APA IBU MAKAN,JANIN DLM RAHIM PUN MAKAN KE??

Semalam saya bagi penjelasan apa yang ibu hamil makan tak masuk ke dalam rahim, sebab organ rahim itu organ yang berlainan dan tak bersambung dengan perut ibu. Maka bila ibu makan apa-apa yang berwarna hitam, ini tidak boleh menghitamkan kulit baby di dalam kandungan. Sama juga, bila ibu hamil telan apa-apa yang putih, ini tidak boleh memutihkan kulit bayi di dalam kandungan rahim, sebab apa yang ibu makan tidak boleh bercampur dengan bayi di dalam kandungan rahim ibu. Kemudian, ada netizen tanya, bagaimana bayi di dalam kandungan mendapat nutrisi daripada ibu, jika apa yang ibu makan tak boleh masuk ke dalam rahim? Jadi, supaya netizen lain tak tanya berulang-ulang kali di ruang komen, saya jawab di sini saja lah. ———————————————————————- 1) Apa yang ibu telan tak masuk ke dalam rahim. Apa yang ibu telan masuk ke dalam perut dan sistem penghadaman ibu. Rahim dan perut ialah dua organ dalaman yang berlainan dan tidak bersambung. 2) Sebelum bayi dilahirkan, kita panggil nya janin atau fetus. Selepas dilahirkan, baru kita panggil nya bayi atau baby. 3) Janin duduk di dalam rahim ibu, iaitu uterus. Janin tidak duduk di dalam perut ibu. Kita mesti mengajar dan menggunakan istilah yang betul untuk apakah perut dan apakah rahim atau uterus, bila kita bercakap dengan anak-anak dan ibu hamil supaya masyarakat tidak keliru. Berhentilah berkata “baby duduk di dalam perut”. Katakanlah “baby atau janin duduk di dalam uterus ibu atau rahim ibu.” Tak susah pun menggunakan istilah dan perkataan yang betul. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa untuk meningkatkan prestasi dan ilmu pengetahuan masyarakat awam tentang kesihatan. 4) Selepas ibu makan, makanan yang masuk ke dalam perut dan usus ibu dicernakan kepada molekul-molekul asas seperti air, gula, amino acid, garam, mineral, fatty acid, ia diserap dari usus ibu ke dalam saluran darah kecil kapilari yang mengelilingi dinding usus kecil. Molekul-molekul asas ini tiada lagi warna. 5) Toxin dan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh ibu akan dibuang sebagai najis atau air kencing ibu. Ini termasuklah suplimen yang berlebihan. Ia diproses oleh organ hati dan buah pinggang untuk dinyahkan. Tenaga dari makanan yang berlebihan diubah kepada lemak badan. 6) Molekul-molekul asas yang masuk ke dalam darah ibu untuk digunakan sebagai tenaga dan nutrisi kepada organ-organ dan sel-sel ibu akan dibawa ke seluruh badan ibu di dalam saluran darah ibu. 7) Janin di dalam kandungan rahim ibu itu tidak makan dan sistem penghadamannya belum lagi matang untuk mencernakan makanan. Janin di dalam kandungan rahim ibu itu seperti salah satu organ-organ ibu itu sendiri, mengambil molekul-molekul asas yang diperlukan dari darah ibu, melalui uri placenta. 8)Bukan semua molekul dibenarkan masuk melalui uri placenta dari darah ibu kepada darah bayi di dalam kandungan. Ia ditapis dan dipilih oleh uri placenta. 9) Darah ibu dan darah janin tidak bercampur. Apa yang masuk ke dalam darah ibu hanya boleh masuk ke dalam darah janin melalui uri placenta. 10) Dalam rahim ibu TIADA makanan yang sampai dari perut ibu. 11) Uri placenta yang melekap pada dinding rahim ibu akan menyerap molekul asas seperti air, gula, amino acid, fatty acid, mineral, zat besi, dari darah ibu dan dialihkan ke dalam darah Janin. Darah ibu dan darah janin tidak bercampur. Saluran darah ibu mengalir di sebelah dalam uri dan saluran darah janin mengalir di sebelah luar uri placenta. Molekul-molekul diserap dan dialihkan melalui uri placenta dari saluran darah ibu ke saluran darah janin tanpa percampuran darah. Kemudian dari uri placenta, darah janin mengalir melalui tali pusat ke dalam janin. Dia tak makan sehingga dilahirkan. Kali pertama baby makan ialah breastfeeding. Sila lihat gambar yang di sertakan. Dalam gambar ini ialah contoh bagaimana zat besi dipilih oleh uri placenta dalam proses ‘Active Transport’ untuk dibawa dari darah ibu ke dalam darah janin. Bukan semua bahan dibenarkan masuk oleh uri placenta kepada janin. Semoga bermanfaat, Dr Imelda Balchin

APA IBU MAKAN,JANIN DLM RAHIM PUN MAKAN KE??
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

👆