Menunggu Hari dan Memerlukan Sokongan Suami.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Usia kandungan saya sudah mencecah 38 minggu. Setiap hari saya menanti datangnya tanda² bersalin selain turun darah dan lendir (kerana minggu lepas darah & lendir sudah pun keluar). Ramai rakan² dan saudara menyarankan untuk saya melakukan senaman ringan seperti brisk walk, squatting bahkan lompat bintang. Setakat ini, saya sudah ikhtiarkan semuanya, namun masih belum ada tanda akan bersalin. Namun, ada 1 hal yang saya percaya iaitu 'bersama suami' boleh membantu bukaan pintu rahim dan memudahkan proses bersalin. Hal ini pernah saya sampaikan kepada suami di samping mengambil kira kami sudah lama tidak bersama sejak Disember 2018 kerana khuatir akan memberi kesan kepada kandungan ditambah pula dengan kedudukan uri rendah/bawah. Suami juga percaya bahawa bersama semasa hujung kehamilan membantu memudahkan proses bersalin. Namun, kedua²nya masih takut akan kesannya pada kandungan di samping keadaan saya yang semakin sarat dan kurang selesa untuk bersama. Mohon sedikit pandangan dan nasihat dari ibu² yang sudah berpengalaman agar sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan dilema yang saya hadapi. Terima kasih. ?
mommy YAYa