Siap dah beg hospital kita. Bagi yang beranak hospital kerajaan, tak perlu bawa banyak2 pun mommies. Kalau beranak normal, InsyaALLAH sehari dah discharge. Lepas deliver, nurse akan terus minta pampers SAHAJA dan baby akan dibedung (hospital punya) tanpa dipakaikan baju. Then nurse akan minta pad+panty untuk dipakaikan pada ibu.—-ini pengalaman saya bersalin 3 tahun berturut-turut di Hospital Ampang, tak pasti sekiranya hospital lain tak sama. Ibu kemudian terus akan ditempatkan di wad bersalin. Pakai baju hospital. So hanya perlu bawa sepasang lengkap salinan untuk pulang nanti sahaja ; >>>tudung, baju ibu & baby (bedung, barut,mitten, booties,topi dan baju baby-dinasihatkan untuk NB banyakkan baju berbutang/berzip atau bukaan ditengah untuk mudah diurus kerana lehernya masih lembut) . InsyaALLAH bila ibu dah kencing & baby dah berak, doktor akan benarkan untuk discharge. Bawa : •Phone, charger, power bank •telekung •toiletries •tuala ibu •Pad/pampers dewasa ibu (pakai pampers dewasa lagi best. Tak risau bocor dan sangat selesa) •Pakaian dalam ibu •Pampers NB- 15 pieces camtu dah mencukupi •Lapik tukar pampers •wet tissue •Stokin pantang •Botol spray (utk tukar lampin) •Minyak telon •Minyak angin ibu •Serta bakul berisi thermos, biskut/kudapan, cawan DONE. Tak perlu packing banyak2 ya. 🌹 -Mommy, anak nak masuk 4. InsyaALLAH- #beghospital
Đọc thêmYa ALLAH…azabnya batuk kuat time perut dah besar ni ya. Doakan saya kawan2…semoga segera sembuh. Berjangkit dari jaga anak2 yang bergilir demam, batuk, selsema last week. Dah macam2 petua amal tapi masih kuat. Paru2 semua dah check, ok. Pergi mana2 klinik, doc masih tak suggest ambil ubat. Rasa nak tercabut perut dan dada bila batuk. Bila malam lagi menyengat rasa. 🤕🤕🤕🤕🤕 Sesiapa ada petua mujarab boleh share? Antara yang saya dah cuba: Madu + lemon Kicap + lemon Habbatus sauda #23weeks
Đọc thêm