Tanpa nama profile icon
Kim cươngKim cương

Tanpa nama, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Tanpa nama

First pregnancy

Bài đăng(65)
Trả lời(89)
Bài viết(0)

Anak suka conteng and usik barang

Salam. Nak tanya, normal ke tak ya anak conteng dinding. Takda la suka. Takda la hari hari. Tapi mmg ada la conteng conteng dinding. And normal ke tak ye anak pergi rumah org suka usik barang org? Sebab semalam balik rumah mertua. Anak mmg usik barang barang kt rumah mertua. Sampaikan mertua saya cakap, anak anak dia dulu tk mcm ni. Behave je semua. Tak menconteng, tak usik usik barang. Mcm kt rumah saya, mmg barang barang semua takda yang letak bawah. Semua tmpt tinggi tinggi. Rumah mertua saya pulak mmg tkda budak kecik. So mmg banyak barang. Tempat makan kucing semua tu, semua dia usik. Saya nak tegur pun dah penat tegur anak saya jangan main. Sebab tempat makanan kucing and tempat minum air tu mmg kat ruang tamu. Takkan nak bagi anak saya main dalam bilik. Lagi la banyak benda dia usik. Tiba tiba metua saya kata mcm tu. Rasa pasni mmg malas dah nak pergi rumah mertua. Sebab yela bagi saya anak tgh mmbesar. Tak boleh nak halang kalau dia nak explore benda tu. Dia pun baru 1 tahun 9 bulan. Mmg tgh di fasa explore. Sya kalau g rumah org lain, mmg saya jaga bebetul jaga. Bagi tgk fon. Taknak dia usik barang org kan. Kalau g rumah org pun kejap je. Sbb kita kenal anak kita punya perangai. Tapi sebab ni g rumah mertua kan. Mmg 2/3 jam la kat situ. Takkan la selama 2/3 jam tu saya nak bagi anak saya main phone je. So saya biar jela. Tapi dalam biar tu saya tgk jugak, kalau benda dia usik tu bahaya. Mmg saya tepis jugak tangan nya. Saya ni mmg jarang balik rumah mertua. Selalu mertua yg dtg rumah saya. Lately ni je bawak anak g rumah mertua pulak. Jdi mcm ni, lahh malas pulak nak balik. Yela mak mana tak terasa org ckp anak kita mcm tu. Mcm nakal sgt nya anak kita. Mcm saya ni failed didik anak saya. Padahal dorg yg tkda common sense, dah tahu cucu tgh di fasa tu. Ubah la tmpt. Tmpt makanan kucing tu bubuh la kt dapur. Benda benda yg tak boleh main, bubuh la tmpt tinggi. Ni la sebab sebab saya malas nak balik rumah mertua, sbb anak kita ni panjang akal. Kang tak bawak, smpai cucu sendiri nak salam atok dia pun takut. Dia pulak terasa.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Nak fully breastfeed baby, tapi guna botol tak df boleh tak?

Hi. Nak minta pendapat mommies. Saya suri rumah. Anak first skrg umur 1 tahun 2 bulan. Insyaallah bulan 5 ni akan lahirkan 2nd baby. Anak first saya fully bf smpai setahun. Saya plan utk 2nd baby ni nak fully bf juga, tapi guna botol. Means saya pump, then bagi minum guna botol. Sebab nya, saya belajar dari pengalaman anak first. Anak saya sangat kuat mengempeng. Waktu Makan saya kelaut, kemas rumah semua lgi lah kelaut. Kkdg husband balik kerja pun saya terkejar kejar nak masak. Sbb anak mmg sangat kuat mengempeng. Tidur nak kena teman. Kalau x teman, dia akan tidur sekejap je. Dalam 30 minit mcm tu, and kalau dia terjaga mmg saya susah nak buat kerja😅 plus selama setahun saya df anak saya allahu mental sangat. Dengan sakit badan, timing makan kelaut. Kkdg 5pm baru nak lunch😫 tidur malam asyik mengiring je badan sbb anak menyusu. Mmg tknk lalui lagi dah semua tu. emosi pun jadi tk stabil. Penat sgt. breastfeeding is not easy rupanya. Skrg ni anak dah minum botol dah 2 bulan. Seronok sgt. makan semua teratur, rumah sempat kemas. Anak tidur pun tkpayah berteman dah. Tidur pun lama sejam lebih dpt la buat kerja rumah memasak sidai baju semua. So sbb saya pregnant ni jarak dekat. And dah tahu dah situasi kalau nak df tu mcm mana. So saya decide nak pump susu badan, then letak dlm botol je utk 2nd baby ni. Sbb nya nnti adik nya lahir, kakaknya baru 1 tahun 6 bulan. Saya tknk la nnti jadual makan kakaknya pun kelaut kalau adik nya jenis mengempeng. Japg tak sempat nak masak lah apa lah utk kakaknya. Tk dpt nak bagi attention kat kakak nya. Ada tak mommies yang suri rumah, fully breastfeeding tapi guna botol. Boleh share tk baik buruk kalau situasi mcm ni. Sebab saya fikir nanti kalau nak bercuti, berjalan mall susah jugak nak kena bawak breastpump kemana mana. Lagi lagi kalau tgh bercuti. Saya ni dah la kaki berjalan dengan husband. Wajib g healing healing. Saya masih dilema nak df atau susu badan tp guna botol.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Suami tk faham

Macam mana ya nak jadi orang paling penyabar. Saya semenjak beranak allahu terlalu stress. Tak terurus kehidupan saya dah. Mana nk urus anak, rumah, suami lagi😔 saya penat dengan suami saya, asyik lepaskan tekak dia je, mudahkan dia je. Dia je nk rileks. Dia je penat. Yela dia bekerja, saya suri rumah je.. tapi suri rumah lagi penat dari bekerja. Dia betul betul tk terfikir nak bagi saya rehat. Taknak me time pergi spa apa pun, cuma nak berehat 2 jam tanpa gangguan. Seminggu ni anak asyik nak dengan saya je. Saya faham la. Sebab dia bf, baby fully bf mmg extra manja dengan mak nya kan. Senang cerita ngempeng jela. Asal nak tidur je kena menangis, setakat ngempeng kadang kadang tak jalan utk dia tidur. Kena berdiri dodoi dodoikan. Mmg seminggu ni dia nak tidur je nangis, mmg susah tidur maybe sebab baru baik demam. Tapi suami saya langsung tk faham saya.. saya penat lah. Dia balik makan, main phone isap rokok, main dengan anak 10 minit. Anak nangis je terus bagi kt saya. Kkdg saya dah terlampau penat, yela dari pagi anak nak melekat je dengan saya. Mana tekejar kejar nak masak, nak kemas rumah, sidai baju, kkdg saya buat kerja rumah pakai carrier dia. Saya buat je kerja rumah sambil dukung dia dalam carrier. Menyapu ke memasak ke, dukung je asalkan dia tk nangis. Sbb nangis mcm kena pukul sangag sangat. Anak nangis bukan sentiasa nak menyusu, kkdg nak dukung, nak dodoi. Tapi suami saya terus bagi kt saya bukan dia nak try dodoi dulu. Saya penat sangat, smpai kkdg nak terpukul anak. Klau x boleh nk tlg jaga anak at least tolong la settelkan kerja rumah. Tk byk pun at least dpt la ringankn beban saya.. ni tak, balik kerja makan main phone hisap rokok. Klau dia tlg lap meja mkn lepas dia mkn pun jadi lah. Makan dah la berterabur, dia macam mana eh nak ckp seolah olah macam semua nya dia tunggu sayaa yang buat. Padahal benda simple, dah makan lap. Saya ni makan pun rushing rushing. Buat air milo pun tk sempat minum. Dah la dia tak bagi saya nafkah apa apa. Dia bagi 50 ckp terima kasih pun saya dah terima kasih sangat sangat. 10 ringgit pun tkpa, asalkan dia ckp terima kasih tlg jaga anak jaga rumah. Ni dah lahtk bagi apa apa, macam raja pulak perangai nya.. dah tahu tk mampu bagi dari segi kewangan, ringankan la beban beban yang ada. Ty

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
 profile icon
Viết phản hồi