Birthclub: September 2022 icon

Birthclub: September 2022

24173 Người theo dõi

Hỏi & Đáp

Sekadar luahan

Sorry just nak luah je. Suami saya selalu kecik hati bila saya taknak tolong sangat family dia. Saya bukan taknak tolong tapi family dia kutuk mak ayah saya di belakang saya, buat saya sakit hati. Masa hari nikah saya dan suami, takde sorang pun family dari pihak suami datang majlis. Mak ayah dan suami saya malu tapi diorang diam je. Tiap kali balik rumah mertua, saya menyampah tapi saya cuba juga hormati diorang sebagai orang tua suami saya. Saya tahu tak adil bila suami saya tak kesah pun untuk tolong family saya dan saya pula berkira. Baru baru ni saya mula buat tiktok affiliate dan alhamdulillah dapat sambutan walaupun tak banyak macam orang lain. Satu hari satu order pun dah bersyukur sangat. Suami minta tolong saya jualkan biskut raya mak mertua. Saya taknak sebenarnya tapi bersetuju juga. Bila saya dapat sampel biskut raya tu, saya yakin memang takde orang nak beli. Biskutnya terlalu biasa tapi mak mertua letak harga sama dengan biskut raya yang lebih menarik dan premium dengan alasan mahal. Saya malas nak promote sebab memang biasa sangat. Contoh orang lain letak harga RM18 30pcs biskut raya siap chocolate chip. Biskut mak mertua saya, letak harga RM20 30pcs takde chocolate chip tapi digantikan dengan buah kering je. Siapa nak beli? Lagi satu mak mertua saya ni suka judge orang tak cermin diri sendiri. Dia sibuk dengan berat anak orang lain. Siap kata lagi "mesti malas nak kasi anak makan tu yang kurus". Padahal anak orang lain tu walaupun kurus, lagi besar dari anak dia. Dia taknampak anak dia lagi kurus dari orang yang dikutuk tu. Kemudian kata kat saya "orang darah O ni bagus. Boleh derma darah kat orang lain" sambil tunjuk anak dia yang badan penuh luka dan parut eczema 🙄 Saya bukan judge anak dia cuma saya menyampah dengan perangai dia yang busy body dengan anak orang lain.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Panggilan kurang sesuai

Salam semua. Sekadar nak luahkan yang sy tak berapa gemar keluarga in law sy iaitu adik beradik suami, biras & ibu mertua sy bahasakan diri mereka mummy, ibu, mama kepada anak sy. Habis sy ni apa? Sy anggap panggilan ibu, mama, umi, mummy & sebagainya ni sbg amat berharga dan tak suka sewenang-wenangnya digunakan utk yang bukan hak. Mak kita hanya seorang & panggilan tu cuma reserved serta istimewa untuk beliau seorang sahaja. Tiada org lain dpt ganti tempat atau panggilan tu melainkan kalau hati kita betul² boleh terima org lain selain perempuan yg melahirkan. Sy memang agak sensitif sbb mak sy sendiri adalah dunia akhirat sy & sy tak pernah panggil org lain selain beliau sebagai mak. Masa sy gugur, semua sibuk kata sy sakit mcm². Bila tak lekat lg lepas gugur, mengata sy mandul. Bila dah mengandung sibuk bandingkan dgn ipar & biras lain kenapa itu kenapa ini. Bila dah beranak sibuk tanya kenapa beranak perempuan lg bukan lelaki. Ada je serba serbi tak kena. Tiba² semua nak dipanggil mama, mummy dan sebagainya. Sy lebih prefer kalau panggil mengikut pangkat dlm keluarga, kalau nenek tu bahasakan lah juga diri sbg nenek, opah, tokwan or yg berkaitan. Utk pakcik/makcik pula, gunalah maklong, maktam, maksu & sebagainya. Mungkin bagi org lain mcm nampak remeh atau sy ni over tapi biarlah panggilan istimewa tu khas utk seorang wanita sahaja. Lagipun tak ke menimbulkan kekeliruan atau salah faham kalau semua nak dipanggil dgn mama, ibu dan sebagainya. Perkara yg mudah boleh jadi susah. Mungkin sy over & tak semua akan setuju dgn sentiment sy ni.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
Xem thêm bài viết