Nuwairah profile icon
Kim cươngKim cương

Nuwairah, Malaysia

Contributor

Giới thiệu Nuwairah

Mom with baby boy

Bài đăng(35)
Trả lời(189)
Bài viết(0)

BERTANYA SOALAN ANDA DENGAN DOKTOR BUKAN DENGAN NETIZEN

PESANAN PENUH SENTAP DR IMELDA Netizen 1 tanya di laman FB saya: “Saya rasa anak saya yang sulong dilahirkan ada sedikit cleft lip (sumbing)? Bagaimana nak elak bayi kedua dapat cleft lip & palate (sumbing)?” Netizen 2 jawab netizen 1 di laman FB saya: “Boleh ambil folic acid untuk mencegah cleft lip.” Netizen 1 balas netizen 2 di laman FB saya: “Oh ye ke? Terimakasih.” Netizen 2 jawab di laman FB saya. “Sama-sama.” ————————————————————— Saya minta maaf, saya kerja di Hospital dan tiada masa nak jawab beribu-ribu komen dalam FB. Sebab itulah semua pertanyaan masalah peribadi anda patut ditanya di klinik untuk di jawab oleh doktor yang: 1) Bertanya tentang sejarah keluarga anda, 2) Membuat penilaian kesihatan anda untuk memastikan jika anda ada masalah perubatan, 3) Boleh check apakah semua ubat-ubat yang anda makan dan memastikan dos yang anda ambil selamat untuk kehamilan, 4) Membuat penilaian jika anak sulong anda betulkah ada sumbing, dan membuat penilaian jika ada masalah kecacatan yang lain. 5) Memberi kaunseling apa nak buat untuk kehamilan kedua. 6) Memastikan anda tidak membeli ubat-ubatan sendiri tanpa nasihat doktor sebab ada beberapa jenis ubat yang kami larang ibu hamil makan kerana boleh menyebabkan kecacatan sumbing maka kami akan nasihatkan supaya ubat itu ditukar ke ubat lain yang lebih selamat. Ini perlukan temujanji dengan doktor di klinik, sebab semua pesakit akan diberi nasihat yang BERLAINAN bukan nasihat yang sama, bergantung kepada penilaian di klinik. Sebab inilah masalah individu itu bukan perbincangan di laman FB. Malangnya netizen ini telah diberi nasihat yang salah oleh netizen yang lain yang tiada kelayakan perubatan, dan netizen ini telah percaya pula kepada nasihat yang salah oleh netizen yang lain. Saya hanya dapati perkara ini berlaku di laman saya beberapa hari selepas kejadian itu. Jadi saya delete terus soalan dan jawapan dari netizen 1 dan netizen 2, sebab ini bukan nasihat doktor perubatan dan nasihat yang salah tidak boleh dibenarkan dipampang di laman FB doktor. Tindakan saya ini dinamakan ‘DAMAGE CONTROL’ Saya nak bagi nasihat kepada followers-followers. Ini ialah personal FB profile doktor pakar perubatan O&G. Ini bukan kelab-kelab ibu mengandung. Jika anda datang berkunjung ke sini, sebabnya ialah anda mahukan ilmu pengetahuan am tentang kesihatan, bukan untuk mendapat consultancy perubatan dari media sosial dan bukan untuk memberi consultancy perubatan kepada netizen lain. Sekiranya ada followers masih datang ke sini untuk meminta consultancy perubatan untuk masalah kesihatan diri sendiri di media sosial, saya nak minta pertolongan dari anda semua sila beri mereka nasihat untuk buat temujanji berjumpa doktor di klinik untuk pertanyaan tentang kesihatan individu mereka. Itulah nasihat yang terbaik daripada seorang netizen kepada netizen yang lain dan saya sangat mengharapkan kerjasama dari followers-followers saya yang awesome. Jangan bebankan diri sendiri dengan tanggungjawab menjawab soalan perubatan sekiranya anda bukan ahli dalam bidang, supaya anda tidak memudaratkan orang lain dengan memberi nasihat perubatan yang salah. Kadang-kadang, saya tiada pilihan lain dan terpaksa tutup public comment dari netizen dan hanya membenarkan FB friends saja menulis di ruang komen saya. Tetapi ramai netizens lain nanti merajuk. Maka saya tak tutup public comment dan saya harapkan followers-followers saya yang awesome tolong sampaikan nasihat saya ini kepada netizens lain yang bertanya di sini, semoga anda melindungi netizens lain dari menjadi mangsa penjual produk overclaim yang dok jadi stalkers di laman ini mencari mangsa baru mereka. Terimakasih.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Pengalaman Bersalin Pertama Kali

Alhamdulillah sy telah selamat melahirkn baby lelaki pada 30/11/19, jam 12.55 tgh hari secara normal.. Berat baby adalah 2.78 kg..kiranya sy deliver ms kandungan ke 38 minggu 3 hari. Pengalaman sebelum bersalin, sy berasa mcm sakit senggugut tp sakit tu selang ada yg 30 minit ada yg 10 minit so sy boleh lg bawak kereta n buat aktiviti ms tu ( hari jumaat ). Tanda2 keluar darah cokelat tu dh ada 2 hari sebelum bersalin. Hari khamis, sy kena reffer ke hospital oleh doc kt KK sbb dia seluk pkai mulut itik katanya sy ada masalah air ketuban kurang. Bila ke hospital, proses kena seluk pun dibuat lg n doc check x dak plak kurang air ketuban sbb maybe pg tu baby x kencing lg so time check lg skali baby dh kencing so air ketuban naik ke paras normal..time tu gk bukaan dh 1cm. Hari jumaat 11.00 mlm sakit contraction dh selang 5 minit skali so ke hospital plak dh doc check bukaan 3 cm so kena tahan wad, jam 1.30 pg br dpt katil sbb wad penuh. Jam 4.00 ke atas, Allah memberi ujian utk sy, sy sakit contraction sampai sy kena pegang besi katil sbb sakit yg teramat sgt2. Time ni la sy teringat segala dosa2 yg sy pernah buat ??sakit yg ditanggung semua sy hadap sorg diri. Sy jadi camtu sehingga jam 7.30 sebab dh x tahan sgt2 n doc check bukaan dh 6 cm. Sy ditolak ke labor room jam 8.30 pg ( hr sabtu ) dan sy diuji lg skali bila doc ckp kena tunggu bukaan sampai 10 cm sbb prosiding anak sulung memg camtu so sementara nk tunggu bukaan, sy menahan sakit contractions yg teramat sgt Sampai bergegar katil. Akhirnya, bukaan 9 cm sy dh x tahan doc ckp ok proceed utk lahirkn anak dan proses meneran dibuat. Sy kena gunting sikit utk membuka laluan baby dan akhirnya selamat lahirkn baby dgn segala kudrat yg ada. Doc angkat baby utk pengesahan jantina anak. Skali lg sy diuji bila pihak doc x dpt nk keluarkn placenta Dan placenta terlepas naik ke rahim. So doc inform proceeding MRP iaitu kena seluk utk mengambil placenta dan sy harus di pengsankn. Ubat dimasukkn jam 1.30 tgh hr dan dlm tempoh seminit sy direhatkan sehingga sy tersedar jam 4.15 ptg. Sy x tau camna rasa proses jahit so memg sy x leh nk cerita sakit tu camna.. Alhamdulillah sekarang dh berpantang masuk hari ke 13 n melayan ragam anak yg semakin lama semakin byk akalnya ???tu x cerita lg anak masuk NICU sebab kuning so tunggu nanti next entry sy akn cerita bab proses kuning n berkaitan isu MRP ni..

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi