Boleh ke saya nak luah sikit

Saya bekerja dan urus rumah tangga 100% termasuklah bayar rumah, dan bil-bil Perabot rumah juga mostly daripada duit saya Suami saya kerja juga tapi sebelum dia pergi kerja dia urus anak. Bukannya kena mandikan pun. Bagi susu/makan and tukar pampers je lepas tu main mainan. Gaji dia banyak guna untuk shopping barang dapur dan makan harian sebab saya tak masak. Saya tak kisah sangat pasal duit sebab duit banyak kalau tak bahagia apalah gunanya. Saya kerja, urus rumah, dalam masa sama saya urus anak. Boleh kata saya sangat penat dengan kudrat seorang wanita. So bila badan penat, emosi tak terkawal, ajak bersama pun saya tak dapat rasa nikmat sebab badan saya masih kepenatan. Bila emosi tak stabil saya jadi cepat marah cepat moody. Cuma perangai saya bila saya marah saya akan berdiam diri. Sebab kalau saya bercakap sambil marah, memang isteri derhaka lah saya. Tapi suami saya bukan jenis yang sejukkan saya. Dia marah saya, tinggikan suara "KENAPA MARAH SAYA PULAK?" Takde pujuk atau tanya saya ok ke tak. Kalau dia buat salah, dan saya cakap dia salah dia tak minta maaf. Dia akan salahkan saya semula. Dah banyak kali berlaku macam ni. Baru dua tahun ya kawin tapi hati saya semakin tawar. Saya pernah minta cerai ye sebab saya terlalu marah dan dia menjadi minyak tanah yang marakkan lagi api saya. Habis satu bilik saya porak perandakan. Sebelum kawin je mulut manis pujuk sana pujuk sini. Selepas kahwin saya yang kena marah sebab saya marah. Walaupun punca saya marah ialah kerana perbuatan dia. Bila nak bersama baru belai dan berkasih sayang. Kalau taknak bersama memang dia macam acuh tak acuh je. Mungkin nilai saya hanya tubuh badan saya. Dia takkan nampak pengorbanan dan kepenatan saya. Peritnya jadi isteri. Setiap kali solat saya menangis meminta dipermudahkan ujian ini kepada saya. Ujian terbesar saya ialah suami saya. Mentua ni saya tak kisah sangat walaupun jenis mengawal suami saya dan banyak complain macam-macam konon semua benda salah la kat mata mereka tapi biarlah saya malas fikir, bukannya saya wajib taat pun. Saya juga pernah minta untuk mati kerana hidup ini sangat sakit. Tapi anak saya perlukan saya. Dia baru nak masuk setahun. Kesian dia. Saya kena kuat demi anak. Tiada manusia lain yang boleh sayang anak saya macam saya sayang dia. Kadang-kadang saya fikir saya menyesal berkahwin. Nak kata suami baik, hm baik tapi lebih banyak makan hati daripada bahagia dengan dia. Saya dah takde perasaan nak bermesraan dengan dia. I've had enough.

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dia mcm ni sis, bila sis byr pelbagai bil tu, sis sebenarnya auto jd xikhlas bila gaduh sbb tu semua asalnya tanggungjawab husband. sbb tu kt post ni awal lg sis sebut benda tu.. mmg sis terasa dah tu. bab mendiamkn diri/pendam sbb xnk jd derhaka tu salah. diam wktu awak tgh marah. dah cool down bru slow talk dgn husband, kata kt dia awak terasa ini ini, awak sedih, awak marah. tp ckp dlm keadaan yg cool, suara xleh tggi. org dewasa ni, baik laki ke perempuan bila kna tengking mmg xsuka, esp suami. laki ni plg xsuka perempuan menjerit/tggi suara pd dia. sy xpernah tggi suara pd suami tp sy mmg jenis suara kuat pon bila sembang selalu kna tegur dgn dia, bila dia tegur sy terima, cuba perbaiki diri. lps tu perempuan bila pendam mmg makan diri. tu la smpai rasa nk cerai tu. kna let out yg marah tu, tp dgn cara betul. biar suami tau apa yg awak terasa tu.. penat tu.. sila inform suami. mmg tenaga kita lps beranak xsama mcm dulu. bgtau suami awak penat. 'minta tlg suami', bukan arah.. lps dia tlg, jgn lupa kata, thank you syg.. mcm tu.. xkira penat mcm mne pon, language lps marriage ni penting tau. org laki suka dihargai, so 'thank you' bila dia tlg buat apa pon.. walaupon awak rasa tu tanggungjawab dia. Lihat kebaikan suami.. awak kata suami baik kn.. dan muhasabah diri.. kita xperfect kn.. klu kita sedar kekurangan kita, xda la kita asyik cari silap org lain. 2tahun kahwin tu awal lg... anak pon kecil lg kn. cabaran hidup ni bukan setakat kawen je, byk lg.. stay strong and jgn give up.

Đọc thêm
6h trước

ye, ucapan tq tu penting sbnarnya, buat kita rasa dihargai. sejuk sikit bila dgr,kan

Komen pun.... tt pun tahu dia tak sepatutnya masuk campur or ambik alih tanggungjawab suami.. tapi dia dah redha dan dia tak kisah pun cuma dia nak suami faham dia penat so jangan tambah penat dia (tt mohon betulkan kalau aku salah noh).. macam laki aku gaji kecik gaji aku besar sikit aku suka rela bayar rumah 🤣 sebab aku sendiri yang nak duk rumah besar kalau ikut gaji dia rumah kecik sikit la haha... taktau la tt macam mana.. masalah sini aku tengok suami tak reti pujuk isteri.. tt ada masalah emosi lepas beranak kot? patut jadi suami ni kena extra faham arr bukan menambah bara sampai tengking.. member tengah panas..tunggu sejuk pi sembang la.. tanya leklok kenapa marah sekian sekian.. ni pi salahkan bini lak adui.. bini tu takde hak nak rasa marah ke.. sebelum kawen lelaki mmg romantik sis haha dah dapat dia romantik time nak bayar bil air je bahaha masalah dunia betul.. pastu petik tanggungjawab isteri.. meluat! Sabar eah sis luah la nak luah camna pun janji hati lega... bagus la nak stay strong demi anak sebab perit kalau anak tu membesar dalam keadaan broken family..kesian dia.. kita mak mak ni memang suka berkorban huhuh saya doakan sis tenang hadapi semua ni..sis doa suami sis lembut hati dan terang minda haha mana tahu dia akan dapat fikir secara rasional

Đọc thêm

Rumah atas nama siapa? Even atas nama sis pun suami kena bayar jugak ye sbb dia yg wajib sediakan nafkah tempat tinggal. Kalau sis tak berkira, bayarlah semampunya. Ni kalau homeowner la, kalau menyewa auto suami yg kena bayar. Kalau husb mmg dah luar kemampuan & sampai sis kena half2, soalkan dia balik. Masing2 kerja, masing2 keluar duit for household, so for houseworks nape nk serah kt sis sorang je? Kena la buat masing2 je. Mcm saya, saya bgtau siap2 kt husb. Saya kerja, saya bayar utiliti rumah to help him so saya expect dia akan tlg urus rumah & anak juga. Saya highlight siap2 bab buang sampah, basuh2 botol & bpump, basuh toilet, sapu outside rumah, tu keje husb. Saya sapu dlm rumah, masak, basuh & sidai baju, prepare meals anak. Husb lipat or g dry kt dobi. Pagi2 nk g kerja totally husb tukar pampers anak, saya hantar & ambik anak kt pengasuh. Kalau ada masa2nya tak sempat sbb work commitment baru communicate nk swap kerja. Benda kita boleh discuss. Actually before this rule, saya pernah mintak cerai 2x dgn husb. 1st dia ignore, second saya download borang cerai bg kt dia & left group family dia. Sampai his siblings contact saya tanya what happened. Terus dia tobat nasuha. Bkn nk ugut, tp saya ada career & income sendiri. Dprd sakit hati, saya undur diri. Tp husb berubah secara drastik & Alhamdulillah bila dia biasa buat semua tu, dah jadi habit. And yknow what, his mom pulak panas bontot bila tgk anak laki dia buat mcm2 siap tanya kita why. Tp im not only the garang wife, im also a strict menantu. Saya ckp bagusla kalau org tgk nanti dorang puji pandai mak besarkan anak laki yg rajin. Nape mak tak suka ke? Sbb adik beradik saya yg lelaki semua rajin2 hasil didikan mak saya. Terus tak pernah soal dah 😘

Đọc thêm
6h trước

ntahla kenapa mil selalu panas bontot tgk anak laki dia tlg wife kan? suami sy pon sama, smpai mil kata kt rumah dia org laki xsentuh 'keje2 wanita' ni. sy bls je, kt rumah mak sy xda istilah 'keje2 wanita' ni semua org bt benda yg sama. lps tu tiap kali blk kg sy suruh suami bsh pinggan, buang smpah kt rumah mak dia. senyap terus mil. bru tahu sng keje dia klu anak laki dia yg ramai tu ada yg tlg buat keje sedikit sebanyak.

Kisah kita lebih kurang sma. Sy pun mengalami benda yg hampir sama walaupun baru 3 bulan bersalin. Part mentua pun hampir sama. Sampai saya balik rumah mak dengan izin suami atas alasan xlama lagi masuk kerja nak bagi mak jumpa cucu dia. 5 hari berjauhan. The day kena balik rumah mentua, suami bawa jalan2 makan luar bersama baby. And pujuk cakap lembut2. Walaupun apa yg sebelum ni kita kena buat utk dia still sama xkan berubah by the time suami ckp lembut2 and pujuk tuu saya start maafkan balik apa yg dia dah buat sebelum ni.

Đọc thêm
1h trước

Tu lah kalau suami pujuk isteri boleh lembut hati semula tau

maaf saya mencelah, bagi saya tanggungjawab suami tu dari awal isteri jangan masuk campur walau susah mcm mana pun. ibu saya lebih teruk kena dari sis, terpaksa ambil alih tugas ayah sepenuhnya 100%. ayah mcm orang asing bagi kami adik beradik. kadang tertanya kenapa ibu masih stay dgn ayah lagi. mungkin ibu dah terlalu penat untuk tegur dan memilih redha dan kuat demi anak2. and now saya belajar dr apa yg saya lihat, Alhamdulillah saya bergantung sepenuhnya pd suami saya, dia seorang yg sgt bertanggungjawab.

Đọc thêm
12h trước

apapun sis jangan give up ye! InsyaAllah ganjaran besar sis dpt di Akhirat nanti. percaya pada janji Allah, Dunia tempat diuji, Akhirat tempat diadili. semoga dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga dan kita semua 🤲🤍

cerita awak lebih kurang dengan saya , dan dan time nak bersama baru lah nak bermesra . memang ada terfikir juga , menyesal . tapi bila fikir balik , pasal anak pasal kebaikan dia walaupun sedikit . alhamdulillah perasaan menyesal tu hilang . pesanan saya , pergi la berjumpa kaunseling . tenangkan diri , perbaiki diri . mungkin silapnya ada dekat kita jugak sikit . semoga dipermudahkan urusan awak ya , awak ibu yang kuat . jangan putus semangat yaa 🤍🤍

Đọc thêm
18h trước

Setuju!

kes u ni terlalu NORMAL dah di mana2. termasuklah di oversea. muslim or non muslim. sama. nasihat saya (based on counselling session yg saya pergi bawah kementerian) 1. baiki ibadat. solat berimamkn suami sentiasa. doa jngan tinggal 2. cari kebaikan dalam segala keburukan. Doa jangan tinggal. 2. kalau tak mampu, berpisah seketika. ini perlu izin dari suami untuk jauhkan dari sebumbung. untuk elakkan derhaka. 3. jika tak mampu, failkn perceraian.

Đọc thêm

Communication is number one. Tak suka atau suka, tak puas hati or anything , bincang elok2. InsyaAllah dipermudahkan. Sy pun prnh minta cerai tp pdhal bnda remeh je gaduh. Bila pikir2 semula, kene letak dlm diri apa2 buat kerana Allah. Ikhlaskan diri. Klu x suka bgthu. Terima kekurangan masing tpi tidaklah kata xperlu improve. Yg mna kurang, kita improve klu boleh improve. InsyaAllah. Keep berdoa. Klu penat, ambil cuti rehat healing. Ajak suami

Đọc thêm
Influencer của TAP

1 je isu saya nampak dlm share puan: lack of communication between husband & wife. Kena belajar cara berkomunikasi ni. Puan dapatkan bimbingan dgn kaunselor dlm hal ni. Saya percaya Hubungan puan dan suami masih boleh diselamatkan jika kena cara betul. Insya Allah.

Đọc thêm
1h trước

Ini yang sebetulnya. Communication. Tapi bukan isteri yang kena kaunseling. Suami yang kena diberi guidance macam mana nak handle orang tengah marah. Instead of provoke lebih baik tunggu isteri tenang baru slow talk. Yang saya faham suami dia provoke dia sampai dia mohon berpisah.

Bayar rumah dan bil2 ni bukan tanggungjawab sis, suppose suami yg bertanggungjawab. Mmg dh bincang ye dari awal pasal ni. Mana yg sis rase ada yg tak kena better bincang, pendam2 ni makin lama makin buat tawar hati

18h trước

Jangan ambil tanggungjawab suami/ ayah dlm menyediakan tempat tinggal.