letihnya :(
kadang-kadang rasa nak makan ubat tidur lepas tu tidur 5-6 jam. baby bagi kat pengasuh untuk beberapa jam. tapi hakikatnya saya takleh buat macam tu. letihnya. sebelum subuh dah bangun, 1-2 pagi baru dapat tidur. tu pun terjaga sebab anak nak susu. now anak dah boleh makan, tapi dia reject makanan. letihnya try and error. saya sikit lagi nak give up. rasa macam sorang-sorang je berjuang. walaupun suami bantu jaga baby, saya masih rasa letih dan sunyi. anak mengamuk taknak makan sampai saya pun rasa nak menangis nak pecah kepala dengan dia menjerit macam kena dera. letihnya ya Allah. rasa nak mati. saya banyak kali cakap saya letih tapi respon suami tak membantu langsung. saya inconsolable. letih nangis sorang-sorang. saya kata saya tak nak pregnant lagi sekali dalam masa terdekat. anak sorang pun dah mencabar emosi saya. saya takut tambah sorang lagi menjadi-jadi. dahla saya trauma lagi berpantang sorang-sorang. maaf saya luah kat sini. saya dah buntu nak meluah kat siapa. suami saya tak faham. respon dia mengecewakan. saya cuma nak difahami nak dipeluk dan dia cakap it's gonna be fine, saya ada ni. tapi dia cakap sabar je manjang. takkan nak kena mengemis kasih sayang pulak kan.
Saya ingat kan saya sorg je yang perlukan perhatian & kasih sayang dari suami. Rupanya saya tak keseorangan 🥲 saya faham perasaan sis. Saya rasa dh seminggu lebih tak bersembang or bergurau dengan suami (just cakap benda penting saja).. sebab saya banyak memendam rasa. Apa2 benda yang saya tak puas hati ttg suami, saya tak luahkan. Sebab bila saya luah, dia takda respon yang positif macam apa yang saya harapkan. Jadinya saya memilih utk berdiam diri. even apa2 aktiviti harian yang saya buat, saya nak kemana, ada appt klinik (saya preggy anak kedua) saya tak inform suami pun. Dia pun takda tanya saya 😭😭 Saya buat mcm tu sbb saya nak dia tahu yang tanpa dia pun saya boleh survive. Walaupun saya tahu apa yang saya buat tu berdosa 😔 saya harap awak tak give up dalam journey membesarkan anak ya. Saya doakan awak, saya & semua ibu2 dikurniakan kesabaran yang tinggi & semoga urusan kita semua dipermudahkan. ❤️
Đọc thêmAnak umur berapa sis. Kalau baru2 nak belajar makan, takpa sis kalau dia taknak. Asalkan cukup susu dia, dlm masa sama bagi je apa2 yg senang. Awk takyah susahkan diri buat makanan comel2 ke apa bento semua benda tu. Rebus carrot potong panjang bagi dia pegang. Kukus broccoli potong kecik2. Masak sup ayam utk makan sendiri letak la portion untuk dia and angkat sebelum letak garam gula. Jgn susah2 k. Kita nak dia explore je. Awk penat sgt tu. Takyah terpengaruh dgn orang yg buat beriya. Kita tau tahap kemampuan kita mcm mana. Asalkan baby cukup khasiat, sihat. Tidur awk lagi penting sis. Kalau awk tak cukup tidur, awk sakit mcm mana nak jaga anak. Pastu, betul. Jgn beranak lagi selagi emosi awak tak stabil. Kesian awk. Bincang elok2, bahagi tugas sesama ye sis. We can’t do this alone. Actually we can, but our body has their limit too. Hugsss.
Đọc thêmSis Anon, anak awk baru masuk 6 bulan, boleh jadi dia tak ready pun lagi nak makan. Kita takyah paksa dia k. Awk rajin2 makan depan dia. Waktu meal awk, awk bawak je dia sekali duduk dekat kerusi dia. Spare kan finger food mcm sayur2 yg awk kukus / rebus. Biar je dia pegang and explore sendiri. Boleh jadi anak awk jenis yg observe. Dia nak tau kenapa kena masuk “benda” dalam mulut? Apa function? Haa gitu. So awk tunjuk je kt dia k. Sambil buat reaction mcm sedap sangat lah makan tu. Jgn stress ya. Cuba cara sy tengok. Nanti inshaAllah slowly but surely dia nak makan.
sama je sis mcm saya..baru anak sorang.. letih tu tuhan jelah tau.. tido pon 3 4 jam jee dlm sehari tu🥲 mase sy pantang pon saya sorg masak kemas rumah baby sy jaga sorang suami saya kejap kejap je ad kt rumah.. smpai luka jahitan sy terbukak sakit tu taya cakp la.. dgn sembelit nya dgn sakit luka nye. kadang sy menangis seharian . now sy da masuk keje balik.. tido pon masih sama 3 -4 jam dlam sehari. balik keje sy terus masak kemas basuh kain sidai kain sebelum anak balik.. kadang xsempat nk mandi or basuh muka da tertido keletihan.. makan just kt tempt keje je balik tu dah xlalu. smpai sy kurus cengkung . berat turun 43kg je skrg. tinggi 169 . sedih... tp sy tak terasa sgt sebb sy dah keje.. lain klau duduk rumah je penat dia rase berganda dr keje.
Đọc thêm43kg utk tinggi 169 sgt kurus🥲 tapi apapun semua ni pon kita kene tempuh ada hikmahnya nti baby dh besar kita akan rindu saat mereka kecil..pengorbanan ibu2 xsia2 bila mereka dah besar.. mybe kne bincang dgn husband utk me time sekali sekala
Anak 6bulan - 1tahun, dia makan 1 sudu makan pun dah OK. Dia masih ada susu. Makan ni just utk latihan utk makan after 1 tahun. So OK je kalau makan 1 sudu. 2 tahun 2 sudu. It's OK. Jangan pressure anak utk makan. Biar dia enjoy. Letak makanan depan dia. Umur 6 - 1 tahun ni, dia nak makan / main makanan tu biar kan je. Mak jgn stress. Tgk pastikan jangan tercekik je. Mak pun makan sama. Enjoy your food kat meja makan tu ramai ramai. Saya dh try dgn anak sulung saya, sbb dulu sy pun stress. 😂 Pastu bila saya baca biar je dia makan sudu tu ikut umur dia terus lega. Alhamdulillah 2 tahun ni dia makan je. Malahan dia yg ajak makan sama sama. Relax mommy. Anak tu manusia yg baru nak hidup, jangan letak expectations yg tinggi pd dia.
Đọc thêm"Anak tu manusia yg baru nak hidup, jangan letak expectations yg tinggi pd dia." Terima kasih sis dengan ayat ni. ♥️
sme je...kdg kte cuma nk dpujuk, dberi kata2 smangt bkn nye ape pun.. 24 jam ngn anak, kdg kte nak suami bg perhatian kt kte.. bab mkn anak tu.. ye, anak sye pun mcm tu.. ade hri x nak mkn lgsg.. ade hri mkn btambah.. dr 6 bln smpi skg stahun 7 bln mcm tu la pattern nye.. kdg da bg nsi, pasta, tetap x nak mkn.. last2 bg bskut bru dye nak mkn.. rsau jgak bg makanan x shat tp dr lgsg x mkn lg rsau.. penah jgak baby mnum susu je ble sye tgh down..kdg bli yg instant je..lps sye ok, bru smangt nk cri menu2 bru.. u can do it mommy! get some rest n come back stronger!
Đọc thêmXpe awk. Semua akan ok. Baby yg baru nk belajar mkn mmg mcm tu. Xpe awk, klau kita sbg ibu x se"perfect" ibu yg lain. Its okay. Kalau anak mkn 1 sudu pun da dikira ada pencapaian da tu tau. Anak pun tgh belajar utk terima rasa baru. Bagi dia masa utk cuba, jgn terlalu push dia utk rasa. Dan bg diri awk sendiri ruang jgk. Klau ibu stress, ank pun dapat rasa jgk tau. Jd ibu jgn stress ok. Bila awk penat, ank tido, awk pun tido la jgk. Bila ank menjerit ke apa, cuba tarik nafas dalam-dalam. Insyallah lega sikit bila dengar ank menjerit. Hug 4 u sister. Its gonna be fine.
Đọc thêmIt's OK anak tak nak makan. Jangan paksa. Chill je, kurang 1 kerja anak tak nak makan.. Kena ada rasa kasih sayang dan ceria masa bg anak makan. Anak feels your emotion. Terus terang je cakap kat suami, awak kurang kasih sayang, nak peluk nak di manja sbb penat, nak kata2 sweet mcm bercinta dulu-dulu. Mengemis Cinta dgn suami sendiri je kan? OK lah tu.. Apa salahnya ? Baiki Komunikasi dgn pasangan. Tu kunci utama perhubungan Awak burnt out tu.. Boleh je upah pengasuh.. Awak rehat, gi spa, dan apa2 yg awak enjoy buat.
Đọc thêmmengemis kasih syg laki kite sis, bkn laki org.. ape salah.. suami sy sdri dia nak kalau kacau dia,kalausy tk kacau dia dia yg tk senang duduk. btw if anak reject mkn, pujuk2 try byk kali lain masa pn tkmau, ok tkmau mkn dh la.. ibu simpan.. cukup time gi timbang, nurse tanya knp berat naik sikit jwb anak x mkn, tunjuk jadual mkn dgn gambar2 hidangan utk anak kat nurse. sy dah hidang, anak yg tkmau mkn.
Đọc thêmsabar ya ibu2 semua menghadapi dugaan dalam fasa nk membesar kn anak2.. kita sabar insyaAllah Allah hadiahkn Syurga dan darjat yg tinggi buat kita ibu2 yg sedang bersabar dalam karenah anak2.. sy pun penah rasa mcm tu, lg2 tngh pantang. bila anak2 tngh tidur, mesti kita akan tenung dan sayu tgk anak2 wlupun karenah dorang menguji kesabaran kita.. sabar ya akak.. kita semua ibu2 yg hebat..😊😊
Đọc thêmtq puan. betul sesungguhnya syurga tu mahal.
Take a break when you’re tired, then keep going with life. Everything will be okay, Mommies. 🤍