Cabaran Fizikal Mengurus Masalah Dermatitis Atopik Atau Ekzema Anak

👋🏻 Hello, Mommies! Kami ingin mendapatkan pandangan anda mengenai cabaran dalam mengurus masalah kulit anak. Semasa menguruskan masalah kulit anak anda seperti Dermatitis Atopik atau Ekzema, apakah CABARAN FIZIKAL terbesar yang anda hadapi? Apakah bentuk sokongan yang boleh diberikan dalam situasi ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah, ya! ⬇️

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Cabaran saya adalah bila berdepan dengan pelbagai pendapat tentang rawat ekzema. Ada yang kata guna steroid cream, ada yang cadangkan cara alami. Kadang-kadang aku jadi confused sikit dengan info yang bercanggah. Emotional support dari keluarga dan kawan-kawan sangat penting. Diorang selalu ada untuk mendengar dan bagi semangat, dan kadang-kadang tolong jaga anak aku sekejap supaya aku boleh recharge

Đọc thêm

Setakat ni cabaran saya handle anak yg ada ekzema ni bila bab nak sapu krim kat bahagian yg dah naik tu. Dia mmg tak suka tak tau lah kenapa. Kalau tanya pun baru 10 bulan, tak pandai nak cakap 🥹 Nak tenangkn dia tu mmg penat, mcm bersilat pun ada sebab dia mcm meronta-ronta. Tp nak buat mcm mana, terpaksa jugak berkeras and sapu once dia mcm dah diam sikit…

Đọc thêm

Masa paling mencabar bila anak saya tengah ada flare-up besar—gatal teruk sampai dia tak boleh tidur malam. Ada masa dia nangis sebab tak tahan gatal tu, aku pun rasa tak sampai hati tengok dia macam tu. Kena berjaga malam untuk pastikan dia tak garu sampai luka. Kadang-kadang aku balut tangan dia dengan sarung tangan lembut supaya tak garu masa tidur.

Đọc thêm

Pheww…benda paling susah nak kawal is untuk dia TAK GARU kulit dia yang gatal tu. Kalau boleh rasa nak bedung je tiap masa tapi kesian lah pulak. Ada mase tu mmg kena 24 jam perhati tangan dia and alihkan kalau dia start garu. Nak pakaikan mitten dia tak suka, confirm dia cabut. Nasib lah saya housewife, ada lah masa nak kawal dia.

Đọc thêm

Rasanya cabaran paling kerap nak kena hadap bila dia main kat luar. Bayangkan main kat taman ke atau yg dalam mall tu. Confirm akn berpeluh and kulit dia mmg akan naik merah. Ade la sedikit tertekan sebab mcm anak ajak main kat luar terus auto nak mengamuk, bukan sebb apa tp sebb nanti dia juga yg rasa gatal tu semua.

Đọc thêm

Saya meniaga dkt pasar, takde hantar anak kat sesiapa. Penat gak bila terpaksa struggle nak menjual, mana nak make sure dia tak terdedah sangat dengan debu ke apa. Tapi mmg payah lah nama pun menjual kat pasar…kalau ada starter pack untuk org yg ada ekzema bagus jugak boleh lah saya cube kat anak ni haa

Đọc thêm

Bila ekzema dia flare-up, kulit dia jadi merah dan bengkak. Dapat lihat kulit anak yang terluka tu, hati aku rasa sayu sangat. Rasa tak sampai hati bila dia mengadu gatal dan sakit. Terpaksa berhadapan dengan emosi itu memang mencabar, dan kadang-kadang aku rasa helpless

Entah lah…saya rasa setiap kali anak naik ekzema, tiap kali tu lah rasa mencabar 😅 kena tendang tu normal lagi-lagi bila nak sapu krim ke lotion kat area yang naik merah tu. Mandi pun mcm berperang ya tiap hari.. Haih nasib ler anak sendiri..

Penat ya nak handle anak yg ade masalah kulit ni. 🥲 Tak cukup kudrat kadang tu, dah lah penat kerja, pastu nak kena layan tantrum dia pulak kalau ekzema naik. Nasib suami pun tolong jugak kalau tak mmg kiok ler citer dia…😵‍💫

Cabaran terbesar aku adalah waktu malam. Bila anak tidur, dia kadang-kadang tergaru tanpa sedar. Tu buat dia tak dapat tidur lena, dan aku pun terjaga, lepas tu kena pujuk dia supaya jangan garu.