Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
mum with two beauty girl and one hero boy
Demam campak
Hi mommies, baby saya baru 8 bulan dah kena demam campak tapi bukan jenis chicken pox. Ada cara atau petua untuk hilangkan demam campak ni tak? Sian dia asyik menangis xtahan dan xlalu makan serta menyusu. Boleh ke mommies semua share petua merawat demam campak baby?
susu badan
Hi mommies..ada tak petua atau tips untuk pekatkan susu badan? Sebab susu badan saya cair dan tak pekat sampai baby menangis tak kenyang.
radang merah czer
Ada tak mommies dalam ni ada radang merah kat atas jahitan czer macam saya ni. Ada tak sapu apa2 ubat atau cream untuk hilangkan merah tu.boleh kongsi dgn saya tak..tq?
kuning
Hi mommies, nak tanya mommies ada cara atau petua untuk turunkan/ hilangkan kuning baby tak? Baby sy smlm check kuning naik 225 dr 220 pd ari sabtu lepas. Masa kuar dari ppum, kuning baby normal tapi naik balik. Kalau ada boleh share petua yg mommies guna tak? Terima kasih?
admit czer
Assalamualaikum,morning semua mommies.. Pagi ni sy akan menjalani operate czer. Di sini sy ambil kesempatan ingin mohon maaf sekiranya sy ada salah ckp atau terksr bhs dlm post sy sebelum ni. Doakan operation sy berjln lancar dan dipermudahkn segala urusan..aamiin
tanda tanya
Hi mommies semua..nak tanya lendir putih seperti dalam gambar tu normal ke? Sebab nak buang air kecil tiba ada lendir putih melekat pada pantyliner. First time ada lendir ni, sebelum ni mengandungkan ketiga tiga anak xd pun lendir ni.Ada mommies tau tak tu apa?
buasir
Hi mommies, semalam selepas buang air kecil masa nak lap tu tiba ada darah dari punggung. Saya terkejut panggil husband tengokkan dan husband cakap macam buasir. Tadi saya pergi ke kk taman medan jumpa doctor terus dan doctor kata memang buasir dan ada darah ketul di dalam. Doctor kata itu normal bila mengandung kerana darah tak kuar banyak. Jika kuar banyak then baru masukkan ubat buntut. Saya jadi runsing sebab saya dah 30 minggu dan doctor kata tak perlu ambik apa2 ubat kerana ianya normal. Ada tak mommies dalam ni yang pernah kena buasir? Boleh share apa2 petua yang mommies amalkan utk hilangkan buasir tu tak? Saya tak sertakan gambar sebab malu nak tunjuk.
musykil
Assalamualaikum..hi mommies semua. Sy musykil sikit la nak minta pendapat mommies.Sy still makan iberet folic 500 wlupun hb low dh teruk smp 9. Doctor kata lepasni tak naik jugak hb, saya kena cucuk ion. Sy google iberet ni makannya 2 biji bukan sebiji. Tapi sy tanya nurse katanya sebiji sehari. Ada tak mommies yang makan iberet ni 2 biji sehari. Boleh share pendapat mommies dengan sy. Binggung dah ni?
nak tanya
Hi mommies..nak tanya, ada tak mommies dalam group ni pernah minum susu lazz. Naik tak hb low mommies lepas minum susu ni. Nak tau sebab makin teruk lak hb saya.. Next week kena cucuk. Nurse bagitau cucuk tu sakit. Tu nak tanya mommies dalam ni kot ada yang pernah minum susu lazz ni?