Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mommy with one baby Syurga ? and One daughter ?
DOUBLE LINE UPT KEJAP +VE KEJAP-VE
Hai mommies semua, selamat hari raya. Nak tanyalah, ada tak yang pernah alami double line dekat UPT tu kadang dapat positif kadang dapat negatif? Sy ttc dah 6bulan. Tahun lepas bln 11 pernah keguguran masa nak masuk 12week. 28hb 6 nanti genap setahun dah sy kahwin. Tadi sy ada pergi klinik minta scan tapi doktor cakap tak nampak kantung lagi. Sy ada buat upt dekat rumah frist urine lepas bangun tidur, keputusannya positif. Then Doktor minta sy buat upt dekat klinik keputusannya negatif pula. Sy dah lewat period 16hari. Doktor tanya sy td nak ambil ubat period tak sebab lebih 2minggu tak dtg bulan. Sy taknak dan sy minta utk cek pregnant guna darah, doktor cakap nanti dah dapat result dia call. Sy confuse sebenarnya sy pregnant atau tidak. Ada ke yg pernah alami macam saya? 26/05/2020 - 3.09PM
UPT (PREGNANCY TEST)
Hai ada tak yang sudi jawab soalan saya berkenaan upt test. Kalau kita dah celup upt satu kali dlm air kencing yg kita letak dlm bekas, adakah hcg diserap dlm upt kita dan nilai hcg yg ada dlm bekas air kencing td berkurangan? Sebabnya lepas upt kedua dan ketiga sy celup line double dia makin pudar bila guna air kencing yg sama. Satu lagi soalan berapa saat nak kena celup upt dlm air kencing kalau guna upt strip atau yg jenis kena celup? Tak pandai betul sy ? Selalu guna yg cassette tp yg tu mahal sikit, dan dah beli yg strip ni banyak pula ?? Harap ada mommies yg sudi jawab soalan sy. Terima kasih ?
MISCARRIAGE
Hai mommies semua, nak tanya pengalaman mommy yg pernah keguguran. Ada tak yg lepas keguguran bila nak datang period je mesti rasa menyucuk dkt bahagian peranakkan? Rasa menyucuk tu dtg kdg2 satu masa tu banyak kali, n rasa nyilu sgt. 3 kali period lepas gugur, 3 kali tulah rasa menyucuk. Ni tunggu kali ke 4. Sy selalu rasa mcm tu, kadang confuse nak dtg bln atau sy mengandung lg. Sbb dulu masa mengandung, sy tak ada alahan cuma pening2 sikit lepas tu rasa mnyucuk2 juga. Mohon ada mommies yg sharing pengalaman. Thanks ?
Chemical Pregnancy
Ada tak yg pernah cek upt mula2 ada double line kabur, atau kadang2 tu line dia tak nampak pun, kena tengok betul2 baru nampak. Tapi bila dah beberapa hari selang 2, 3 hari mcm tu buat upt lagi dah takde double line? Then keluar period. Adakah chemical pregnancy? Kalau ya, perlu ke jumpa doktor atau biar je?
TAHU PREGNANT BEFORE PERIOD LEWAT
Hai nak tanya mommies semua, ada tak kat sini yg tahu diri sendiri pregnant awal sebelum sampai tarikh datang bulan? Kalau ada boleh bagitahu tak mcm mana blh tahu pregnant? Sebab biasanya kan bila period lewat baru kita tahu yg kita pregnant kan. Mohon ada yg jawab. Thanks ?