Cabaran Mental Mengurus Masalah Kulit Anak

👋🏻 Hello, Parents! Kami ingin mendapatkan pandangan anda mengenai cabaran dalam mengurus masalah kulit anak. Semasa mengendalikan masalah kulit anak anda seperti Dermatitis Atopik atau Ekzema, apakah CABARAN MENTAL terbesar yang anda hadapi? Apakah bentuk sokongan yang boleh diberikan dalam situasi ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah, ya! ⬇️

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Admin, mana satu ni, cabaran mental ke cabaran fizikal? 😁Tajuk lain, isi lain. Hehe, kalau cabaran mental, Walaupun anak saya tiada diagnosed ekzema, dia alah cuaca dan habuk. Tapi dlm hal ni parents kena bertenang, dapatkan rawatan sesuai dgn anak. Selain cari ubat makan ke ubat Sapu ke untuk anak, kenal pasti apa yg anak alah. So, elakkan. Jika gula, gluten bagai, elakkan atau kurangkan pengambilannya. Jika sebab pengudaraan, kita Pastikan aliran udara bersih dan baik. Jika sebab habuk, pastikan rumah bersih. Rajin lah mengemas kan..

Đọc thêm
6d trước

Puan Nadhirah, copy & paste soalan puan ni kat thread sendiri ya. Takut admin tak dapat baca.

kulit anak sya pernah jdi macam ada pori2 di pipi dgn badan sikit ... cara yang sya gunakan sya mndikan baby tanpa guna apa2 sabun , smua lps tu bedak pon x pakai ... pakaikan lotion sjh Alhamdulilah makin baik ,, tak semestinya pori tu dtng sbb kan sabun/bedak ke apa2 ... sya rasa sbbkan air liur baby sbb dia keluarkan air liur bnyk kerap cuci bekas air liur dia ... nnti okey ... ada kdg dtng pori2 ni sbbkan panas jgk ... kalau bdn baby panas sgt sya akan mndikan dia atau pun sapu minyak 2titik di kepalanya ...

Đọc thêm

aku rasa sangat tertekan. Dengan banyak produk di pasaran dan nasihat berbeza dari orang sekeliling, aku jadi keliru. Kadang-kadang, semua info bercanggah tu buat minda terbeban, rasa macam ‘lost’ dalam lautan maklumat yang tak ada penghujung. Dalam situasi ni, ketidakpastian tentang masa depan dan kesihatan kulit anak jadi satu lagi sumber tekanan.

Đọc thêm

Anak i baru start solid food tau. Which i baru tahu food pun boleh lead to eczema. Penat ye mental i ni nak prepare makanan apa sebab tiap kali introduce new veg, mesti naik. Hampir semua benda yg di try tu akan naik eczema. Bila tanya kawan ke apa they all mcm ckp “normal lah tu, kena try and error”... 😩 tp sampi bila nak kena buat..i penat..

Đọc thêm

I ada anak ekzema usia sekarang 10 1 tahun 5 bulan. I rasa terasing sangat bila my friend tak faham problem kulit anak I. Rasa macam tertekan sebab tak dapat bawa my baby keluar secara normal. If keluar mesti I yang akan mengalah untuk bergerak slow/stop kat mana-mana just to handle my baby. 😞 Sedih tapi nothing i can do..

Đọc thêm
Thành viên VIP

Tak pasti ni consider cabaran mental ke tidak tapi saya akan rasa tertekan bila tengok anak mcm merengek rasa gatal tapi tak dpaat nak tolong apa apa. Setakat sapu ubat atau redakan dia je mcm tak cukup....Kalau lah ada teknologi ke atau anything lah yang boleh mcm matikan bakteria ke atau elak dari merebak kan bagus

Đọc thêm

sy beli sabun mandi has tuk kulit baby ja, dekat farmasi, dn di mmng berkesan tak payah, sapu krim apa, dn bkn sj ia menyembuh dgn cepat, malah memutihkn lagi kulit bayi, tapi sy tak ingat apa nama nya sabun mandi tu, mmng sangat berkesan, pd kulit apa sj

Sy selalu tolak bila kawan ajk jumpe sebb taknak diorang tanye pasal anak saya. Last time pun diorang mcm ckp “nanti bekas parut ni ada sampai anak kau besar, dah kurang mas kawin” huhuhu sy senyum je tapi dalam kpale otak dah pikir mcm mcm

Anak saya dah masuk 7 tahun this year. Dia selalu bagitau saya ada kawan sekelas dia ejek kulit dia buruk ☹️ saya sampai satu tahap rasa emosi, rasa mcm putus asa pun ada sebab tak reti nak jaga anak. Tak mintak pun dia ada ekzema tu..

Baby saya baru je masuk 6 bulan and start naik ekzema. Kadang tu sedih tengok keadaan kulit dia tu. Koyak mental ni haa sebab luka tu satu, pastu parut lagi. Belum lagi part dia garu sampai darah. Kita ni overthinking kekadang..😔