nur profile icon
BạcBạc

nur, Malaysia

Kontributor
Bài đăng(10)
Trả lời(3)
Bài viết(0)
Thành viên VIP
Bissmillah sy bantu jawab ye.. saya before this dah buat 2 kali dnc Sbb baby tk berkembang . Yg first doc bius habis bagi sy tk sedar (tido) . Yg second sy cuma di bius separuh badan shj. 1.) tak lama pun buat dnc dlm 45mnit-1 jam . Yang lama ialah pemulihan selepas tindakan dnc. Kalau awak doc bagi bius habis awak akan lelap tak rasa apa* . Dan akan tersedar 1 jam - 2 jam selepas dnc di buat. Tapi kalau awak bius separuh awak akan mula boleh bergerak selepas 6 jam awak buat dnc. Selama 6 jam tu awak kene baring sahaja tk boleh gerak sama sekali, doc pun tkaan benarkan awak bangun dari tempat tido sebelum 6 jam tu habis. Seriously , me personaly sangat tk selesa bius separuh. Lagi leceh& menyiksa sebab tak di benarkan makan/minum after dnc selagi baring selama 6 jam tu blm selesai. 2.) kene bius sebelum dnc buat , so bila dnc di lakukan kita tk rasa apa la. Kalau bius habis kita tido. Kalau bius separuh kita boleh gerak bahagian atas shj. After dnc ubat bius tu akan hilang skit* . Time sy kene bius habis memang bangun* dah tk rasa apa. Boleh terus gerak semua badan. Tp bila bius separuh kita tunggu selama 6 jam untuk ubat bius tu hilang. That’s why kena baring tk boleh buat apapun . After bius hilang memang perut akan rasa perit dan sakit . Untuk gerak pun sakit. 3.) pendarahan after dnc sikit* je tk sampai pun 40 hari mcm org bersalin. Jangan risau. Biasa dlm 1-2 minggu je dh habis darah tu. Keluar pun skit* mcm period biasa. 4.) perlu berpantang . Untuk sy , sy hanya berpantang jaga pemakanan & tak bersama suami at least 2 - 3 minggu after dnc. Ikut diri awak , awak yg tahu kemampuan diri awak. Kalau rasa masih takut sakit sebaiknya tunggu smpai awak sembuh dulu. Sy tk buat bekam pun. Berurut biasa je. Bagi pulih tenaga. 5.) biasa kita duduk wad 3-4 hari. Doc kata dh boleh balik ,balik lah. Cost untuk hspital gov lebih kurang RM 100 . Jangan risau. Sy yg org 🇮🇩 kawin dg 🇲🇾 je just kene RM 81 shj. Even 4 hari duduk wad. 😊 Note : Untuk bius nanti awak kene jumpa pakar bius, nnti dia akan tanya sama ada awak nak bius separuh/ bius habis. Beberapa doc dia akan suggest untuk bius separuh sebab bius habis hanya berlaku kepada yg dh ciritical case. Mcm sy dulu kene bius habis Sbb dah bleeding teruk masa kene tahan wad sblm buat dnc. Dan yg kene bius separuh Sbb dah masuk ubat kt V tp jalan lahir still tak buka dan tk turun bleeding juga so doc buat bius separuh je la Sbb tk termasuk critical . Semoga membantu ye. Apapun tabah, sabar ikhlas & redha je. Percayalah ada perancangan yg lebih baik yg Allah tengah siapkan untuk awak 😊 semangat!
Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi