Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
RAMBUT GUGUR TERUK!
Saya 1st mom. Baby cecah 4bulan, rambut gugur teruk sangat2. Merata2. Dah macam orang kena cancer. Rambut pula panjang & sekarang nampak nipis botak dah. Allahu. Ada tak cara atau tips nak kurangkan gugur rambut ni? Dan ia bersifat kekal atau sementara ya?
PERLU TIDAK BUAI?
Assalam sy first mom. Nak tanya boleh tak buai untuk baby nak masuk 3 bulan dah? Sebenarnya sy tanak ajar buai, anak mudah je tidur bila menyusu terus lelap, cuma siang dia tidur kejap2 & mudah terkejut walau bedung tangan. Dan sy suri rumah buat masa sekarang mungkin bakal bekerja. Persoalan perlu tak buai ya? Menyusahkan tak bila nak hantar pengasuh nanti? Please share
JAHITAN TERBUKA ATAU APA YA?
hi sy nak tanya pada mom yg dah berpengalaman. Harini selepas mandi sy tengok ada benang dari dalam terkeluar. Normal tak ya? Panjang bgulung. Benang jahitan luar ok masih tercantum elok. Cuma yg dlam je tiba2 dia keluar. Kenapa ya?
PLEASEE SEBAB FIRSTMOM
Assalam , saya dari semalam perut mengeras. Mengeras sampai harini tapi tak sakit pun. Sakit manja dgn pinggan sengal je sikit. Sy ada pergi scan swasta lepastu dia kata baby tak masuk laluan lagi, pastu ketuban sikit paras 6-9 je. Pasal mengeras dia kata mungkin palsu punya. Tp firasat sy tak best. Perlu tak sy pergi hospital untuk double confirm?
BENGKAK TANGAN & DARAH TINGGI
Assalam kadang sy rasa down. Akhir2 nak dekat due ni macam2 ujian pula kena. Jari jemari jadi bengkak, nak genggam pon sakit. Lepastu tiba2 bp tinggi. Sebelom ni tak pernah. Dah kena pantau setiap hari di Kk bp. Normal ke? #firstmom #38w5d
NORMAL KE 38w bayi belum masuk laluan?
Assalam sy fiest mom. Nak tanya skg sy dah 38w tapi baby belum masuk laluan. Normal ke? Atau lambat? Lepastu nak minta tips please dari mom2 yg berpengalaman
BARANG BABY & MOM (FIRST MOM)
Assalam Hi, Boleh tak mommies2 share barang baby macam baju untuk nb berapa pasang? atau perlu beli 0-6m ke? Buaian perlu tak? Lepastu untuk mom apa yg penting? Sorry sebab first mom anddd dah tak ada mak untuk bertanya 😣 Tq yaaa yang sudi share
Stress HB Drop
Seksanya rasa. Bila checkup Hb turun saja. Dari zincofer tukar kepada obimin sebabnya zincofer memang tak boleh makan, Auto muntah2 sakit kepala. Macam2 cara dh telan dgn lemon, tapi sejam selepas auto loya muntah keluar semua. Obimin pulak ok je makan tp hb makin drop. Lepastu semalam checkup kena tukar kpd zincofer semulaa. Pastu still sama muntah2 mcm first trimster dlu. Ya Allah stress sangat! Buntu nya
Please share pengalaman / Tips
Assalam sy firstime jadi ibu, inshaAllah due bulan 12. Sy nak tanya, normal ke di usia kandungan 12w , air liur ibu banyak keluar asyik nak meludah 24jam? Mulut rasa pahit? Payau? Kalau betul ni alahan normal, biasa dia akan pulih kandungan mencecah berapa bulan ya? Ibu2 yang pernah merasai boleh share pengalaman yaa