Family in law
Hi maaf jika luahan saya ini ada menguris hati mana mana pihak, saya cuma nak luahkan rasa sedih dan geram saya. Kisahnya, family in law ni suka mengambil kesempatan terhadap family saya. Suami pulak jenis okay sahaja, saya taktahu nak luah kat siapa. Suami saya ada 12 beradik, yang tinggal sebumbung dngn mak mertua saya ada 5. Semua umur dah 20 ke atas tapi kalau apa apa mak mertua mesti call suami kalau perlukan apa apa, walaupun bende remeh temeh. Contoh, mintak pergi kedai beli brg dapur etc. Saya pelik orang dekat rumah tu tk wujud ke? Saya ni dalam pantang, memerlukan suami untuk tolong buat kerja rumah. Dan jaga anak sulong dan Adiknya sementara saya pulih dari pantang. Btw family in law selalu pinjam kereta lepastu buat mcm harta sendiri, bila pulang kereta dalam keadaan benyai. Masa kami susah dulu terkontang kanting family suami takda yang nak menolong, skrng kami baru nak stabil sibuk nak melekat.