Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.
Hi Dr Ng. Soon Pheng Selamat sejahtera 🌹☺️✌🏻 Doktor, Biasa kita ada dengar tentang suntikan HPV untuk remaja yang masih bersekolah kan? Soalan saya :- 1. Bagaimana pula pada yang dewasa yang ingin dapatkan suntikan vaksin HPV? bagi mengelakkn dari alami kanser servik. 2. Betul ke kanser servik boleh di cegah dan di ubati berbanding kanser payudara dengan cara ambil suntikan HPV? 3. Betul ke doktor jika merancang kehamilan dengan menggunakan kondom atau pelincir yang tidak sesuai ketika bersama pasangan itu juga boleh ada peluang untuk alami kanser servik? 4. Bila waktu sesuai suntikan HPV perlu kita ambil ya doktor?..adakah selepas period atau bila- bila masa sahaja boleh di ambil? walaupun ketika itu kita sedang period? 5. Adakah vaksin HPV ini juga ada kesan sampingan selepas ambil? seperti ambil suntikan lucrin untuk rawatan endometriosis? 6. Berapa kos atau harga untuk suntikan HPV serta berapa kali perlu kita ambil suntikan tersebut? dan di mana boleh kami dapatkan suntikan tersebut? Itu sahaja soalan dari saya , Saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada doktor atas kesudian menjawab soalan saya. Have a nice day doktor 😉✌🏻🌹 Dan " Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada doktor dan keluarga yang akan berlangsung pada 1st Februari nanti ☺️🌹"
Đọc thêmHi doctor. Saya berumur 32 tahun, sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada doctor. 1. Bagaimana cara nak mencegah keputihan dan kegatalan di bahagian vagina? 2. Bilalah waktu yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan bahagian vagina dan cara mengelakkan kanser serviks. 3. Apabila sudah bersama suami, bagaimana cara yang betul untuk membersihkan bahagian vagina supaya tidak terkena infection? 4. Bolehkah mencuci bahagian vagina dengan sabun pencuci vagina yang berada di pasaran? Itu sahaja soalan saya. Sekian terima kasih doctor.
Đọc thêmHi Aainaa, keputihan serta kegatalan di sekitar faraj adalah antara simptom penyakit vulvo-vaginitis. Jangkitan ini biasanya disebabkan penularan organisma fungi/kulat (Candida spp) dalam faraj. Tindakbalas badan dengan kuman tersebut menghasilkan lelehan keputihan daripada faraj, beserta gejala lain. Di antara langkah untuk mencegah atau mengurangkan jangkitan ini adalah - Menjaga kesihatan diri seperti kurangkan makanan bergula, amalkan berat badan yang sesuai (BMI <23), tidur dan waktu rehat yang secukupnya. - Mengamalkan kebersihan’ perineal hygience’ yang baik, termasuklah mencuci bahagian sekitar vagina dengan air bersih tanpa shampo atau sabun, mengurangkan penggunaan produk pembersih wanita/ faraj yang mungkin mengubah keasidan /pH vagina, mencuci dengan teknik yang betul (dari depan ke arah belakang dan bukan sebaliknya). - Elakkan amalan ‘douching’, yang boleh menggalakkan jangkitan kuman dalam faraj. Faraj mempunyai mekanisma pembersihannya sendiri (self cleansin
Hi Dr. Ng. I have taken HPV vaccine from LPPKN as an adult in my late 20s before becoming sexually active. Recently now in my early 30s, I had prolonged brown bleeding about 3 weeks in pregnancy which has thankfully stopped. Doctor suggested doing pap smear when I was bleeding. Is it necessary to do pap smear since I've already taken HPV vaccine? Am I still at risk for cervical cancer?
Đọc thêmHi, Tahniah kepada anda kerana telah mendapatkan vaksinasi HPV. Virus ini merupakan punca utama penyakit kanser serviks. Kajian menunjukkan penerima vaksin mendapat pengurangan risiko barah yang signifikan berbanding wanita yang tidak bervaksinasi. Harus dingatkan bahwa anda masih berisiko meskipun rendah dan ujian saringan pap berkala harus diteruskan. Risiko anda bertambah terutamanya jika mengalami pendarahan di luar kitaran haid. Proses saringan pap (pap smear) berkala penting untuk pengesanan awal dan melindungi wanita daripada kanser serviks. Thanks
selamat pagi Dr...Dr Sya nak tanya..Sya berkrja sebagai seorg tentera dan sya lepas bersalin, sekarang dah 4 bulan..persoalan Sya bila tempoh masa yg membolehkan Sya untuk mengikuti latihan seperti berlari, set-up, bersukan dan sebagainya?...
Hi Darlink Wawa, kembali aktif secara fizikal selepas bersalin adalah penting dari segi kesihatan. Tiada sebarang syor yang tepat mengenai tempoh masa untuk bersenam serta menjalankan aktiviti lasak. Ia bergantung pada jenis kelahiran (Caesarean atau sebalik), tahap kecergasan individu sebelum hamil serta komplikasi kesihatan. Kebanyakan doktor berpendapat waktu sesuai untik bersenam adalah selepas 6-8 minggu jika bersalin biasa (vaginal delivery) atau 10-12 minggu untuk kelahiran Caesarean. Senaman atau aktiviti fizikal ini harus dimulai dengan intensiti yang paling rendah dan tempo yang sesuai (bergantung pada tahap kecergasan). Anda harus sensitif pada respons badan terhadap aktiviti fizikal, khasnya tanda-tanda kesakitan atau pendarahan. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang keraguan sebelum memulakan aktiviti ini. Thanks
hi Dr. Ng.. I'm done my ovulation test by using a LH strips.. I started from day 10 until my next period but unfortunately, i didn't found any positive line from the strips.. By the way, I have PCOS. what should i do?
Hi Leonessa Eonella, Polycystic ovarian syndrome often brings symptoms of irregular menstrual cycles and infertility. An imbalance of sex hormones that control the ovulation process causes the maturation of eggs in the ovaries to be disrupted. This is evidenced by the failure of the LH test (for ovulation), which marks a woman's fertile period. Please see a specialist doctor to help you reach fertility time through fertility drug treatment such as clomiphene or letrozole. Weight control, appropriate physical activity as well as meformin medication also help in achieving this goal. Thanks
Hai dr. Mohon pertanyaa.pemakanan memainkan peranan penting dlam kehidupan seharian justeru itu .. Apakah makanan yang boleh menyebabkan kanser servik?? Sdia maklum nowadays almost Penyakit disebabkan pemakanan. Tq
Tq.. Bnyak membantu
Hi Doctor, Nak bertanya..bagaimana keputihan boleh terjadi semasa hamil ia boleh membahayakan kandungan?.. Kenapa ibu hamil sering selsema dan sungguh tidak selesa ia boleh menganggu kandungan?..
Đọc thêmterima kasih Dr.Ng Soon Pheng😃 penerangan yg penuh bermaafan dan berguna PD IBU2 hamil👍👌
Hi doctor, Kalau ikut pengiraan last period saya sekarang dah 6w 6d, tapi scan nampak kantung je tu pun kecik. dokter cakap macam bukann 6w 6d. macam baru 5w macam tu. normal ke dokter?
Hi, Perbezaan tempoh kandungan (period of gestation) dengan keputusan pemeriksaan ultrasound berlaku mungkin disebabkan kelambatan ovulasi (delayed ovulation) atau kegagalan kandungan (failed pregnancy). Sekiranya anda tidak mempunyai simptom keguguran seperti pendarahan, kerapkali pemeriksaan ultrasound seterusnya pada tempoh 7-10 hari dapat mengenalpasti samada kandungan sihat atau sebaliknya. Thanks
Hi Dr. Ng Soon Pheng Nak tanya adakah Booster Injection ni ade kesan untuk anak yg masih menyusu? Sebap anak saya demam selepas saya vaksin booster injection bila saya bagi susu ibu
Hi Erle Jonson, vaksin covid 19 (booster) didapati selamat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan untuk wanita yang mengandung atau menyusu badan. (Rujukan: www.nhs.uk Pregnancy, breastfeeding, fertiltiy and coronavirus vaccination.) Thanks
Hi doctor.. Sy ingin bertanya.. Sy baru mengandung 5 minggu dari awl sy pening kepala nak bangun pun susah makan pun memang tak ada selera.. Macam mana cara utk sy atasi?
Hi Nur Jannah, Gejala kurang selera makan, pening, mual serta perut berangin semasa awal kehamilan (trimester pertama) adalah disebabkan perubahan dan peningkatan hormon mengandung seperti hCG, hPL, progesterone dan estrogen. Perubahan hormon yang luarbiasa berbanding semasa tidak mengandung menyebabkan badan bertindakbalas. Keadaan ini bersifat sementara dan ‘pulih’ selepas 12-16 minggu mengandung. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian doktor untuk memastikan simptom anda bukan disebabkan penyakit lain. Thanks