Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)

Kami bawakan khas kepada anda Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS) tentang cara yang betul membawa pulang bayi baru lahir daripada hospital. Ajukan persoalan anda di ruangan komen berkaitan Bagaimana Cara untuk Membawa Bayi Baru Lahir Pulang daripada hospital dan segala persoalan berkaitan topik ini akan di jawab terus oleh pakar kami pada hari Khamis, 3 petang. Baca lebih lagi di sini : https://community.theasianparent.com/q/berbulan-bulan-anda-membuat-perancangan-bagi-menyambut-kedatangan-si-manja-dan/3002868 Read more here : https://my.theasianparent.com/bring-baby-home/web-view *NOTA : Segala persoalan di luar topik tidak akan dijawab dan akan dipadam. Soalan yang melebihi waktu yang ditetapkan juga berkebarangkalian tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)
28 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Bagaimana ingin mengajar bayi newborn untuk stay dalam car seat? Ada bayi yang akan menangis bila diletakkan didalam car seat disamping mengundang bahaya jika ibu kerap memangku nya. Tq Ms Hwong in advance #TAPactiveusers

4y trước

Bayi newborn tidak boleh diajar, ia cuma react kepada apa yang dialaminya pada saat itu juga. Biasanya bayi newborn suka dibedung kerana rasanya macam dipeluk rapat dengan ibunya. Sila rujuk kepada artkel berikut untuk mengetahui bagaimana bayi newborn boleh dibedung dengan selamat di dalam car seat. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/

Pada musim pandemik covid19, adakah baby saya akan dibuat swab test sebelum pulang ke rumah? Bercadang berpantang di rumah sendiri, di Selangor shj. Sbb selangor red zone, susah nak balik ke Kedah (kampung saya)

Kalau pakai car seat, perlu menghadap ke depan atau menghadap belakang? Saya tengok ramai je mak mak menghadap ke depan. Ramai jugak letak baby dekat seat depan. Boleh tak kalau saya nak buat macam tu?

4y trước

Mengikut undang2 di Malaysia, baby wajib menghadap belakang sampai 9kg. Ramai orang tidak sedar pasal kelebihannya kalau menhadap belakang; iaitu lima kali lebih selamat daripada menghadap ke depan. Disaran pakai car seat menghadap belakang selama yang boleh, mengikut tahap yang ditetapkan oleh pengeluar car seat. Kalau car seat boleh dipakai menghadap belakang sampai 13kg, gunakanlah sampai tahap itu sebelum menghadap ke depan. Seat belakang memang posisi yang lebih selamat. Kalau seat depan tak ada beg udara yang aktif, posisi ini boleh diguna juga kalau perlu.

Saya bercadang utk balik berpantang di kampung di Kedah, skrg sy tinggal di selangor, adakah selamat utk sy dan newborn baby berada dlm kereta utk perjalanan yg jauh (sekitar 5 jam)

4y trước

Untuk baby baru lahir sampai 3 bulan, disaran merancang pit stop setiap 45 minit untuk keluarkan baby sekejap. Inilah untuk memasti baby mendapati cukup oksijen dan pernafasannya tidak terganggu. Jangan unbuckle dan keluarkan baby kalau kereta masih berjalan! Untuk baby yang lebih besar, bolehlah merancang stop setiap 1.5-2 jam.

Perlukah saya membeli car seat mahal untuk bawa bayi pulang? Apa perbezaan car seat berjenama mahal dengan car seat yang lebih murah?

4y trước

Belilah car seat yang terbaik mengikuti bajet masing2. Car seat yang lebih mahal tak semestinya terbaik juga kalau tak sesuai untuk bayi. Yang penting, pilih car seat yang sesuai dengan new born, senang dipasang dalam kereta, dan diguna dengan betul setiap kali. Check pensijilan car seat juga. Pastikan sticker di belakang car seat yang berwarna oren adalah R44/04 ataupun R129, dan mengikuti Malaysian Car Seat Law

how to choose a car seat for newborn? can i buy a carseat which can last for few years or need to frequently change as baby grow up?

4y trước

The type of car seat you choose would depend on your life style and personal choice. For example, if you plan to bring baby out often like dropping off at baby sitter or day care, the infant car seat carrier would be a good choice and very convenient. This would last until baby is around 18 months, and you can then select another car seat for the next stage. Choosing a multi-stage car seat is also an option, provided the car seat is suitable for newborns. Although many models available in the market are rated as from birth, quite a few do not fit a newborn well. Please refer to following article for tips on how to select the right seat for your baby. https://my.theasianparent.com/bring-baby-home/

Thành viên VIP

Hi May! My son is still rear facing (10kg, 15 months old) using the Joie Stages. When should I start changing him to front facing?

4y trước

Hi Sarah! Joie Stages can be used rear facing until 18kg, so do keep him rear facing for as long as possible. There is 5 times less risk of serious injury when rear facing compared to forward facing. He will be more comfortable too as children naturally cross their legs when sitting.

Puan, boleh ke baby baru lahir travel jauh (kl-melaka) untuk tujuan pantang? Dan macam mana cara penggunaan car seat yang betul?

4y trước

Untuk baby baru lahir sampai 3 bulan, disaran merancang pit stop setiap 45 minit untuk keluarkan baby sekejap. Inilah untuk memasti baby mendapati cukup oksijen dan pernafasannya tidak terganggu. Jangan unbuckle dan keluarkan baby kalau kereta masih berjalan! Untuk baby yang lebih besar, bolehlah merancang stop setiap 1.5-2 jam. Baby mesti duduk rear facing dan harness strap ditarik cukup ketat. Bacalah buku manual car seat untuk memastikan car seat dipasang dengan betul. Sila rujuk artikel berikut untuk tip mengguna car seat dengan betul. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/

Apa tip yang boleh Puan kongsi sebelum membeli car seat? Selain daripada harga, apa yang patut saya consider sebelum membeli?

4y trước

Yang penting, pilih car seat yang sesuai dengan umur, berat dan ketinggian anak. Kalau boleh, buat fitting dalam kereta sebelum beli, untuk menentukan ia sesuai dengan kereta dan boleh dipasang dengan senang dan diguna dengan betul setiap kali.

Kalau bayi menangis tak henti henti lepas diletak dalam baby seat baru, bagaimana nak kekalkan baby dalamnya?

4y trước

Tenangkan bayi dulu dan periksa lampinnya sebelum letak dalam car seat. Kalau baru menyusukan, pasti bayi sendawa. Biasanya bayi newborn suka dibedung kerana rasanya macam dipeluk rapat dengan ibunya. Sila rujuk kepada artkel berikut untuk mengetahui bagaimana bayi newborn boleh dibedung dengan selamat di dalam car seat. https://my.theasianparent.com/car-seat-untuk-newborn/