BERTANYA SOALAN ANDA DENGAN DOKTOR BUKAN DENGAN NETIZEN

PESANAN PENUH SENTAP DR IMELDA Netizen 1 tanya di laman FB saya: “Saya rasa anak saya yang sulong dilahirkan ada sedikit cleft lip (sumbing)? Bagaimana nak elak bayi kedua dapat cleft lip & palate (sumbing)?” Netizen 2 jawab netizen 1 di laman FB saya: “Boleh ambil folic acid untuk mencegah cleft lip.” Netizen 1 balas netizen 2 di laman FB saya: “Oh ye ke? Terimakasih.” Netizen 2 jawab di laman FB saya. “Sama-sama.” ————————————————————— Saya minta maaf, saya kerja di Hospital dan tiada masa nak jawab beribu-ribu komen dalam FB. Sebab itulah semua pertanyaan masalah peribadi anda patut ditanya di klinik untuk di jawab oleh doktor yang: 1) Bertanya tentang sejarah keluarga anda, 2) Membuat penilaian kesihatan anda untuk memastikan jika anda ada masalah perubatan, 3) Boleh check apakah semua ubat-ubat yang anda makan dan memastikan dos yang anda ambil selamat untuk kehamilan, 4) Membuat penilaian jika anak sulong anda betulkah ada sumbing, dan membuat penilaian jika ada masalah kecacatan yang lain. 5) Memberi kaunseling apa nak buat untuk kehamilan kedua. 6) Memastikan anda tidak membeli ubat-ubatan sendiri tanpa nasihat doktor sebab ada beberapa jenis ubat yang kami larang ibu hamil makan kerana boleh menyebabkan kecacatan sumbing maka kami akan nasihatkan supaya ubat itu ditukar ke ubat lain yang lebih selamat. Ini perlukan temujanji dengan doktor di klinik, sebab semua pesakit akan diberi nasihat yang BERLAINAN bukan nasihat yang sama, bergantung kepada penilaian di klinik. Sebab inilah masalah individu itu bukan perbincangan di laman FB. Malangnya netizen ini telah diberi nasihat yang salah oleh netizen yang lain yang tiada kelayakan perubatan, dan netizen ini telah percaya pula kepada nasihat yang salah oleh netizen yang lain. Saya hanya dapati perkara ini berlaku di laman saya beberapa hari selepas kejadian itu. Jadi saya delete terus soalan dan jawapan dari netizen 1 dan netizen 2, sebab ini bukan nasihat doktor perubatan dan nasihat yang salah tidak boleh dibenarkan dipampang di laman FB doktor. Tindakan saya ini dinamakan ‘DAMAGE CONTROL’ Saya nak bagi nasihat kepada followers-followers. Ini ialah personal FB profile doktor pakar perubatan O&G. Ini bukan kelab-kelab ibu mengandung. Jika anda datang berkunjung ke sini, sebabnya ialah anda mahukan ilmu pengetahuan am tentang kesihatan, bukan untuk mendapat consultancy perubatan dari media sosial dan bukan untuk memberi consultancy perubatan kepada netizen lain. Sekiranya ada followers masih datang ke sini untuk meminta consultancy perubatan untuk masalah kesihatan diri sendiri di media sosial, saya nak minta pertolongan dari anda semua sila beri mereka nasihat untuk buat temujanji berjumpa doktor di klinik untuk pertanyaan tentang kesihatan individu mereka. Itulah nasihat yang terbaik daripada seorang netizen kepada netizen yang lain dan saya sangat mengharapkan kerjasama dari followers-followers saya yang awesome. Jangan bebankan diri sendiri dengan tanggungjawab menjawab soalan perubatan sekiranya anda bukan ahli dalam bidang, supaya anda tidak memudaratkan orang lain dengan memberi nasihat perubatan yang salah. Kadang-kadang, saya tiada pilihan lain dan terpaksa tutup public comment dari netizen dan hanya membenarkan FB friends saja menulis di ruang komen saya. Tetapi ramai netizens lain nanti merajuk. Maka saya tak tutup public comment dan saya harapkan followers-followers saya yang awesome tolong sampaikan nasihat saya ini kepada netizens lain yang bertanya di sini, semoga anda melindungi netizens lain dari menjadi mangsa penjual produk overclaim yang dok jadi stalkers di laman ini mencari mangsa baru mereka. Terimakasih.

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời