Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kalau kerap kencing apa tanda nya?

3y trước

Hi Elly, Kerap kencing adalah masalah kesihatan yang lazim. Di antara punca gejala ini termasuk terlebih minum, cuaca yang sejuk, jangkitan salur/pundi kencing (cystitis), batu karang (renal stone), ‘overactive bladder’ dan diabetes. Oleh itu, puan disaran agar mendapatkan penilaian doktor untuk mengenalpasti punca serta rawatan, jika perlu.