Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.
Hi Doc, I heard I only need to take the HPV vaccine before I am sexually active, is that true? Is there an ideal age to take the vaccine or any age before 45 is alright?
Hi Doktor, Nak tanya, is it ok to take Booster Injection (covid booster) for Pregnant Mother (I'm 6 weeks) Mohon Pencerahan.. THANK U.. 🌱
Alright.. Thank U so much yaa
Hi doktor, salam sejahtera. Boleh doktor terangkan aktiviti harian yang boleh menyumbang kepada risiko kanser servik? Apakah cara untuk mencegahnya? Terima kasih.
Đọc thêmHi Nurul Syafikha, kanser servik, pada asasnya berpunca daripada jangkitan HPV (Human papiloma virus) serta berkait rapat dengan aktiviti seks. Antara faktor risiko penyakit ini termasuk kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks rambang (promiscuity), pelbagai pasangan seks, wanita yang merokok dan masalah kesihatan berkait immunokompromi. Penggunaan kondom oleh pasangan lelaki, penyaringan ujian pap berkala (pap smear)serta vaksinasi terhadap HPV telah membantu mengurangkan insiden kanser servik. Thanks
Hi Dr Sy baru tahu bahawa saya tidak cukup suntikan vaksinasi semasa kanak-kanak.Adakah saya perlu mengambil suntikan tersebut sekarang?
Hi Aimi Najwa, kanak- kanak mudah terdedah pada kuman bahaya kerana sistem ketahanan badan mereka terhad dan belum matang sepenuhnya. Program vaksinasi kanak-kanak diwujudkan dengan tujuan untuk mencegah penyakit berjangkit teruk yang boleh menyebabkan kematian atau kecacatan. Antaranya, penyakit batuk kokol (pertusis), difteria, polio, tuberculosis, radang otak (meningitis) dan berbagai lagi. Seterusnya, terdapat juga vaksinasi untuk peringkat remaja dan dewasa seperti HPV, Hepatitis dan Influenza. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor anda untuk mengenalpasti keperluan untuk vaksinasi anda. Thanks
Hi Doc, Bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk mencegah daripada penyakit kanser servik? Terima kasih.
Đọc thêmHi Nora Yaacob, Pencegahan penyaki barah serviks/pangkal rahim meliputi amalan hubungan seks yang sihat, pengambilan vaksin HPV serta ujian penyaringan Pap berkala. Kanser servik, pada asasnya berpunca daripada jangkitan HPV (Human papiloma virus) serta berkait rapat dengan aktiviti seks. Antara faktor risiko penyakit ini termasuk kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks rambang (promiscuity), pelbagai pasangan seks, wanita yang merokok dan masalah kesihatan berkait immunokompromi. Penggunaan kondom oleh pasangan lelaki, penyaringan ujian pap berkala (pap smear) serta vaksinasi terhadap HPV telah membantu mengurangkan insiden kanser servik. Thanks
You can book a face to face appointment with Dr. Ng Soon Pheng by clicking here https://bit.ly/3JVAhnA
hi dr. nk tnya perkara biasa ke mengandung sakit puting tetek . bleh bagi jelelasan dr
Hi Nur Aishah, buah dada (termasuk puting tetek) yang sensitif semasa mengandung adalah disebabkan ransangan hormon estrogen dan progesterone, yang meningkat. Hormon- hormon ini menyebabkan kelenjar susu aktif, peningkatan pengaliran darah (blood flow) beserta penambahan tisu lemak di buah dada. Thanks.
Click here to know more about cervical cancer https://bit.ly/3rbJ8ZM
Hi doc. Is booster injection will effect for bf mum?
Hi Husna, so far taking the "booster vaccine" against Covid 19 has no side effects on breastfeeding.
keputihan tanda bakal dpt kenser Rahim ke?
Hi, Antara simptom kanser pangkal rahim adalah pendarahan (faraj) yang tidak menentu dan discaj vagina yang berbau busuk. Kanser ini lebih sering terjadi pada wanita sekitar umur 20-50 tahun. Ini berbeza dengan barah rahim yang lebih pada wanita menopaus yang berumur. Mereka selalunya mengalami pendarahan posmenopaus. Lelehan keputihan daripada faraj lebih berkaitan dengan jangkitan faraj (vulvo-vaginitis). Jangkitan ini biasanya ditangani dengan pesari vagina (vaginal anti-fungal pessary) atau antibiotik.