Checklist Packing Barang Bersalin

Ikut pengalaman saya, kalau tengok gambar dia ni. Sangat banyak barangan yg tak perlu dibawa ke hospital. Cuma buat berat beg & sesak drawer di hospital ja. Kalau first mum, mmg akan ikut la checklist dia ni ? Apa yang penting utk ibu: 1. Maternity pad-ni beli sesiap beli 3 bungkus, sbb nak ganti yg hospital pnya. Sbb hospital tempat sy akan bekalkan 3bungkus. Tapi perlu balas balik dgn 3 bungkus juga. 2. Set toiletries-syampu, sabun, berus gigi etc 3. Seluar dalam -ni kalau tak beli yg jenis disposal, bawa banyak sikit sebab takut kena darah. 4. Sepasang baju utk keluar wad-sebab sepanjang di hospital kita akan guna baju pink. Tp ni ikut suka la, ada ibu yg suka guna sarung, ada yg suka guna seluar panjang ja. Packing yg uols rsa selesa guna masa discharge nanti 5. Stoking bawa dlm 2-3pasang. Manatau nnti kotor/basah. 6. Inner cap-ni ikut kepercayaan kami mesti pakai kononnya elak angin masuk kepala. Btw im not a muslim. Jd mmg akn beli ini sja la. ? 7. Tuala mandi Selesai checklist utk si ibu. Sekarang checklist utk si anak pulak. Checklist baby: 1. Wet tisu-ni kalau boleh bawa la yg besar punya incase kalau lama di hospital. Sbb baby akan kerap poo poo. Selain itu, mgkin juga ibu akan guna pakai lap2 kan. 2. Pampers- beli la yg besar takut nnti lma tggal di hospital sbb seperti yg sy mention di atas. Baby kerap poo poo. 3. Baju, seluar, botties, mitten - bawa dalam 2-3 pasang cukupla. Sebab di sana nanti baby pun akan dibedung pakai thermal swaddle yg warna hijau tu kalau di hospital tempat saya la. 4. Sapu tangan kecil/lampin kain-ni bawa la dlm 3-4 helai. Utk lap2 baby muntah ka. Ataupun incase ibu demam lepas bersalin, mmg nurse akan suruh lap badan utk turunkan suhu badan. 4. Topi baby & kain bedung- yg 2 ni pakai masa discharge ja. Jd cukup la 1helai sja. Keperluan ibu masa di wad: 1. Thermos-pakai simpam air panas 2. Tumblr/botol air biasa-pakai simpan air 3. Gelas-sebaiknya beli la yg ada penutup. Sebab mungkin ibu tak minum smpai habis kan mcm milo etc. So nanti bersemut pulak gelas. Jgn ingat hospital xda semut pulak? 4. Container makanan/pinggan- hah! Ni sangat penting tak tak pernah dimention! Mungkin kita tak selera mau makan masa dihidangkan oleh para pembantu hospital, jadi simpan la makanan itu ke dalam container kita sendiri. Keep aside! Nanti bila dh selera, makan la. Kena ingat ya dorg akan ikut jam kutip bekas makanan tu. Ini pun kalau suami/saudara yg jauh xdpt mau hantar makan/melawat. Kalau lama d hospital la. 4. Sudu-bawa sendiri. Btw, kalau gelas, sudu mmg tak disediakan di hospital tempat saya. Mgkin lain hospital lain cara nya. 5. Dishwash/sponge- ni sy beli sy pakai cuci sudu, gelas container or etc masa di wad. 6. Kitchen tissue-ni sy bawa pakai saya lap2 container/gelas selepas cuci. Ni pilihan la. Kalau mau bawa, bawa. Kalau taknak tak payah. Di hospital mmg ada tapi selalu habis. Sekarang kita pigi perihal menyusu pulak. Keperluan BF: 1. Pam susu-incase susu ibu bengkak 2. Botol susu baby & susu formula. -ni beli yg kecil ja. Manatau ibu blm ada air susu. Tapi kasi tapuk2 ya. Nnti kena marah nurse ? Seperti yang ada di dalam gambar. Sangat banyak item yg tak diperlukan di dalam gmbr ialah 1. Set mandian baby -ni tak payah bawa. Baby mmg takda mandi di wad. Mana mau kasi mandi? Di sinki?? 2. Minyak angin/telon or segala minyak baby- tak payah bawa. Mana mau sapu? Dengan baby yg tak mandi lg. Masih berpusat lg. 3. Bantal2 baby- tak perlu n mmg tak direccommend. Kalau mau juga bantalkan sj baby pakai lampin yg kita bawa. Denggil juga bawa la bantal. Ikut suka. 4. Makanan bawa la berpada2. Nnti drawer kau juga yg sesak. Last but least, Plastik kecil-INI SANGAT PENTING. TAPI TAK PERNAH DI BAWA KE HOSPITAL. UTK APA? INI UTK BUNGKUS PAMPERS BABY YA SAYANG SEMUA. KALAU DITENGOK DI TONG SAMPAH PENUH DENGAN PAMPERS YG TAK BERBUNGKUS, BERNAJIS, TAK KURANG JUGA PAD BERSALIN BERDARAH. SANGAT KOTOR &BERBAU!!!! Thats all. ? Mgkin ada lg barang yg lupa mention.

Checklist Packing Barang Bersalin
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP