Makan Durian Semasa Hamil

SUMBER ASAL ; FB DOCTOR IMELDA BALCIN Ada seorang ibu hamil yang mengadu kepada saya, sebab suami dia tak bagi dia makan durian semasa hamil, tapi suami dia pi beli kat dia icecream perisa durian semasa hamil. Mai nak habaq. Jika kita bandingkan 100g icecream (setengah cawan) dengan 100g durian (dua tiga ulas), kita akan dapati kandungan karbohidrat dan gulanya lebih kurang serupa, tetapi di dalam icecream ada lebih garam, ada lebih cholesterol dan ada lebih lemak dari dalam durian. Di dalam icecream ada Vitamin A, calcium dan vitamin D tetapi kita juga boleh dapat khasiat ini dalam segelas susu tanpa tambahan gula. Di dalam durian pula ada khasiat polyphenol flavonoids antioxidant, serat semulajadi, prebiotic, Vitamin C, Vitamin B, Vitamin A, Folate, Potassium, Magnesium, Manganese, zat besi dan zinc. Jadi jika kita buat perbandingan ini, saya rasa durian menang dan icecream kalah. Durian tu bukan racun, ada khasiat semulajadi, dan tiada halangan kalau ibu hamil teringin nak makan durian. Tetapi bersederhana dan berpada-pada lah, sebab seulas durian itu mengandungi 2-3 sudu gula. Makan satu atau dua ulas cukup lah tu. Tapi.....kalau tak boleh kawal nafsu dan tak boleh hadkan berapa banyak anda telan, lagi baik jangan. Jika ibu hamil ada GDM, pastikan bacaan glucometer anda tidak melebihi had 6.7 dua jam selepas makan. Yang dok pi makan junk food berproses sebagai pilihan alternatif tu buat apa....kek, donut, biskut, kueh, icecream, air gas manis tu junk food. Makan buah itu lebih baik dari junk food. Lagi satu: nasihat yang saya sampaikan kepada ibu hamil ni sama saja dengan nasihat untuk semua orang lain. Jangan makan berlebihan dan jauhilah junk food. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat.

Makan Durian Semasa Hamil
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

😉

Post reply imageGIF