Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Alhamdulillah selamat bersalin
Doktor dah explain banyak risiko kalau saya nak normal delivery.. so dia tanya nak czer ke tak? Baby besar - kemungkinan tersangkut bahu, baby lemas, cacat kekal, ibu terlalu penat meneran end up baby lambat keluar.. etc.. Tapi saya nak try jugak..sebab saya takut dengan czer tu 😞 merayu-rayu kat doktor saya taknak czer Memandangkan saya kena beranak paksa, saya kena induce belon Tapi belon tu taknak jatuh so doktor buang dah Bukaan masa tu masih 3cm Keesokan harinya saya bersenam non stop Dan jalan dah 4cm.. terus tolak masuk labour room Dalam labour room doktor pecahkan air ketuban (tak sakit pun..serious) Terus bukaan jadi makin cepat jadi 6cm.. Doktor decide untuk induce melalui drip pula.. Bermula dari tu sakitnya bukan kepalang Contraction makin kuat dan makin kerap.. Selepas hampir 3jam bertarung, akhirnya bukaan jadi 9cm.. dan doktor suruh push.. Masa tu saya dah takde tenaga untuk push sebab dah menahan sakit selama hampir 12jam.. Kepala baby pun tinggi lagi.. setelah cuba meneran beberapa kali jantung baby dah tak ok dalam mesin CTG Saya frust sangat masa tu sebab tak mampu meneran 😞 Tak mampu dan tak pandai 😞😞 Sampai nak pitam dah saya Akhirnya... Doktor decide utk czer, terus tolak masuk OT.. maka lahirlah baby girl berat 3.55kg Takde rezeki bersalin normal tapi ada rezeki merasa induce belon, drip dan dibelah tujuh lapisan 🤧 Harap ada rezeki bersalin normal dengan selamat.. tapi kalau baby besar lagi takpelah saya rela dibelah..asalkan baby saya ok 😞 Kesian anak saya macam tersekat dan hampir lemas 😢 Saya rasa bersalah dekat suami and anak saya 😣
Tolong 😭 Nak tahu cara-cara berpantang sendiri
Mak mentua saya tiba-tiba suruh cancel CL. Saya dah book CL sejak mengandung 5 bulan lagi haha Ni esok lusa dah nak beranak tiba-tiba dia suruh cancel 🤧💆🏻 Dia tak berapa percaya sangat orang luar 🫠🫠 Dia surirumah tapi dia ada kedai sendiri so most of the time dia banyak jaga kedai.. saya tak pasti macam mana dia nak jaga saya 😅 Mak sendiri ada tapi saya tak tergamak nak susahkan mak saya sebab dia pun dah bertongkat.. tak berapa larat menjaga.. sebab tu la saya upah CL selama 21 hari, at the same time husband boleh belajar sikit.. Jadi ada tak ibu-ibu yang berpantang sendiri? Macam mana nak pantang sendiri? 😣 Kena beli apa? Kena buat apa 😞😞 Kesian suami saya dia pulak stress kena bebel dengan mak dia 😅😅
Cuti bersalin
Saya baru siap TCA dengan pakar.. Baby saya dah 3.3kg, saya baru je cecah 36week 😂 Doktor kata baby besar 😨 dan saya kena beranak sebelum 38 week 🥶🥶🥶🥶 Maksudnya by 17 januari tu saya kena beranak dah 😨 dia nak paksa jugak saya beranak 😭 saya takut kena paksa 😭 Cuma yang pening sekarang ialah cuti bersalin. Saya kerja cikgu.. Saya tak larat dah jalan pergi kelas turun naik tangga, lagi-lagi saya sorang-sorang kat daerah ni 😭 so saya bercadang nak cuti awal.. geram nak mintak MC seminggu terus sebab dah tak fit untuk mengajar 😭 Kalau saya kena beranak sebelum 38 week means saya boleh cuti mula minggu depan la kan sebab minggu depan 37 minggu dah.. Pening mak dibuatnya....saya nak bangun mandi pergi kerja pun bergaduh ngan katil dulu haha ingat nak rehat and prepare for labour je.. tak expect pun baby besar and agak susah kalau saya berseorangan kat sini..
Pening nak apply cuti bersalin ni 😩
Mengahnya lahai 😂
Dah masuk 36 minggu ni mengah betul. Padahal masa ni la kena kerap berjalan 😂😂😂 tapi sakit celah kangkang tak boleh bawak bincang 😂😂 Nak beli gym ball pun takut. Baby pun dah cecah 3kg. Saya dah seram ni. Macam kena beranak awal je 🥹 Ingat nak tunggu lagi seminggu. At least 37 minggu ke baru berusaha untuk beranak 😅 Baby macam nak keluar awal 🥹🥹🥹🥹
Air apa yang keluar ni 😭😭
Pagi tadi ada bersama suami.. tapi dah habis bersama tu cuci apa semua lah dalam keadaan mencangkung.. lepas tu saya berehat, duduk atas kerusi.. tiba-tiba ada sesuatu macam air keluar.. basah la sikit spender ni 😭 So saya terus memecut ke klinik kesihatan.......sekarang ada kat tempat parking haha..... Harapnya takde apa la ye sebab baru masuk 35 minggu ni 😩 Update : dah kena refer ke hospital sebab masa doktor check jalan dah keluar darah 😭 Saya blur betul tak tahu rasa sakit contraction.. rupanya keras2 di perut tu contraction 😭 Update 2: kena warded sebab jalan dah buka 2cm and masa kena seluk tu dah keluar darah 😭😭😭 takutnya.. masih awal lagi ni babyyyy jangan beginiii sayangkuuhh Update 3 : selepas semalaman dalam ward, saya akhirnya dibenarkan pulang 😍 doktor kata takpe la jalan dah bukak 2cm cuma kena pantau lagi kalau ada leaking. Lepas ni kena pakai pad la kot 😂😅 dah takde discharge warna merah atau brownish. Contraction pun takde. Yang keras-keras timbul kat perut tu bukan contraction tapi tanda baby meregangkan badan je.. dia bergerak-gerak dalam perut. Nurse kat KK kata tu contraction tapi saya tak rasa sakit pun 😂😂 cuma sakit kat ari-ari ni sebab baby dah kat bawah. Alhamdulillah.. saya dah gelisah ingat kena beranak 35 minggu 😔 saya harap sangat dapat beranak full term supaya baby sihat..
Ada tak mommies pernah guna barang-barang ni?
Haritu saya gelabah dengan barang baby hahahaha lagi gelabah bila baca ada orang post kat sini jugak bagitau kena sediakan baju butang untuk baby hahahaha saya pi beli rompers pulak dah haha mujur sehelai je beli haha Kali ni gelabah nak barang berpantang mommy pulak hahaha sebab lepas habis khidmat CL ni saya berpantang sendiri huhuuuuu Ada tak mommies biasa guna barang-barang kat bawah ni? Barang-barang ni semua dari satu kedai oren je senang hahah
Dah nak masuk 32 minggu tapi preparation baru sikit 😩
Gelabah la mak niiii ya ampun Macam banyak lagi tak prepare ni Mak baru beli : - carseat - kain batik 3 helai - telekung sepasang - compression socks - kain bergetah sebab takut discharge nanti terlucut kalau pakai kain batik biasa haha - tudung sarung - berus gigi ubat gigi untuk guna dalam wad - maternity pad, beli yg tali dengan pants terus taktau mana yang ngam haha - pampers newborn (gamble je beli brand huhu) - baby wipes sampai 8 paket haaah - mittens + booties 2 pasang - barut 2 helai - bedung 2 helai - tuala baby 2 helai - romper putih butang2 jenama fiffy 1 helai (hahah mahal gak la brand ni hahah) Pendek kata barang baby ni lahhh tak prepare banyak lagi Barang mak nak complete dah.. Rambang mata tengok baju baby hahahah Katil tilam apa semua pun duk survey lagi Orang lain dah siap prepare katil tilam mainan apa semua dah 😩😩😩😩
Pening nak pilih breastpump 🫠
Saya pregnant 30 minggu.. Saya tak berapa faham sebab saya first mom.. Macam mana nak tahu breastpump yang sesuai dengan kita? Sebab kalau sewa mesti kena try guna kan.. and kalau pump sebelum beranak kan tak elok.. 😅 Ingat nak try manual milk collector macam dalam gambar ni je.. Ada mommies pernah try ke? Ok ke kalau try macam ni dulu? Nak beli medela macam kayangan sangat pulak haha 😅😅 tu la siapa suruh takde duit kan ☹️
Kena mengiring ke kiri ke kanan? 😂
Saya bakal masuk 25minggu dalam beberapa hari lagi.. Saya ada baca trimester kedua seeloknya tidur mengiring ke kiri Cuma saya confuse baby ni 😂😂😂 Bila saya mengiring ke kanan, dia punya berjoget tu alahai 😂😂 Kalau pusing kiri dia diam sikit Berjoget-joget tu tanda dia rimas ke dia seronok sebenarnya? 😂 Kalau terlentang pun dia berjoget tapi saya la tak selesa.. sakit belakang 🥹