Jumpalah doktor gigi setahun sekali. Baru tahu keadaan kesihatan gigi kita macamana. Sejak 2007 saya jumpa dentist buat rawatan akar gigi. Lepas tu saya tak takut jumpa dentist. Setiap tahun jumpa dentist. 2022 je skip jumpa dentist sebab anak seperation anxiety. Masa hamil 3 kali saya jumpa dentist sebab: 1. Rutin pemeriksaan semasa hamil 2. Rujukan ke pakar sebab rawatan akar tertangguh dek PKP. Buat pemeriksaan dan tampalan. Sambung rawatan akar selepas bersalin 3. Gusi kerap berdarah. Just consultation. Penerangan dentist ni bagus, dia bagitau ada GDM memang kerap gusi berdarah, muntah tu ada asid, itu sebab buat gigi nipis dek terhakis dgn asid. Pesan penjagaan gigi dan mulut dgn betul dll. Semua urusan di KK Pergigian. So, tak de kaitan penyusuan dgn kerosakan gigi ya. Nah baca perkongsian dentist ni ; https://www.facebook.com/share/1AuMXcjTu3/
Đọc thêm


https://www.facebook.com/100000982944658/posts/28785048834444498/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v Sejak tahu tentang hadis ini, saya mula memandang urusan mendidik anak kecil dengan kaca mata berbeza. مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim) Urusan kita bersama anak, adalah urusan memudahkan anak. Anak yang masih tak boleh bercakap, kita ajar mereka. Anak yang nak susu, kita buatkan susu. Anak yang tak mampu nak masak sendiri, kita masakkan makanan. Anak yang tak mampu nak ambil sesuatu yang tinggi, kita tolong ambilkan. Kita sebagai ibu yang ada ilmu dan keupayaan , bantu dan ajar anak supaya urusan anak kita menjadi lancar. Dalam memudahkan urusan anak, The ultimate goal , Ganjarannya, Allah akan mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Tiadalah impian yang paling besar, selain dapat dimudahkan urusan di akhirat. Bayangkan di padang Mahsyar, dikala berbillion orang, kita ini bagaikan semut sahaja . Ketika itu, dengan rasa cemas, hanya mengimpikan moga dimudahkan urusan hisab dan pengadilan untuk kita. Jadi, hadis ini boleh jadi motivasi kita dalam mengurus keperluan anak -anak yang mungkin tiada henti. Sesungguhnya mereka adalah jalan kebaikan-kebaikan yang memudahkan urusan kita di akhirat dan juga membawa kita ke syurga. :)
Đọc thêm

