Kali pertama dalam dakapan Mummy
18 hari usia Rais haritok, Mummy visit nya di Special care Nursery di GH. Alhamdulillah nemu Misi yang baittt gilak, nya benarkan mummy untuk embak Rais di tangan mummy. Ya Allah, Syukur Alhamdulillah, sejak nya dilahirkan, tok adalah kali pertama mummy dapat embak and gendong nya. Since Rais dimasukkan dlm nursery right after dilahirkan. Tuhan jak tauk perasaan Mummy. Air mata nitis, coba nak ditahan tapi x dpt, piluk hati dapat pelok and embak Rais dalam dakapan mummy. Cepat sembuh sayang, sak cepat2 balit rumah. Daddy pun rindu nya. Doakan baby Rais Aldriq Bin Khairul Hisyam. Doakan kesembuhan yg tidak meninggalkan penyakit. Amin Ya Rabbal Aalamin. #firstbaby #1stimemom
Đọc thêm37 minggu - Sakit Ulu hati / senak atas perut
masuk hari ni, da 3 hari berturut2 rasa benda yg sama iaitu sakit hujung ulu hati / senak. Setakat ni malam hari je. sampai peloh2, muntah dan sebagainya. Sakit perut tu sampai xleh bernafas. Sakit belakang rasa macam kena siat2 kulit. semalam sampai tertido atas kerusi sbb xleh baring. sakit sangat. Baby pin tersangat active masa tu. Gerakan yg sgt obvious! 😅 Makan gaviscon pun take time utk kasi effect tapi Alhamdulillah ade juga membantu. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Kawan2 tolong doakan skali ye. Amin Ya Rabbal Alamin. #1stimemom #firstbaby #pregnancy #37minggu
Đọc thêmWeek 30, Lupa & skip makan Iberet
Saya dikehendaki makan iberet 2 kali sehari, so, biasa makan 2 jam b4 tido & 2 jam b4 breakfast. Tapi bila dah masuk week 30 ni, asik tertido and end up terlupa makan ubat sementara tunggu 2 jam before tido tu 😅 . bangun tengok2 da nak masuk subuh da. so, saya dah terskip 1 ubat. Nak tanya mommies, x pe ke kalau skali skala terskip ni? setakat ni baru 2 kali jadi mcm ni. #mohonnasihat #1stimemom #pleasehelp #pregnancy
Đọc thêmSurvey Breastpump (Wireless vs Non Wireless)
Mohon bantuan dan nasihat anda semua~ sya bekerja di pejabat & luar pejabat x kira masa. and skrg preggy 23 minggu (anak 1st). So, now tgh survey utk breastpump yg paling sesuai dgn keadaan sya yg bekerja. Boleh tolong pilih/komen/cadang mana2 breastpump yg sesuai? Sekarang pilihan saya ada 2 ni je. Wireless vs x wireless? Supermama Air atau Spectra9plus? #pleasehelp #advicepls ##bantusharing #pregnancy #1stmommy
Đọc thêmMetformin, GDM & Stress Berat Menurun
Since awal pregnancy sekarang da 19 Minggu, berat sye x naik malah menurun. I'm having these so-called unnecessary stress sebab x tau nak makan ape sbb GDM. tiap kali makan, gula melonjak naik. Selera tekak xnak makan Ayam, Daging or mana2 seafood. Sampai nangis2 x tau nak makan ape 😭Abeh, maybe babtu jugak berat turun kot. Minum strictly air kosong jek, beras pon da tuka ke Basmati. kuantiti laok pon kurang tapi gula lepas makan tetap tinggi 😅 sye da check up kat Klinik kesihatan & Doktor Pakar. Kat Klinik, dorang suruh sye pantau lagi tahap gula utk tiap2 minggu 3 kali cocok jari 😫. Kat Doktor pakar pula, dorang cakap xnak komplikasi so elak awal, dorang terus kasi ubat Metformin ni, makan half once daily. ni utk control gula dan utk elak sye stress and boleh makan. So now baru 2 hari consume, tapi makanan saya cuba ikut ape yg Dietitian sarankan. dengan harapan lepas ni xde masalah da gula ni. Cuma nak tanya, kalau kita da berjaya control gdm, perlu lagi x makan ubat ni? Kalau ye, sampai bila ye? Ade sape tau? #firstbaby #advicepls #bantusharing #anakpertama
Đọc thêmskrg baru masuk 16 minggu, semalam mak mertua buatkan kuih donut, lahai..dapnyer.. tapi lepas makan 1 biji, adui, termuntah pulak! then x dpt makan lagi dah. Pastu, pagi ni, mcm biasa makan zincofer, aik! tetiba muntah pulak hari ni, selalu okay steady jer. Pagi ni muntah macam warna kemerahan ala2 zincofer. Tekak pon sakit. 😖 sampai bila agaknya? #1stimemom #ingintahu #pregnancy
Đọc thêmSaya da dapat first dose vaksin pada 9 Mei lalu, masa tu x tau pon sedang preggy. Pastu 2 weeks later, saya patutnya pegi utk 2nd dose. Dah tibehhhh, 2 hari before nak pegi vaksin, cek UPT sbb period late 1 minggu dah. Jeng2...Alhamdulillah. Then saya terus call kat number kat belakang card vaksin tu, nak tau cara and langkah seterusnya yg patut saya buat. Call kat PPV sangat membantu, dorang terus batalkan appointment saya masa tu dan akan follow up lagi. Saya tanya samada ada 1st dose tu akan mengganggu pregnancy saya x? Dorang cakap, kalau ganggu dia xkan jadi. kira saya ni sempat la menjadi. 😄so Alhamdulillah sangat2. So 2 hari lepas, PPV call tanya bila usia kandungan cecah 14 minggu? Saya respon 1 Ogos. Then terus dia buat appointment pada 1 Ogos utk pegi vaksin utk 2nd dose. Cepat dan Pantas! 👏🏻 Ade laluan khas disediakan utk ibu mengandung, sangat cepat x yah tunggu lama2. Nurse yg bagi vaksin tu pon pastikan kita tengok suntikan tu memang ada isi, tekan habis dan jarum tu buang dlm tong sampah. Last sekali, masa bagi kad vaksin tu, PPV remind balik kat kita, kalau ade deman ke apa ke lepas vaksin nih, boleh makan panadol yg biasa (bukan actifast). Tu pon kalau betol2 x tahan. Disarankan makan. InSyaAllah, mudahan semuanya baik-baik dan dipermudahkan je. Dan semoga anak yang dalam kmdungan ni, membesar dengan sihat dan jayanya. Amin amin YRA. #kitalawancovid #Vaccinated #vaccinationday #firstpreganancy #teampfizer
Đọc thêmresult tinggi selepas minum air gula
saya bukan jenis yg makan atau minum benda manis. minum pon 90% mmg air kosong je. selalu cek gula guna yg cocok jari tu mmg result x lebih dari 6. tapi aritu puasa pastu amik darah, minum air gula. after 2 jam ambil lagi darah. didapati kandungan gula dlm badan saya tinggi utk darah yg diambil kali ke2 tu iaitu 8.2... kenape ye? mcm mana nak solve ni? Ade tips? #1stimemom #ingintahu #airgula #sangkut #11minggu
Đọc thêm