Pening nak apply cuti bersalin ni 😩
Saya baru siap TCA dengan pakar.. Baby saya dah 3.3kg, saya baru je cecah 36week 😂 Doktor kata baby besar 😨 dan saya kena beranak sebelum 38 week 🥶🥶🥶🥶 Maksudnya by 17 januari tu saya kena beranak dah 😨 dia nak paksa jugak saya beranak 😭 saya takut kena paksa 😭 Cuma yang pening sekarang ialah cuti bersalin. Saya kerja cikgu.. Saya tak larat dah jalan pergi kelas turun naik tangga, lagi-lagi saya sorang-sorang kat daerah ni 😭 so saya bercadang nak cuti awal.. geram nak mintak MC seminggu terus sebab dah tak fit untuk mengajar 😭 Kalau saya kena beranak sebelum 38 week means saya boleh cuti mula minggu depan la kan sebab minggu depan 37 minggu dah.. Pening mak dibuatnya....saya nak bangun mandi pergi kerja pun bergaduh ngan katil dulu haha ingat nak rehat and prepare for labour je.. tak expect pun baby besar and agak susah kalau saya berseorangan kat sini..