Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mommy of 3 kids
Kerap mengeras
Hai semua. Skrg saya 36w6d. Malam ni kerap mengeras pula. Takde tanda2 lain . Just mengeras dan kadang ari2 sakit light2 mcm tu. Perlu ke hospital? Sbb pengalaman kawan dia mengeras pegi hospital , nurse suruh balik sbb takde tanda lain 😢 Atau kerap mengeras sebab kita penat? Harini saya byk buat keje rumah.
Gerak perlahan
Hai semua. Sekarang 34w3d. Normal ke kalau baby mmg gerak okay. Tapi slow je dia tendang/tolak tu. Kiraan cukup je hari2. Tapi slow sgt manja2 gitu dia tolak haa. Risau pulak sbb anak² sblm ni mmg terasa dia tolak sampai senak2 / senget2 perut kita.
Uri rendah
Hai, sekarang saya 20w4d . Scan kat KK haritu dr cakap uri rendah. Akan scan lg masa 28w nanti. Ada tips tak naikkan uri? Sebelum ni anak 1 & 2 takde masalah uri rendah ni.
Sakit Kepala
Hai semua. Saya skrg 15w5d. Saya kerap sakit kepala mmg dari sejak sekolah lg. Cuma kali ni , minggu lepas kena 1 kali. Minggu ni kena sekali. Kadang saya makan lambat pun terus sakit kepala. Nak tanya boleh ke kita kerap amek paracetamol 500g? Ada effect kt baby tak kalau kerap mkn ubat tu?So kena makan paracetamol + lumur minyak cap kapak baru lega. Selagi tak makan ubat selagi tu lambat hilang. Tq
Mengandung kali ke 4
Hai semua. Saja nak share, sblm ni mengandung kali ke 3 kandungan tak menjadi (blighted ovum). Masa 12w baru gugur masa bulan 3 haritu. Alhamdulillah skrg dapat tahu mengandung kali ke 4 baru 6w2d. Hati ni hari2 risau je harap kandungan kali ni menjadi dan membesar dengan sihat. Taknak scan awal2 sebab takut kandungan tak nampak lagi. So saya plan nak scan masa awal bulan 8 nanti. Btw saya ada anak 6 dan 4 tahun. Doakan saya ya.
Darah nifas
Ada yang tahu tak pasal ni? Hari isnin 2 mggu lps saya gugur. Pastu malam hari ke 10 lepas gugur tu darah nifas tkde dah. Jadi saya start puasa & solat hari ke 11. So harini hari ke 15, lepas buka td nak solat tiba2 ada darah coklat keluar. Dah confuse ni darah nifas atau istihadah? Tarikh : Gugur - 20/03 Darah stop - 29/03 Mandi wajib & solat - 30/03 Darah keluar semula - 03/04 Sebab saya ada baca darah nifas untuk gugur max 14 hari. Tu saya confuse. Terima kasih.
Proses gugur
Hai semua. Saya skrg dalam proses gugur sebab kantung kosong dan dah 2 kali scan. Dan smlm 12w4d ada keluar darah sikit dan pergi hospital, bila check darah tk byk keluar dan bila scan bawah doc cakap saya gugur sebab kantung mengecut jadi kena siap sedia untuk gugur atau cukup masa kena d&c. Skrg ni keluar darah sikit² macam hari ke 4 5 period tu just pakai pantiliner. Nak tanya yang ada pengalaman gugur, 1. Berapa lama amek masa untuk kantung/janin keluar? 2. Berapa lama darah nifas? 3. Mengandung selepas gugur amek masa berapa lama? 4. Kena tunggu period dulu baru boleh mengandung kan? Terima kasih semua.
Kantung kosong
Salam semua. Ikut kiraan, saya dah 11week mengandung. Awal bulan haritu, saya ada scan dan dr cakap hanya kantung sahaja (gambar atas). Ikut kiraan masa tu 7week, tp dr cakap size kantung 5week. Harini saya pergi scan kali kedua di klinik lain, patut mggu ni dah 11w, tp dr cakap hanya kantung juga dan size kantung 7week. Dr suruh dtg lagi 2 minggu. Buat masa ni takde lagi keluar darah / sakit perut. Period saya mmg tak teratur. Kadang lewat 2 3 hari, kadang lewat 1 mggu, kadang lewat 2 mggu. Ada sesiapa macam saya tak? Boleh share? Terima kasih.