebankan suami sgt. Cuma sy jdi risau sentiasa. Sy ttc 4 tahun. Tu yg jdi lebih anxiety tu. Siapa yg ada pengalaman boleh share tak?
Kurang rasa baby gerak
Assalamualaikum ibu2? Normal ka kurang rasa pergerakan baby pada 17 minggu? Ada hari saya rasa, ada hari diam je tak rasa apa. Perut pun kdg2 keras, kdg2 lembik. Sy obess berat 77 kg. Risauuu selalu la sejak pregnant nih 😭
Alahan mula reda pada minggu 13
Normal ka ibu2? Saya mula kurang alahan mual2 dengan muntah pada minggu ke 13. Sy alahan dri mggu ke 6 hritu. Mggu ni dah kurang. Makan pun dah ada selera. Risau pulak hati ni 😔
Sakit belah kiri ketika 9w
Assalamualaikum ibu2, sy nak bertanya ada sesiapa yg ada fibroid ketika pregnant dan sakit. Sy mmg selalu sakit belah kiri dari sebelum pregnant lagi. Sbb ada fibroid. Tapi bila dah pregnant ni makin sakit pulak. Sampai kena tempek koyok. Tapi sakit nye mild je la tapi kerap. Ada yg pernah mengalami?
Risau 7w5d
Assalamualaikum bakal2 ibu semua, sy nak bertanya normal ka pada usia kandungan 7w5d payudara dah kurang ngilu? Mual muntah semua masih ada. Sy risau. Nk tggu 9w baru nk pergi scan. Thanks
Upt positive
Upt positive boleh jadi disebabkan cyst? Risau.