ReikoM91 profile icon
Kim cươngKim cương

ReikoM91, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu ReikoM91

Rezeki dari Tuhan jangan disiakan

Bài đăng(42)
Trả lời(2521)
Bài viết(0)

RAMALAN mitos Jantina Baby

Petua baby girl atau baby boy? Soalan 1: Prof Imelda, betul ke, kalau gerakan anak keras ini baby boy, kalau gerakan anak perlahan ini baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 2: Prof Imelda, betul ke, kalau degupan jantung sekitar 140 seminit ini baby boy, kalau degupan jantung sekitar 150 seminit ini baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 3: Prof Imelda, betul ke, kalau pusat mama keluar ini baby boy, kalau pusat mama masuk ke dalam ini baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 4: Prof Imelda, betul ke, kalau kedudukan baby ke kanan ini baby boy, kalau kedudukan baby ke kiri ini baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 5: Prof Imelda, betul ke, kalau mama suka makan manis-manis ini baby girl, kalau mama suka makan masam-masam ini baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 6: Prof Imelda, betul ke, bila letak soda bicarbonate ke dalam air kencing, kalau ia berbuih ini baby boy, kalau tak berbuih ini baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 7: Prof Imelda, betul ke, kalau wajah mama berseri-seri ini baby boy, kalau wajah mama tak berseri-seri ini baby girl, sebab baby girl menarik seri mama. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 8: Prof Imelda, betul ke, kalau bulan last period + umur ibu hasilnya ialah angka genap ini baby girl, kalau bulan last period + umur ibu hasilnya ialah angka ganjil ini baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 9: Prof Imelda, betul ke, kalau alahan (morning sickness) teruk maka ini ialah baby girl, kalau alahan (morning sickness) ringan maka ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 10: Prof Imelda, betul ke, kalau warna air kencing ibu kuning cair maka ini ialah baby girl, kalau warna air kencing ibu itu kuning pekat maka ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 11: Prof Imelda, betul ke, kalau bentuk perut ibu itu bulat dan tinggi ini ialah baby girl, kalau perut ibu rendah dan kebawah ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 12: Prof Imelda, betul ke, kalau rambut ibu gugur dan menjadi nipis ini baby girl, kalau rambut ibu lebat ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 13: Prof Imelda, betul ke, kalau berat badan suami bertambah ini baby girl, kalau berat badan suami tidak bertambah ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 14: Prof Imelda, betul ke, kalau ibu tidur mengiring ke kanan ini baby girl, kalau ibu tidur mengiring ke kiri ini ialah baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 15: Prof Imelda, betul ke, kalau kulit ibu semakin hitam ini baby boy, kalau kulit ibu semakin cerah ini ialah baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 16: Prof Imelda, betul ke, kalau ibu hamil makan banyak daging ini baby boy, kalau ibu hamil makan banyak seafood ini ialah baby girl. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 17: Prof Imelda, betul ke, kalau buat hubungan kelamin 2-4 hari sebelum ovulasi ini menjadi baby girl, kalau buat hubungan kelamin semasa ovulasi ini menjadi baby boy. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 18: Prof Imelda, betul ke, kalau nak baby girl makanlah makanan beralkali, kalau nak baby boy makanlah makanan berasid. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 19: Prof Imelda, betul ke, kalau nak baby girl buatlah hubungan kelamin bersama suami sebelum waktu subuh, kalau nak baby boy buatlah hubungan kelamin bersama suami selepas waktu subuh. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 20: Prof Imelda, betul ke, kalau nak baby girl kena curi tudung periuk jiran. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 21: Prof Imelda, betul ke, kalau nak baby girl kena baca surah Mariam saja setiap hari. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya. Soalan 22: Prof Imelda, betul ke, kalau nak baby girl kena curi selipar orang. Jawapannya: Ini ialah MITOS. Tak payahlah percaya.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Nak pandai kena belajar (tlg share je) ssuai utk first time mommy

Lepas bersalin baby menangis..letak menangis... Lepas bersalin habis badan rasa nak patah riuk..lagi lagi di bahagian pinggang dan bahu.. Lepas dapat baby tangan pula sakit. Pergelangan tangan rasa nak tercabut. Belum lagi cerita lengan dah sado..sakit sebab pegang baby. Macammana nak tahu baby dapat susu cukup ke tak ni? Dah try pelbagai position menyusu tak boleh boleh juga dimana silapnya? Rasa-rasa nak cuba breastfeeding baby kalini...anak 1st so kita try...anak 1st ermmm tak berjaya nak cuba untuk anak ke2...ke3? Bila lagi nak cuba breastfeeding... Macammana nak tahu susu ni cukup ke tak untuk anak? dah bagi banyak rasanya mengempeng lagi la taknak letak langsung! Takkan tak cukup lagi susu ni? Teknik 5s untuk tenangkan baby? Apetu? magic ke? Tongue tie? Apetuuuu?? Jom lah kita belajar. Breastfeeding ni bukan sekadar selak dan sumbat. Ada pelbagai teknik yang kadang-kadang kita anggap mudah. Tapi bila in reality tak boleh-boleh. Takpa kita slowly belajar. Yang penting kita topup ilmu breastfeeding yang orang anggap senang jeeeeee...takkan itu pun tak tahu. Ya tak semua orang tahu tak semua orang boleh Breastfeeding. Tak salah untuk belajar. Slowly but surely. Pendaftaran : https://forms.gle/pJP4GSqMMebGF3FY8 Siapa yang sesuai untuk join: Semua ibu yang nak belajar penyusuan susu ibu Ibu yang mengandung Ibu yang baru melahirkan Ibu yang anaknya berusia bawah 6 bulan Ibu yang was was tentang breastfeeding Ibu yang mengalami masalah lekapan dan position Ayah-ayah, nenek-nenek, makcik-makcik dan pendek kata semua lapisan boleh belajar. Thank you Mothers First Choice for the lucky draw! Kalau ibu nak cari barang baby dan penyusuan serta keperluan anak, mereka adalah one stop centre kedai barangan bayi yang serba lengkap dengan harga yang berpatutan. Ada banyak cawangan : Mothers First Choice SA (Shah Alam), Mothers First Choice Kedah, dan banyak lagi cawangan mereka!

Đọc thêm
Nak pandai kena belajar (tlg share je) ssuai utk first time mommy
 profile icon
Viết phản hồi

INFO Epidural

Copy paste from Dr Imelda balchin (Pakar O&G) . Ramai yang dok tanya pasai EPIDURAL pulak. —————————————————————— Mai nak habaq: A) Pasai apa ada hospital kerajaan yang tak bagi perkhidmatan epidural? Pasai epidural tu bukan doktor O&G atau jururawat yang buat. Epidural itu perkhidmatan dari doktor bius anaesthesia. Kalau hangpa pi bersalin kat hospital kerajaan yang tak ramai staff doktor anaesthesia, maka di dalam rota atau senarai tugasan mereka, lebih perhatian ditujukan kepada keperluan pesakit-pesakit di Jabatan bedah yang perlukan pakar-pakar bius, dan di unit rawatan rapi intensif care di mana pesakit-pesakit perlu ditidurkan untuk khidmat ventilator. Selagi ada ramai pesakit yang mai dari Jabatan emergency yang perlukan pembedahan kecemasan, maka doktor anaesthesia yang ada tak boleh dilepaskan kepada Jabatan bersalin untuk permintaan epidural. Kiranya, doktor bius tu kerja di merata-rata, bukan saja di wad bersalin. Doktor bius yang ditugaskan ke Jabatan bersalin pula, tak boleh memenuhi permintaan epidural selagi ada kecemasan dimana ada ibu yang perlukan emergency Caesarean Section, atau ada kecemasan ibu bersalin tumpah darah yang perlu masuk OT untuk menghentikan pendarahan. Masa musim wabak tu lagi laa teruk, doktor bius penat bekerja dan ada yang kena kuarantin. Pasai itu laa ada hospital dimana ibu bersalin tak dapat perkhidmatan epidural. Tengok nasib hangpa laa kaaann. ———————————————————————- B)Pasai apa ada hospital kerajaan yang tak bagi perkhidmatan epidural untuk pesakit berisiko rendah, hanya untuk pesakit berisiko tinggi? Pasai epidural tu kaaan, boleh bagi ubat dos hat rendah sesuai untuk pesakit yang nak bersalin untuk mengurangkan kesakitan. Jika pesakit yang sama yang dah ada epidural itu kemudian memerlukan emergency Caesarean Section, maka hanya perlu tambah dos ubat yang lebih tinggi dan boleh guna epidural hat sama untuk bius separuh badan semasa emergency Caesarean Section. Jadi pesakit yang ada lebih risiko yang ada lebih kemungkinan memerlukan emergency Caesarean section itulah yang dapat keutamaan untuk permintaan epidural di wad bersalin. Lagi satu sebab ialah, epidural itu berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi untuk pesakit yang ada tekanan darah tinggi. Bila depa ni sakit, tekanan darah boleh naik sangat tinggi. Tekanan darah yang sangat tinggi boleh dapat komplikasi strok maka perlu diberi ubat tekanan darah untuk merendahkan tekanan darah yang tinggi. Bila kita kurangkan kesakitan depa dengan epidural, depa lebih tenang, tekanan darah tak naik tinggi dan lebih senang nak kawal tanpa perlukan tambahan ubat-ubat tekanan darah tinggi semasa bersalin. Jadi kalau ada ramai ibu yang nak bersalin, hanya ibu berisiko tinggi atau ibu yang ada hypertension diberikan keutamaan untuk mendapat perkhidmatan epidural. ———————————————————————— C) Ada hospital yang ada lebih staf-staf doktor bius yang ditugaskan di jabatan bersalin pada siang hari saja, tetapi pada waktu malam doktor bius oncall kena cover semua jabatan, maka hanya ibu berisiko rendah yang nak bersalin waktu siang dibenarkan membuat permintaan epidural. Tetapi kenapa ada pula protokol hospital dimana tak boleh dapat epidural jika pembukaan cervix sudah melebihi 5cm? Mai nak habaq. Yang nak bersalin tu bukannya hangpa seorang saja. Kalau ada 10 orang ibu nak bersalin tetapi hanya ada dua orang staf doktor bius, maka mereka akan berikan keutamaan membantu meringankan trauma ibu yang sakit yang mungkin perlu melalui fasa labour yang lebih lama. Sebagai contoh, jika ada 3 orang ibu meminta epidural, seorang ibu tu bila sampai sudah pun 8cm dan dah nak dekat bersalin, seorang ibu baru pembukaan 4 cm, seorang ibu pembukaan 5cm, maka dua doktor bius itu akan kata ibu yang nak dekat bersalin itu hanya perlu tahan sakit yang tidak lama lagi, tetapi ibu yang masih pembukaan cervix 4cm dan 5cm itu kena tahan sakit yang lebih lama sebab ada banyak jam lagi sebelum bersalin. Jadi mereka akan kata kita berikan perkhidmatan ini kepada ibu yang perlu menahan sakit yang lebih lama. Nak bagi epidural tu, perlukan beri sedikit masa. Kena bagi masa selama 10-15 minit untuk persediaannya memasukkan epidural, dan selepas dah dapat epidural kena bagi masa lagi 20 minit sebelum ubatnya mula berkesan menahan sakit, maka kalau pesakit itu mungkin akan bersalin dalam masa 1 jam saja lagi, maka tak berbaloi lah buat persediaan 15 minit untuk beri epidural, kemudian beri masa lagi 20 minit untuk ia berkesan sepenuhnya, kemudian pesakit itu hanya dapat manfaat epidural untuk 15 minit saja dia dah bersalin. ———————————————————————- D) Kenapa di hospital swasta, semua pesakit berisiko rendah boleh buat permintaan epidural dan walaupun dah melebihi pembukaan 5cm pun boleh lagi dapat permintaan epidural? Sebab, di hospital swasta, tidak ramai patients yang nak bersalin sekaligus maka ada cukup staf doktor bius untuk permintaan hangpa semua dan hangpa kena bayaq untuk perkhidmatan epidural tu. Kalau kena bayaq sendiri, boleh laa dapat kaan. Kos tambahannya ialah diantara RM1000 hingga RM2000 tidak kira hangpa gunakan epidural itu untuk hanya 20 minit labour saja atau untuk 12 jam labour. Kalau hangpa sanggup bayaq sendiri kos tambahan epidural hanya untuk manfaat menahan sakit 20 minit, ikut suka hangpa laa kalau nak epidural bila dah pembukaan cervix 9cm pun kaaann. Dah hangpa boleh bayaq sendiri kaaaannn. Doktor bius di hospital swasta akan tanya dulu, betoi kaa nak epidural ni, dalam masa sejam saja lagi nak beranak? Kalau pesakit kata dia nak jugak epidural walaupun manfaatnya mungkin hanya untuk 20 minit, dan dia mampu membayar perkhidmatan ini, maka dia akan dapat permintaannya. Macam tu laaaaa. ———————————————————————- E) Betoikaa epidural menyebabkan sakit belakang dan sakit pinggang jangkamasa panjang? Jawapannya: Toksah MENGARUT!!! Orang yang tak pernah ambil epidural pun complain benda sama jugak. SERUPA saja kadar masalah sakit belakang di dalam kalangan orang yang pernah dapat epidural dan di dalam kalangan orang yang tak dapat epidural. Lelaki yang tak pernah bersalin pun complain sakit belakang dan sakit pinggang juga. Apa yang anda perlu tahu ialah salah satu penyebab sakit belakang ialah obesiti, orang yang lebih tinggi, orang yang ada masalah keradangan arthritis, usia yang semakin tua atau penuaan dan orang yang ada masalah kepadatan tulang atau osteoporosis. Saya dah pernah ambil dua kali epidural dan spinal. Sekarang Umur 51 tahun pun boleh lari 42km full marathon tanpa sakit belakang, sebab saya jaga POSTURE tulang belakang dan saya jaga berat badan dan saya jaga kepadatan tulang. ADA BANYAK sebab sakit belakang tau. Jangan blame epidural dan dok buat fitnah kat epidural. Pada hakikatnya, kajian perubatan 80,000 wanita bersalin yang mendapat epidural atau spinal anaesthesia untuk bersalin menunjukkan risiko mendapat komplikasi ialah kurang dari 3 di dalam 100 orang tetapi risiko mendapat masalah jangkamasa panjang yang disebabkan oleh epidural hanya berlaku 1 di dalam 10 ribu orang yang mendapat epidural. ———————————————————————

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu.

Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu. Walaupun terdapat pregnancy test kit ‘terkemuka’ yang mendakwa ia boleh mengesan kehamilan seawal itu, ia menimbulkan kekeliruan untuk wanita hamil. Istilah perubatan yang digunakan untuk mengira usia kandungan ialah ‘period of amenorrhoea(POA)’ dan ini adalah kiraan daripada tarikh hari pertama period terakhir/terbaru (LMP). Ada wanita yang pertikaikan perkiraan doktor dan mengatakan adalah mustahil dia mengandung pada tarikh LMP kerana waktu hadas besar, mana mungkin dia melakukan hubungan kelamin. Memang doktor tidak maksudkan anda mengandung pada hari pertama haid. Doktor hanya mengira tempoh anda tidak datang haid untuk meramal usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Untuk wanita yang kitaran haidnya teratur dan kitarannya selama 28 hari, dianggarkan waktu suburnya adalah lebih kurang 2 minggu (14 hari) selepas LMP. Oleh itu, kebanyakkan wanita akan hamil sewaktu waktu suburnya. Kenapa doktor tidak mengira sahaja usia kandungan daripada tarikh waktu subur? Kerana, kalau doktor tanya anda ’Bila tarikh subur anda?’ memang ramai yang akan terpinga-pinga. Manalah orang tahu waktu subur selain daripada mereka yang ‘trying to conceive’. Kalau doktor tanya anda ‘Bila tarikh anda melakukan hubungan kelamin?’ lagilah pening. Silap-silap anda memberi jawapan ‘Pada 7, 9, 10, 12, 14, 15 & 17hb, doktor’!!!! 😅😅 Pregnancy test yang terkemuka itu menilai paras hormon kehamilan (BHCG) dalam air kencing anda. Apabila ia mengatakan anda hamil seminggu, itu bererti hormon kehamilan telah dikesan dalam air kencing seminggu selepas waktu subur anda. Tetapi ini tidak bererti kandungan anda telah sempurna tertanam di dinding rahim. Ada kemungkinan kandungan anda ‘hanya lalu’ melalui rahim dan tidak tertanam. ‘Hamil 2 minggu’ pada pregnancy test terkemuka itu, bererti anda POA 4 minggu. Anda tidak boleh ada POA 1 minggu atau 2 minggu atau 3 minggu. Sebab sebelum 4 minggu, anda belum lagi ada ‘missed period’ dan belum boleh disahkan hamil. Selalu juga wanita datang menangis-nangis mengatakan mereka keguguran pada usia kandungan 1-2 minggu (berdasarkan pregnancy test terkemuka itu). Itu bukan keguguran. Istilah perubatannya ialah ‘biochemical pregnancy’. Ini bererti kandungan tidak sempat untuk tanam di dinding rahim. Ini bukan keguguran. Darah yang turun adalah darah haid. Disebaliknya istilah keguguran digunakan untuk wanita di mana kandungan telah pun tertanam tetapi kemudiannya tidak membesar/berkembang dengan sempurna, dan usia kandungan melebihi POA 4 minggu. PS. Tidak perlu untuk melakukan pregnancy test sebelum anda missed period. Sabarlah sedikit! 😅 Dr Anna Liza Roslani Pakar Obstetrik & Ginekologi

Đọc thêm
Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu.
 profile icon
Viết phản hồi

APA IBU MAKAN,JANIN DLM RAHIM PUN MAKAN KE??

Semalam saya bagi penjelasan apa yang ibu hamil makan tak masuk ke dalam rahim, sebab organ rahim itu organ yang berlainan dan tak bersambung dengan perut ibu. Maka bila ibu makan apa-apa yang berwarna hitam, ini tidak boleh menghitamkan kulit baby di dalam kandungan. Sama juga, bila ibu hamil telan apa-apa yang putih, ini tidak boleh memutihkan kulit bayi di dalam kandungan rahim, sebab apa yang ibu makan tidak boleh bercampur dengan bayi di dalam kandungan rahim ibu. Kemudian, ada netizen tanya, bagaimana bayi di dalam kandungan mendapat nutrisi daripada ibu, jika apa yang ibu makan tak boleh masuk ke dalam rahim? Jadi, supaya netizen lain tak tanya berulang-ulang kali di ruang komen, saya jawab di sini saja lah. ———————————————————————- 1) Apa yang ibu telan tak masuk ke dalam rahim. Apa yang ibu telan masuk ke dalam perut dan sistem penghadaman ibu. Rahim dan perut ialah dua organ dalaman yang berlainan dan tidak bersambung. 2) Sebelum bayi dilahirkan, kita panggil nya janin atau fetus. Selepas dilahirkan, baru kita panggil nya bayi atau baby. 3) Janin duduk di dalam rahim ibu, iaitu uterus. Janin tidak duduk di dalam perut ibu. Kita mesti mengajar dan menggunakan istilah yang betul untuk apakah perut dan apakah rahim atau uterus, bila kita bercakap dengan anak-anak dan ibu hamil supaya masyarakat tidak keliru. Berhentilah berkata “baby duduk di dalam perut”. Katakanlah “baby atau janin duduk di dalam uterus ibu atau rahim ibu.” Tak susah pun menggunakan istilah dan perkataan yang betul. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa untuk meningkatkan prestasi dan ilmu pengetahuan masyarakat awam tentang kesihatan. 4) Selepas ibu makan, makanan yang masuk ke dalam perut dan usus ibu dicernakan kepada molekul-molekul asas seperti air, gula, amino acid, garam, mineral, fatty acid, ia diserap dari usus ibu ke dalam saluran darah kecil kapilari yang mengelilingi dinding usus kecil. Molekul-molekul asas ini tiada lagi warna. 5) Toxin dan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh ibu akan dibuang sebagai najis atau air kencing ibu. Ini termasuklah suplimen yang berlebihan. Ia diproses oleh organ hati dan buah pinggang untuk dinyahkan. Tenaga dari makanan yang berlebihan diubah kepada lemak badan. 6) Molekul-molekul asas yang masuk ke dalam darah ibu untuk digunakan sebagai tenaga dan nutrisi kepada organ-organ dan sel-sel ibu akan dibawa ke seluruh badan ibu di dalam saluran darah ibu. 7) Janin di dalam kandungan rahim ibu itu tidak makan dan sistem penghadamannya belum lagi matang untuk mencernakan makanan. Janin di dalam kandungan rahim ibu itu seperti salah satu organ-organ ibu itu sendiri, mengambil molekul-molekul asas yang diperlukan dari darah ibu, melalui uri placenta. 8)Bukan semua molekul dibenarkan masuk melalui uri placenta dari darah ibu kepada darah bayi di dalam kandungan. Ia ditapis dan dipilih oleh uri placenta. 9) Darah ibu dan darah janin tidak bercampur. Apa yang masuk ke dalam darah ibu hanya boleh masuk ke dalam darah janin melalui uri placenta. 10) Dalam rahim ibu TIADA makanan yang sampai dari perut ibu. 11) Uri placenta yang melekap pada dinding rahim ibu akan menyerap molekul asas seperti air, gula, amino acid, fatty acid, mineral, zat besi, dari darah ibu dan dialihkan ke dalam darah Janin. Darah ibu dan darah janin tidak bercampur. Saluran darah ibu mengalir di sebelah dalam uri dan saluran darah janin mengalir di sebelah luar uri placenta. Molekul-molekul diserap dan dialihkan melalui uri placenta dari saluran darah ibu ke saluran darah janin tanpa percampuran darah. Kemudian dari uri placenta, darah janin mengalir melalui tali pusat ke dalam janin. Dia tak makan sehingga dilahirkan. Kali pertama baby makan ialah breastfeeding. Sila lihat gambar yang di sertakan. Dalam gambar ini ialah contoh bagaimana zat besi dipilih oleh uri placenta dalam proses ‘Active Transport’ untuk dibawa dari darah ibu ke dalam darah janin. Bukan semua bahan dibenarkan masuk oleh uri placenta kepada janin. Semoga bermanfaat, Dr Imelda Balchin

Đọc thêm
APA IBU MAKAN,JANIN DLM RAHIM PUN MAKAN KE??
 profile icon
Viết phản hồi

Air Ketuban Vs Air Kelapa| Kulit baby Vs Susu Kambibg

Soalan: “Doktor kenapa air ketuban boleh jadi kering?” Jawapan: Ada beberapa sebab. Salah satu sebab ialah bila sudah pecah air ketuban dan air ketuban sudah pun mengalir keluar. Salah satu sebab yang lain ialah air ketuban tidak pecah tetapi ada masalah fungsi uri placenta yang tidak membekalkan cukup nutrisi kepada bayi sehingga bayi terpaksa mempertahankan otaknya membuka saluran darah ke otak dan mengurangkan pengaliran darah ke buah pinggangnya. Bila pengaliran darah ke buah pinggang dikurangkan maka bayi akan kurang kencing dan air ketuban menjadi sedikit saja. Soalan: “Doktor, betul ke air ketuban tu air kencing baby??” Jawapan: Betul. Baby telan air ketuban dan kencing balik ke dalam air ketuban. Tetapi air ketuban ni jernih, takdak bakteria atau bau di dalam kantung. Soalan: “Tapi doktor, bukan ke bila ibu minum air kelapa, ini menyebabkan air ketuban bersih dan jernih?” Jawapan: Salah. Bila ibu hamil telan air kelapa, ini masuk ke dalam perut ibu dan diserap ke dalam darah ibu, bukan masuk ke dalam rahim. Perut ibu ialah organ yang berbeza dari rahim dah tidak bersambung. Apa-apa yang ibu telan tak masuk ke dalam rahim. Soalan: “Tapi doktor, bagaimana pula dengan susu kambing? Betulke telan susu kambing kulit baby jadi putih?” Jawapan: Salah. Bila ibu hamil telan susu kambing, ini juga masuk ke dalam perut ibu. Selepas susu kambing dihadamkan kepada molekul-molekul kecil, ia keluar dari perut dan masuk ke dalam usus kecil. Dari usus kecil ia diserap ke dalam darah ibu melalui permukaan dinding usus kecil. Tak masuk pun dalam rahim. Soalan: “Jadi doktor, kenapa penjual susu kambing kata minum susu kambing memutihkan kulit baby?” Nanti sat. Kali ni soalan untuk penjual susu kambing ke soalan untuk saya? Kalau soalan untuk penjual susu kambing, saya pun nak tanya soalan sekali: Cuba tanya penjual susu kambing, semua anak-anak kambing warna putih ke? Kalau susu kambing memutihkan, macam mana anak-anak kambin sendiri ada bermacam-macam warna? Pengeluar susu kambing terbesar di dunia ialah negara India, Bangladesh dan Pakistan. Pengeluar susu lembu terbesar di dunia ialah negara-negara Eropah. Jadi siapa yang mempunyai warna kulit yang lebih putih, orang Eropah yang banyak minum susu lembu ke orang India yang banyak minum susu kambing? “Alamak doktor, banyak nya soalan. Saya dah kena tipu penjual susu kambing 😬.” Credit to Dr Imelda Balcin (Pakar O&G)

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Fetal Doppler vs Baby Movement (Sila Baca Ya ibu2)

Toksah laa buat lagu ni. Bahaya tau. Pernah ada seorang bayi meninggal dunia di dalam kandungan di negara UK, dan ceritanya masuk ke dalam berita suratkhabar di negara UK, sebab ibu terlambat datang. Ibu tak datang ke hospital bila pergerakan bayi di dalam kandungan sudah berkurangan selama beberapa hari. Ibu tak datang sebab yakin alat fetal Daptone atau fetal Doppler atau fetal heart detector yang dia beli sendiri tu boleh digunakan oleh orang awam untuk memantau kesihatan bayi di dalam kandungan sendiri. Tetapi bila ibu itu pergi ke klinik, beberapa hari kemudian, sudah terlambat, bayi di dalam kandungan sudah berhenti bergerak dan bayi sudah meninggal dunia. Toksah dok pantau bayi di dalam kandungan dengan alat fetal Daptone atau fetal heart detector yang dibeli sendiri. Kalau nak beli alat ini, anda boleh beli sebagai permainan saja untuk ibubapa saja, untuk main-main dengar denyutan nadi, tetapi BUKAN sebab anda bertujuan nak pantau sendiri kesihatan anak sendiri. JANGAN BUAT. Biarkan doktor dan bidan bertauliah buat tugas mereka memantau kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. Jangan cuba buat sendiri sebab ini memerlukan ilmu pengetahuan perubatan apa yang diperlukan dan kemahiran menentukan jika ada masalah atau tidak. Jika anda bimbang tentang kesihatan bayi di dalam kandungan anda, bimbang sebab bayi di dalam kandungan tidak cergas dan tidak bergerak seperti biasa, sila ke hospital bersalin untuk mendapatkan penilaian kesihatan dan nasihat dari bidan bertauliah dan doktor perubatan. Bukan guna alat fetal Daptone ini dirumah sebagai alternatif berjumpa dengan doktor. Di hospital, kami guna CTG, bukan fetal Daptone, untuk ibu yang mengadu bayi yang ada ‘reduced fetal movements’ Saya nak bagi satu analogi. Kalau anda ada sakit dada dan bimbang jika anda ada penyakit jantung, adakah anda akan beli sendiri stethoscope dan dengar sendiri denyutan nadi jantung anda? Sudah tentu tidak kaaaan. Sebab anda memang dah tahu anda masih hidup dah mestilah ada nadi jantung kan. Tetapi ada nadi jantung hanya memberitahu anda yang anda masih hidup, tidak memberitahu anda jika anda ada masalah kesihatan jantung sebab anda tiada kemahiran mengenalpasti apakah nadi yang normal atau tidak. Apa lagi yang anda tidak tahu ialah perubahan denyutan nadi jantung bayi dalam alat fetal Daptone ialah PERUBAHAN TERAKHIR sebelum mati. Jika nadi jantung bayi sudah jatuh ke bawah tahap yang normal, kemungkinan besar bila anda sampai ke hospital anda sudah terlambat untuk menyelamatkan bayi. Alat fetal Daptone ini hanya mengesahkan yang bayi anda masih hidup atau tidak. Itu saja. Denyutan nadi yang normal hanya mengesahkan bayi yang hidup, bukan sihat atau tidak sihat. Kami buat bermacam-macam lagi penilaian kesihatan untuk tujuan memantau kesihatan, bukan hanya penggunaan alat fetal Daptone. Lagi satu perkara yang anda perlu tahu, ialah jika bayi di dalam kandungan sudah meninggal dunia, anda masih boleh mendengar denyutan jantung melalui alat ini, sebab ia akan mencari denyutan nadi ibu jika tak jumpa denyutan nadi bayi di dalam kandungan. Untuk anda yang tiada kemahiran, anda tidak boleh membezakan adakah ini denyutan nadi ibu atau denyutan nadi bayi di dalam kandungan. Hari ni saya membebel kepada pesakit saya, sebab saya sudah bagi nasihat jika bimbang tentang bayi, contact klinik dan datang. Hospital buka 24 jam dan saya selalu standby untuk pesakit saya. Saya tak pernah suruh ibubapa beli alat fetal Daptone atau fetal heart monitor untuk memantau kesihatan anak di dalam kandungan sendiri . Please don’t do it. Do not give yourself false reassurance that everything is OK with this alone, if there is reduced fetal movements and if you are worried about your baby. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua, Dr Imelda Balchin. P/S Kalau belum lagi 28 minggu kehamilan, tak payah lah datang ke hospital sebab bimbang tak rasa pergerakan baby. Sebelum 28 minggu kehamilan, bayi masih kecil lagi dan memanglah ramai ibu tak akan rasa semua pergerakan baby. Kalau sebelum 28 minggu dan anda bimbang tentang bayi anda, datang ke klinik je, tak payah datang ke hospital bersalin 12 tengah malam kecuali jika ada masalah ini: 1) Pecah air ketuban 2) Ada pendarahan 3) Contraction yang sakit ILMU DARI DR IMELDA BALCIN

Đọc thêm
Fetal Doppler vs Baby Movement (Sila Baca Ya ibu2)
 profile icon
Viết phản hồi

Makan Durian Semasa Hamil

SUMBER ASAL ; FB DOCTOR IMELDA BALCIN Ada seorang ibu hamil yang mengadu kepada saya, sebab suami dia tak bagi dia makan durian semasa hamil, tapi suami dia pi beli kat dia icecream perisa durian semasa hamil. Mai nak habaq. Jika kita bandingkan 100g icecream (setengah cawan) dengan 100g durian (dua tiga ulas), kita akan dapati kandungan karbohidrat dan gulanya lebih kurang serupa, tetapi di dalam icecream ada lebih garam, ada lebih cholesterol dan ada lebih lemak dari dalam durian. Di dalam icecream ada Vitamin A, calcium dan vitamin D tetapi kita juga boleh dapat khasiat ini dalam segelas susu tanpa tambahan gula. Di dalam durian pula ada khasiat polyphenol flavonoids antioxidant, serat semulajadi, prebiotic, Vitamin C, Vitamin B, Vitamin A, Folate, Potassium, Magnesium, Manganese, zat besi dan zinc. Jadi jika kita buat perbandingan ini, saya rasa durian menang dan icecream kalah. Durian tu bukan racun, ada khasiat semulajadi, dan tiada halangan kalau ibu hamil teringin nak makan durian. Tetapi bersederhana dan berpada-pada lah, sebab seulas durian itu mengandungi 2-3 sudu gula. Makan satu atau dua ulas cukup lah tu. Tapi.....kalau tak boleh kawal nafsu dan tak boleh hadkan berapa banyak anda telan, lagi baik jangan. Jika ibu hamil ada GDM, pastikan bacaan glucometer anda tidak melebihi had 6.7 dua jam selepas makan. Yang dok pi makan junk food berproses sebagai pilihan alternatif tu buat apa....kek, donut, biskut, kueh, icecream, air gas manis tu junk food. Makan buah itu lebih baik dari junk food. Lagi satu: nasihat yang saya sampaikan kepada ibu hamil ni sama saja dengan nasihat untuk semua orang lain. Jangan makan berlebihan dan jauhilah junk food. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat.

Đọc thêm
Makan Durian Semasa Hamil
Post reply imageGIF
 profile icon
Viết phản hồi