Simptom biasa atau perlu rujuk doktor?
Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah kandungan saya hampi mencecah 33 minggu. Hampir 2 minggu juga kaki & jari tangan membengkak. Waktu malam bengkaknya mulai surut selepas tinggikan posisi kaki semasa tidur. Adakah ini simptom biasa bagi kehamilan yang sudah masu fasa ketiga? Soalan kedua. Sejak awal mengandung, tulang pelvic sebelah kiri selalu sakit terutamanya selepas bangun dari tidur. Adakah ianya normal bagi kehamilan kali pertama? Saya sudah bertanyakan jururawat & doktor yang memantau tahap kehamilan, namun belum ada tindakan susulan. Mohon perkongsian jika ada mempunyai pengalaman yang sama dan tips yang boleh dimanfaatkan inshaAllah. Terima kasih.