Luahan ibu pregnant

Tengah alahan tapi alahan dah baik sikit dan tengah bergaduh dengan suami. 😂 Arghhhh normal ke perangai suami yang kurang peduli dengan isteri. Normal ke??? Ke saya je yang dalam kategori malang 😆 suami saya tak lah terok mana kot. Tapi boleh buat gaduh. Saya tak boleh masak pendek kata dalam fasa tak boleh nak urus diri sendiri dan anak. Jadi kalau makan pun jam 1 tengah hari baru nak makan sebab suami baru nak sediakan makan. Kena tunggu suami settle kan kerja baru boleh makan walaupun kerja suami tu boleh je tangguh. Tapi bab makan dia ok je beli apa yg saya nak cuma kena ikut time dia walaupun kita dah lapar, gastrik sangat. Pastu bila rasa sakit kena tahan tak boleh mengadu terus kalau suami baru balik. Kalau tak nanti kena marah. Dia kata biar dia rehat dulu. Boleh jugak macam tu eh. Habis kita ni kalau dah putus nyawa kena tunggu dia habis santai dulu? Sedangkan saya cakap je yang saya tengah sakit dada sebab saya takde sesiapa nak luah. Kalau nak minta dia urut belakang, dia akan urut tapi tangan sebelah memang tak lepas main fon. Bila minta urut satu badan dia kata nanti tunggu dia free. Tapi elok je ada masa main fon sentiasa 🥹 sampai dalam toilet memang setiap kali akan bawa fon. Tengah sakit pun dia boleh kata tunggu dia free baru nak urutkan. Jadi haritu kitaorang gaduh mulut. Dia cakap semoga kau semakin bodoh (sedangkan akademik kita lagi tinggi walaupun surirumah dan kita yang banyak tolong dia masa dia sambung belajar), semoga kau semakin pemalas (sedangkan sebelum pregnant saya yang masak, uruskan anak, uruskan rumah) semoga kau semakin bangang (sedangkan saya dulu tak pernah melawan sebabkan saya pun seorang manusia , saya pun dah pandai melawan) Jadi sampai hari ni dia tak hiraukan saya dan anak. Makan ke tak makan ke. Sedangkan dia tahu saya masih ada alahan. Nak taknak saya terpaksa tapau makanan luar untuk saya dan anak. Tu pun pesan sebungkus kongsi dua sebab nak jimat 🥲 sekarang ni saya tengah sedih sedikit, dah tu lapar, dah tu sakit dada, dah tu memikirkan nasib takde sape nak urutkan 😅 nak urut sendiri tak sampai pulak tangan ke belakang 😆 terkenang mak kat kampung. Kalau tinggal dengan mak.mesti takkan lapar dan ada je mak yang tolong urutkan 🥲 Tapi apakan daya, saya tak boleh meluah apa yang saya rasakan kat sesiapa yang saya kenal pun selama berkahwin. Doakan saya kuat uruskan diri dan uruskan anak tanpa hirauan dari suami sendiri. Malas dah nak doakan suami berubah, sebab dari dulu sama je. Saya penat berperang dengan emosi sendiri sebab perlukan emosi yang stabil demi anak. Sebab suami suka marah anak hari2, jadi saya terpaksa kuatkan emosi untuk tak marah anak sebab kesian kat anak kalau dua dua asyik marah. Sebenarnya, saya stress sangat 😞

25 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Xnormal sis. Dia dah mcm bukan ‘kurang peduli’ sahaja, bile dh keluarkan kata2 mcm tu, mcm dh kurang ‘waras akal pikiran’. Ada part dia bagus, tolong sediakan makan semua tu kan, tp mulut tuuuuu. btw, dia xde sediakan makanan yg u boleh makan sementara nk menunggu dia sediakan makanan ke? Mcm buah ke, cereal ke. U pernah ckp dgn suami (dgn nada baik/manja) pasal hubungan dia dgn ‘fon’ dia x? Fon ni benda bahaya dlm hubungan rumah tangga, cuba sedarkan dia tentang ni, if your husband jenis yg boleh terima teguran (lembut/bertapis) lah. Yg paling saya xboleh terima segala jenis ‘semoga’ yg dia sebut. Xkira mcm mana marah pun, jgn sebut semua benda tu. Kata2 tu doa, ni siap letak ‘semoga’ plak. Lepas tu sekarang xhirau makan minum anak bini plak, 😤klu dari awal xmampu jadi ‘suami’ xmampu jadi ‘bapa’ jgn gatal nk jadi! Semoga puan kuat. Semoga Allah bg rezeki pada puan utk membesarkan anak2 tanpa bantuan suami. Semoga Allah beri kelapangan hati kpd puan. Semoga suami puan dpt kesedaran tentang tanggungjawab dia, dan jd org yg bertanggungjawab. Semoga puan cpt atasi stress puan dan bangkit tanpa mengharapkan suami. Bile letak harapan kt org lain ni, kite yg kecewa bile xdpt seperti yg kite harapkan. So, xyah berharap dah kt suami. Bangkit dan cari cara lain utk besarkan anak2

Đọc thêm

Sorry la kalau sy. Mmg angkat kaki. X peduli pn ak dh x blh terima. Ni kan pulak doa n kata kt ak bbukan. Blh g mampos n terlaknat buat jantan mcm ni. Fasa mngndung bkn mudah. Ya Allah ak sgt bsyukur dpt suami yg terlalu alert perubahan emosi ak. Hatta bab mkn, kalau x dpt penuhi pn dia akn ckp tunggu gaji nnt sy belikn. Kita jd x kecewa pn, sbb tau dia usaha walaupn smpi terlupa. Sy pn xmsk dr awal prggy. Maybe sbb sy buat ivf ni kali ke2, jd emosi sy nbr 1. Biskut, susu , buah,kurma tu wajib ada. Kdg trlewat bli mknn, sbb sy heartburn teruk.kdg trsa sikit2 mcm dia x dulik pn sy dh palau dia. Jd dia fhm. Sy ni bini ke2,risau juga dilayan acuh x acuh slps yg 1st bsalin,alhmdllh kluarga mil pn smpi risau kalau xd mknn di rmh bila suami turn sana. Adik2 Ipar pn smpi antakan mknn bila suami takde. Ayah mertua x sihat pn naik moto antakn mknn yg mami sy mskkn. Xdpt sy byg korang yg satu2 nya bini pn dilayan mcm ni💆🏽maybe sis ptt palau dia, tgk dia berubah x. Hurm🥹

Đọc thêm

sama lah , suami bila mood baik , dia ok tp bila gaduh berhari tak layan isteri . makan minum pun tak peduli . keluar masuk rumah buat kita mcm tak wujud pun ye . saya sepanjang pregnant bnyk kali gaduh ngan suami. kalau dia baik , jaga kita elok, tp kalau gaduh bini sarat mengandung kena running carwash sendiri cuci kereta pun dia tak kisah . last hari 8 bulan still cuci kereta lg sebb dia dah lari tinggalkan kedai dgn budak2 . pelik tp mmg org mcm ni wujud . ni dah baik , ckp pantang nak jaga lah apa , hampeh hari pertama balik je , baru dekat rumah kejap dah lari keluar p kebun la , p carwash. ke sudah kita pantang sendiri , dia ok cuma tu la , selalu kasi harapan palsu . mandi kan anak , tukar pampers tak mau . tau bg susu je . kita dah sebulan pantang luka czer pun bernanah n berdarah lagi . kadang nak minta dia tolong la cuti kejap bg kita rehat suruh dia jaga anak pun dia takde common sense .

Đọc thêm

Sis, kalau mak sis boleh bantu semasa proses mengandung dan berpantang nanti, saya sarankan sis check up di kg terus. Pergi ke KK, bgtau nk wat check up di kg dan bersalin di sana. Tp apa2 hal bgtau suami juga, sbb nnt masa bersalin dia kena ada kat sana. Proses reg anak blh di buat dimana sis tinggal nanti. Semasa mengandung ni la kena jaga makan, emosi dan fizikal sbb sis tgh bawa 1 lagi nyawa. Dlm duduk dgn mak tu, boleh la sis dan suami fikir panjang samada nak teruskan perkahwinan ni. Sbb peekahwinan sepatutnya menjadikan sis lebih tenang. Tp kalau takde semua tu, sis dah kena fikir masa depan sis dan anak-anak.

Đọc thêm
Influencer của TAP

Bongoknya kata2 suami tu yg semoga bla bla bla tu. Suami apa mcm tu selalu menyakiti, tak menenangkan isteri dan anak? Puan luahkan semua ni kat kaunselor, please. Kena jaga kesihatan mental dlm hal ni. Dlm pada tu belajar cara komunikasi dgn suami sebegitu. Mudahan ada perubahan komunikasi antara puan dan suami. Kuatkan semangat utk hadapi suami gitu. Anak umur berapa puan? Pasal makan tu, minta suami sediakan sesuatu yg ready to eat utk puan dan anak sementara puan tengah alahan ni.

Đọc thêm

sebagai isteri mesti fikir dosa kalau mintak cerai. sedangkan dalam islam tu cerai dibolehkan atas alasan² yg munasabah. suami yg abaikan anak & isteri xlayak jd ayah & suami. suami sis berdosa kerana abaikan tanggungjawab. pedih jiwa saya baca suami yg layan isteri acuh xacuh mcm ni. kalau sy mmg sy xkuat. semoga sis dipermudahkan urusan. sekiranya hidup tanpa suami lagi bahagia, better hidup tanpa suami. hidup makan hati tiap² hari bukan lah cara hidup yang sihat 🥺

Đọc thêm
Influencer của TAP

Kak, dah berdoa dkt kau pun pelik2 better kau blah je.Kesian dari segi mental kau kak.Takkan nak hadap anak2 kena marah lg dpn kau.Suami apa macam yg mendoakan keburukan ke atas isteri.Aku kalau org dh buat mcm tu lebih baik blah.Kalau dh tk sudi buat cara tak sudi.Aku bukan nak merai2kan penceraian kak.Tapi ni dah main segi mental.Aku harap kau boleh berfikir yang terbaik utk anak2 dan baby bakal lahir.Hug dari jauh 🫶🏻

Đọc thêm

lepastu dah dpt jantan musibat mcm ni ayat manusia2 di luar sana "kena jaga aib suami" "kena patuh nk dptkan syurga tertinggi" "jgn melawan, doakan je suami berubah" sedangkan ini dah kira abuse. bangang. org nk kawin dia nk kawin tp bangang tu nk pegang lg xnak lepas. tlg jgn pregnant lg sis dan balik la rumah mak time2 pregnant ni buat apa risiko kan diri sendiri dan anak2

Đọc thêm

saya rasa macam tak patut lah husband awak buat macam tu .. lagi kita tengah pregnant ni .. doa macam tu pulak .. saya tak rasa suami awak tu sayang awak sebab kalau sayang takkan dia nak buat macam tu .. sis better lepas ni awak fikir diri awak , jangan la mengandung lagi .. fokus pada yang ade ..

Đọc thêm

Xnormal tu, tgh pregnant ni lah suami kena jaga kite, lagi2 bab alahan ni, tolonglah jaga anak, ini kalau macam gini gaya, dah boleh stop kak tambah anak, kesian kena hadap beban sorang, kalau laki sy macam ni mmg xde masa aku nak bagi tambah anak, kesian anak dapat bapak xguna