Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Bayi 2 bulan batuk berkahak.
Assalamualaikum, hai. Saya perlukan advice ibu² yang berpengalaman. Anak saya nak masuk 3 bulan batuk berkahak. Dah buat 2 kali suction, refer Paed tapi masih tak reda. Hari ini dah masuk 2 minggu anak batuk & kahak masih banyak. Kami juga melakukan alternatif buang kahak secara manual berulang kali di rumah. Suami mula risau kerana sudah 2 minggu anak batuk berkahak. So far anak aktif, boleh menyusu seperti biasa & nafasnya tidak pula laju. Namun suami bercadang untuk refer ke KK. Jika ada ibu² berpengalaman mohon share, kebiasaannya apa prosedur yang dilakukan oleh doktor? Dan betulkah tindakan kami refer anak ke KK? Terima kasih.
Hai, assalamualaikum mommies. Anyone tahu diet class for GDM mother selain provided by KKM?
Mind to share please. Tqsm.
Sterilizer dan Warmer
Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan pendapat ibu² di luar sana berkenaan penggunaan bottle sterilizer & warmer, adakah ianya bersifat keperluan? Jika ya, mohon cadangkan beberapa jenama yang sesuai serta kelebihan dan kekurangan jenama yang ibu² pernah gunakannya ya. Terima kasih.
Bayi mengeras
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya hamil 38 minggu. Sepanjang malam bayi saya mengeras. Namun tidak disusuli rasa sakit. Saya sudah ikhtiarkan minum air sejuk namun tetap sama. Walaupun saya masih merasakan pergerakan bayi walaupun sangat terhad. Apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih.
Menunggu Hari dan Memerlukan Sokongan Suami.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Usia kandungan saya sudah mencecah 38 minggu. Setiap hari saya menanti datangnya tanda² bersalin selain turun darah dan lendir (kerana minggu lepas darah & lendir sudah pun keluar). Ramai rakan² dan saudara menyarankan untuk saya melakukan senaman ringan seperti brisk walk, squatting bahkan lompat bintang. Setakat ini, saya sudah ikhtiarkan semuanya, namun masih belum ada tanda akan bersalin. Namun, ada 1 hal yang saya percaya iaitu 'bersama suami' boleh membantu bukaan pintu rahim dan memudahkan proses bersalin. Hal ini pernah saya sampaikan kepada suami di samping mengambil kira kami sudah lama tidak bersama sejak Disember 2018 kerana khuatir akan memberi kesan kepada kandungan ditambah pula dengan kedudukan uri rendah/bawah. Suami juga percaya bahawa bersama semasa hujung kehamilan membantu memudahkan proses bersalin. Namun, kedua²nya masih takut akan kesannya pada kandungan di samping keadaan saya yang semakin sarat dan kurang selesa untuk bersama. Mohon sedikit pandangan dan nasihat dari ibu² yang sudah berpengalaman agar sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan dilema yang saya hadapi. Terima kasih. ?
Kesan Braxton Hicks atau Betul Tanda Bersalin?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kandungan saya sudah mencecah 37 minggu. Empat hari lepas sudah turun tanda berbentuk darah & lendir namun tiada sebarang rasa sakit. Suami terus bawa ke hospital. Sampai sahaja di hospital, dr membuat pemeriksaan & cek bukaan baru 2 sentimeter dan ditahan wad semalaman. Hari kedua di hospital, Dr pakar pula membuat pemeriksaan dan bukaan masih sama 2 sentimeter. Disebabkan tiada sebarang faktor risiko sepanjang kehamilan, bacaan CTG jantung baby juga normal serta pergerakan baby aktif, Dr membenarkan saya untuk pulang ke rumah dan menasihatkan supaya melakukan senaman agar memudahkan bukaan jalan. Hingga hari ini iaitu termasuk hari keempat selepas turun darah, saya masih lagi di rumah dan menunggu datangnya sakit untuk melahirkan agar terus dapat bersegera ke hospital. Saya mula khuatir kerana masih belum ada sebarang kesakitan, melainkan tanda seperti keluar lendir berwarna coklat sesekali. Soalan saya, adakah dari kalangan ibu² di sini pernah mengalami situasi yang sama seperti saya? Adakah kebimbangan saya kerana bayi belum lahir wajar? Mohon sedikit pandangan dari ibu² sekalian. Terima kasih. Doakan saya dipermudahkan bersalin ?
Simptom biasa atau perlu rujuk doktor?
Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah kandungan saya hampi mencecah 33 minggu. Hampir 2 minggu juga kaki & jari tangan membengkak. Waktu malam bengkaknya mulai surut selepas tinggikan posisi kaki semasa tidur. Adakah ini simptom biasa bagi kehamilan yang sudah masu fasa ketiga? Soalan kedua. Sejak awal mengandung, tulang pelvic sebelah kiri selalu sakit terutamanya selepas bangun dari tidur. Adakah ianya normal bagi kehamilan kali pertama? Saya sudah bertanyakan jururawat & doktor yang memantau tahap kehamilan, namun belum ada tindakan susulan. Mohon perkongsian jika ada mempunyai pengalaman yang sama dan tips yang boleh dimanfaatkan inshaAllah. Terima kasih.