Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
26382 Người theo dõi
Family in law
Hi maaf jika luahan saya ini ada menguris hati mana mana pihak, saya cuma nak luahkan rasa sedih dan geram saya. Kisahnya, family in law ni suka mengambil kesempatan terhadap family saya. Suami pulak jenis okay sahaja, saya taktahu nak luah kat siapa. Suami saya ada 12 beradik, yang tinggal sebumbung dngn mak mertua saya ada 5. Semua umur dah 20 ke atas tapi kalau apa apa mak mertua mesti call suami kalau perlukan apa apa, walaupun bende remeh temeh. Contoh, mintak pergi kedai beli brg dapur etc. Saya pelik orang dekat rumah tu tk wujud ke? Saya ni dalam pantang, memerlukan suami untuk tolong buat kerja rumah. Dan jaga anak sulong dan Adiknya sementara saya pulih dari pantang. Btw family in law selalu pinjam kereta lepastu buat mcm harta sendiri, bila pulang kereta dalam keadaan benyai. Masa kami susah dulu terkontang kanting family suami takda yang nak menolong, skrng kami baru nak stabil sibuk nak melekat.
Makan Sushi
Hai.. saya tengah berpantang 20 hari. Boleh makan sushi ke? Yg kita tau waktu pregnant x boleh mkn yg raw @ undercooked.. tp kalau tgh pantang boleh dah ke eh?
perlu ke pam?
hi. nak tanya perlu ke saya pam susu sebab kalau anak menyusu belah kanan, belah kiri mesti susu menitik kadang sampai basah baju. saya pernah pam 2 hari sebab anak kena warded tapi time tu susu tak banyak so takleh nak bagi kat dia, lepas dia keluar wad jadi camni. tolong saya please sebab takut bengkak susu pulak. btw saya first time mom
baby batuk
hi baby sy 40 hari, dia mcm ada batuk batuk kecil, kadang2 je, apa tips ye nk hilang kn? sbb baby tkde ubat. risau tgk dia batuk, kesian#firstmom #bantusharing #ingintahu
susu badan
Salam semua...boleh ke suggest mknan yg boleh pekatkan da meriahkan susu badan ... 21days
darah semasa berpantang
salam.nak tanya.normal ke kalau sy berpantang dah 38 hari tp masih keluar darah merah terang? keluar dia tu sikit2 #pleasehelp #firstmom
Darah Nifas
Nak tanya darah Nifas ni kalau dah sebulan lebih masih berdarah lagi ke? Hari tu dah stop cuma keluar sikit je..start semalam keluar banyak..macam hari ke 3@4 period tu..ni darah Nifas ke darah period? Xde bau.. Sy 1st mom sori kalau Tanya Soalan macam ni.
Tempoh pantang
Berapa lama tempoh pantang makan ye? Saya dah 35 hari lepas bersalin. Still makan mknan pantang. Bila saya boleh makan mcm biasa balik ya?
Baby baru 24 hari tapi dah batuk dan selsema
Hai nak tanya, ada tak yang mengalami mcm sy, baby baru je 24 hri tp dah batuk dan selsema, pergi klinik doctor bgitau pantau pernafasan ank. Luluh hati tgk anak batuk, risau jadi apa2 😭
Kulit muka anak naik bintik kecil yang banyak mcm ruam
Anak saya baru 19 hari..dan dia naik bintik kecil kt muka hari ke 14..normal ke mcmtu..apa perlu saya buat untuk hilangkan bintik tu ada area muka je bahagian lain tkda..