Luahan perasaan

Hai moms. Saya sedih sangat harini sebabkan suami dan mak mertua saya. Awal pagi saya keluar seawal jam 5 pagi nak pi pasar beli barang dapur dengan suami. Dah la pasar pagi tu jauh dalam 45 minit macam tu. Pusing2 siap beli semua lepas tu balik terus mula siang udang sekilo yang hat kecik2 tu sampai lenguh kaki tangan. Pastu sambung pula siang sotong sekilo. Sambil2 buat tu memang dah lapar walaupun awal pagi dah makan mee goreng beli kat kedai. Lepas tu saya habaq kat suami saya lapar. Sya minta turun bawah beli makanan lepas tu suami cakap kat sya yang sya tak kesian kat dia sebab dia dh ikut pi pasar pastu tak tido dri malam. Saya terasa sangat moms. Suami minta mak mertua pi beli sat pastu mak mertua ajak saya skali kalau tak dia taknak pi. Mak mertua kalau ada hal untuk dia boleh je dia nak pi mana2 sorang2. Saya terasa sungguh sebab selama nie sya duk jaga makan minum suami dn mak mertua. Bila sya lapar selama nie takdak pun mak mertua sekali pun nak tolong pi beli makan sat kat sya. Harini sya cukup sakit hati sebab sya siap bungkus sarapan kat dia sblm balik rumah. Tapi bila sya lapar dia boleh buat tak tau ja moms. Sedih sangat tau. Kalau la mak sya ada sini mesti dya dah tolong pi beli makan kat saya. 😭😭😭😭 Lepas dlm sejam tu suami tanya nak ka makan. Sya terus badmood sya cakap la sya xmau dah sebab bila sya minta makan sebab lapar takdak sorang pun nak pi beli makan kat sya. Lepas tu sya cakap kat suami yang selama nie sya duk jaga makan mak mertua dn suami bila lapar sya terus buatkn makan atau terus order. Tapi bila sya lapar takdak sorang pun nak tolong beli makan. Pastu suami marah sya cakap lepas nie tak payah nak jaga makan minum dia orang. Dia kata sya mengungkit. Sya bukan nak ungkit moms. Sya terasa gila sebab bila sya nak something takdak sorang pun nak buatkn untuk sya. Skrng nie sebab lapar sangat sya makan ja biskut pastu minum air suam. Sedih tu jangan kata. Memang sedih. Menangis ja sya dari tadi tapi sya kesian kat baby. Sya tak nak emosi terganggu tapi sya tak boleh nak tahan sebab tu luahkan kat sini. #firsttimemom #Needadvice #bantujawab #firstmom #mohonbantujawabbunda #sharing #Sharingdong_Bund

36 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya mengandung anak pertama baru kahwin 5 bulan. skrg da mengandung hampir 5 bulan. kami berdua masih lagi menyesuaikan diri dengan perangai masing masing walaupun kami da lama kenal, 5 tahun mcm tu. dlm masa 5 tahun tu saya cuba utk kenal dia betul betul supaya bila da lepas kahwin saya tak byk mkn hati dengan dia. masa trimester 1, suami saya tak paham lapar saya. dia mengamalkan cara makan hidup bujang dia, sehari 2 kali. tapi kita mengandung kne mkn berkali kali. pernah saya tanya dia, pagi ni kita nak mkn ape sbb waktu tu saya sngt tak larat nak masak dan takde selera. dia pulak tak reti nak masak. tapi dia boleh jwb, dia tak mkn pon takpe. saya sakit hati, kecewa menangis dlm bilik sorg sorg. ptg tu pulak dia marah tak bertempat. malam lyn live bola. da abes lyn live bola bru dia dtg cri saya dlm bilik, tpi saya da sekerat. baru dia tanya saya nak pegi hospital tak, sbb sbnarnye 1 haritu saya makan terus muntah balik mmg tak boleh telan sampai gastrik teruk. pegi hospital terus drip. tapi alhamdulillah sejak daripad haritu, dia concern ngn bab mkn minum saya. saya nasihatkan, jgn lynkn sngt perasaan tu. awak sakit hati, baby pon boleh rasa. awak lapar, baby lapar, end up pegi hospital yg sakit awak jugak. kita kadang ada lelaki, pon tak boleh nk mengharapkan 100% dekat dorg. saya pon skrg ni kalau nak makan, ape ape buat sendiri. pegi kedai sendiri cari barang dalam keadaan semput sakit pinggang lagi. bwk barang berat berat. masak sendiri. nak mkn luar order online. awak kena redha ngn semua awak, ape ape pon buat keje / tolong kena ikhlas biar hati minda tenang lagi lagi kita mengandung. kena igt, baik suami ngn mak mertua, masing masing da kebaikan masing masing. jgn pandang yg buruk

Đọc thêm

sis saya pun sama awal2 pregnant alahan teruk sampai x boleh kerja sebab naik lrt muntah2 so suami saya minta resign kerja first I ingat commt tetapi x boleh buat apa senang kena sakit, kerja rumah bnyk saya buat ,balik krja mlm2 dlm 9pm memang penat ,mak mertua minta buat kerja rumah la, mcm la kita x buat ,kalau cutipun x, bagi rehat , last2 saya masuk 7 bln preg saya balik rumah ibu saya kata nak bersalin dkt sana , mak saya buat Bengal ceremony Dan sampai skrng saya ddk rumah ibu ,saya dpt semua ,tapi saya still buat kerja rumah juga tapi mak saya x bagi buat takut, masa I dkt rumah saya ,saya bangun awal2 cuci luar semua buat bodoh Dan kalau saya x mkn pun x ada orng ambik tahu , many times saya ada minta suami saya beli ini dia cakap esok2 Dan x beli , dlm 7m preg I stay dngn dia 2 Kali je dia belikan my craving food pizza Dan lawa kek ,banyk juga saya go through x nak mentioned, tapi lepas saya balik rumah mak memang ,adik2 Dan mak saya jaga saya mcm baby ,saya dpt semua sekali pun x tido dngn perut kosong , please balik rumah ibu sis , ddk sana

Đọc thêm

Sedih dengar luahan awak Sis. Banyak kan bersabar yea.. Redha, selagi suami awak cukup bagi nafkah ikut syariat agama semua, awak banyak bersabar yea.. Saya sebelum nikah slalu angan yg suami akan layan kita sebaiknya, tp lepas nikah tak seindah khabar.. Ada masa baik, Ada masa buruk, kadang sampai di maki… begitulah ujian hidup yg fana ni.. kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan, sebab manusia ni tidak sempurna. Saya perlahan2 belajar untuk tidak mengharap.. sebab harapan (expectation) ni yg buat kita kecewa bila tak dipenuhi.. Slalu doa pada Allah untuk kita sbg ibu isteri ni utk kuat yea.. Salam Sayang Dari saya.. Sis jaga diri elok2 yea.. try beli buah siap2, letak dlm peti ais.. Insha Allah bila makan kurang lapar. Lagi mudah, simpan kurma.. Mmg Elok sgt utk ibu mengandung, selain tambah tenaga.. Biskut, gandum tu kurang elok sbb buat Gula dlm badan cepat naik, bila cepat naik akan buat kita lagi cepat lapar..

Đọc thêm

thank you semua atas nasihat dan komen2 yang murni. sya cuma nak luahkan rasa kecewa sahaja. yang komen kata boleh je order grab ya saya faham. tapi saya bosan sebab hampir kerap juga sya order dari grab atau foodpanda sebab takde orang nak belikan apa2. lagi satu pagi kemarin sya ngidam yong tau foo. pakcik yang jual tu cuma akan singgah dalam sejam je pun dekat kawasan rumah sya. saya tiba2 ja rasa lapar lepas tu mgidam. bukan sya tak boleh order dari panda. sya cuma post nak luahkan rasa kecewa. thank atas komen2 yang positif sya dh okey sekarang. sejak2 pregnant nie sya kerap pujuk diri sndri.. sya tak pernah nak harap orng tak kesah la bab duit atau kerja apa pun. sya jaga diri sndri.. smoga moms yang pregnant kat luar sna smua kuat demi anak yang bakal kita timang...

Đọc thêm
2d trước

kuat tau.. sedih kejap tp benda negative tu menguasai kita.. bila kita buat sesuatu utk org, jgn harapkan org buat jgk in return utk kita, insyallah hati akan lg tenang bila tkde fikir mcm tu. kita tak boleh kawal orang, tp kita boleh kawal diri kita 🫂

Hi mom, sedey sy baca luahan awk. Semoga awk kuat ye, sabar dan jgn sedey lama2 tau. Sy fhm sgt perasaan awk. Masa pregnant ni mmg emosi kita mudah sgt tersentuh. Kat sini sy tgk mak mertua & suami awk pon x fhm situasi awk yg dah penat siang bahan mentah tu. plus awk mengandung, patutnya sebelum balik rumah, beli je sarapan siap2 awk. Lepas ni ingt tau pagi2 je jgn lambat mkn tau, sian baby. Tak ape awk, kalau suami xnk pujuk pon, kita pujuk diri kita. Lepastu buat2 la urut kaki sendiri, mana tahu suami tgk kesian, die plk minta maaf & tlg urutkan🤭kdg2 kena berlakon jgk sis kalau suami x fhm ni. Masa ni la nk extra care dr suami. Sy fhm perasaan sedih sis tu. sbb sy pon mudah terasa sepanjang pregnant ni. Awk kuat tau jgn sedey lama2 sian baby.

Đọc thêm

Sy faham sis dulu pregnant teringin itu ini tapi bila dah dapat makannya sikit je sebab alahan sampai la nk bersalin. Then kalau sy craving apa2 husband tak belikan pun sebab katanya sy membazir makan tak habis. Kecewa gila sebab teringin sgt nk rasa2 je. Sampai la bersalin time menyusu sy selalu lapar gila & makan kuantiti byk dari biasa then husband cakap asyik makan je tak kenyang2 lagi ke. Sedih dia allah je tahu sebab kita nk makan nk bagi ada tenaga nk susukan anak dia juga. Takpela sis doa & mengadu je kat allah apa2 yg terbuku di hati tu . Sy lepas kawen berhenti kerja n dah kurang kawan so takde sape nk dengar luahan hati so time sakit hati dgn husb tu terus berdoa mengadu kat allah. Sis terus kuat k? Take care !

Đọc thêm

Bagi saya normal kalau sis nak terasa camni, sebab kita pregnant mmg kita mudah emosi. Andddd satu lagi, kalau fikir logik kalau kita tak pregnant kita boleh ja buat semua kan? Tanpa nak mengharapkan sapa sapa. Jadi benda ni bagi saya its okay sis nak terasa. Saya pun kadang camtu suami tak belikan apa apa yang kita ngidam kita jadi emosi. Tapi takpa untuk masa yang singkat okay jangan bawak sampai berhari hari smpai tak bertegur. Cuma nasihat saya, pasni sis takyah dahla beria nak masak. Masak ala kadar je. Itu pun kalau suami bnyk complain takyah dah masak rest ja. Ckp saya tak larat or saya nak rehat. Saya harap sis dah tak sedih2 okayyy? 🥹✨

Đọc thêm

pregnant ke menyusu ke mmg senang lapar dan senang terasa walau sekecil perkara. normal rasa tu tp jgn letak dlm hati ya, yg lepas tu lepas la, lgpun puan dh luah kt suami dh luah kat sini, dh lupakan ya, tkelok sedih lama2 kesian suami nti. next time beli siap2 makanan extra @ sediakan apa2 mknn ready to eat tu. lapar blh makan terus. kadang time ni lapar tu blh senang sgt darah rendah pastu pitam semua, mcm tk mkn apa je pdhl dh mkn sabar tau mommy kuat tu.. nti kepit celah tiak suami ngadu la apa puan rasa ni tau. pillow talk, jgn marah2 plk.

Đọc thêm

Foodpanda/grab/personal runner byk sis. D hujung jari. Xyah terasa hati, xyah fikirkn diorang nak layan mcm mn. We help ourself. Jgn diorang menyakiti suda. Boleh jd sbb dia pn actually penat utk nak kluar balik sbb mcm sis ckp nak ke pasar pn 45minit, yg drive pn pnat, yg jd penumpang pn blh penat sekali. Bgi sy, xde apa, small matter. Just sbb sis tgh lapar je td. Ckp je baik2 dgn husbnd lepas ni, luahkn. Psl mak mertua, biarla, nama pn mak mertua xleh expect mcm mak sendiri wlaucmnapn. Sis bertenang je dulu.

Đọc thêm

benda ni mybe dirasa hal kecil shaja puan, kita preggy mom mudah terasa dgn hal kecil. cuba ambil sudut positif, mcm suami sy pn keje ptg balik subuh. cuba pndng muka dia puan, puan sampai hati x nk brkecil hati. lgpun puan dh mkn pg tu, apa salahnya buatkan teh atau milo cicah biskut atau roti semntra nk masak tghri. nnti puan tambah stock mknn ya, supaya bila lapar atau xlarat ada sesuatu utk dijamah. sabar ya puan, psr pn trlalu jauh memakan masa lama. dkt situ puan hilng tenaga. moga baik2 saja

Đọc thêm