Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Baby AA Mommy
38 Weeks
Harini dah 38w 2 d, gigih amik cuti 2 minggu awal. Risau yg dlm perut ni kluar awal, tapi mcm belum ada tanda lagi ?. Takat braxton hicks ade la byk kali kena. Harap2nya, keluar lah minggu ni ye anakku. Dah tak larat dah ha ?
Gatal dan merah2.
Ade sesiapa pernah kena macam ni tak? Dah bubuh ubat doktor bagi, sekejapan je hilang gatalnya. Lepas tu, datang balik. ?
Luahan dikala 34weeks
Sejak PKP start, ade beberapa isu di ofis yg bos tak ngam dgn saya. Dan akhirnya dia meletup dan start tak cakap dgn saya. Bila saya tanya ofismate, dia kata saya byk tak inform bos utk keputusan2 company. Saya mcm ? Haaa.. Semua kita inform tp dh 3 tahun kerja dgn dia, sy tau perangai bos mcm mne. Jenis hari ni arahan lain, esok lain. Hari ni ckp lain , esok ckp lain. So nak dijadikan cerita, dia taknak confront saya depan2 atau marah saya ke kalau betul isu2 yg dibangkitkan salah saya. Dia kurangkan skop kerja saya bg kt ofismate, dan lansung tak bercakap atau balas wasap saya(berkaitan kerja). Dia hanya bg respon melalui ofismate saya. Sy bahagian akaun, so masa pkp bos masuk sekali je seminggu. So kita yg dtg kerja ni, perlukan confirmation utk release payment dan lain2 hal berkaitan kerja. Bila saya cuba teka isu2 yg dia bengang, padahal tu semua isu kecil dan saya ade reason kukuh benda tu bukan salah saya. Dan betullah instinct seorang bakal ibu ternyata betul, bile sy sje tanya ofismate, bos nak terminate saya ke? Dia angguk. Saya terkejut, sebab kita dh berhempas pula kerja dgn dia. Takpernah mnta lebih, dan pkp ni sy risiko kan diri utk dtg kerja even pregnant. Tapi dituduh mcm2 dan lebih kpd personal thing. Bos saya perempuan, jd saya tau ianya lebih kpd emotional stress. Tapi sbb sy pregnant dan dh nak bersalin, dia hold dulu. (Bos saya jenis jaga kebajikan tapi suka ungkit kebajikan yg dia bagi dgn agak kerap ?). Saya cuma berharap, sy dipermudahkan bersalin dan masa pantang nnti sy start apply kerja baru.. so naik cuti sy trus resign... walaupun hakikatnya agak sukar nk dpt kerja baru dgn ekonomi begini..
HB Low
Baru checkup KK tadi, HB turun lagi ?. Dari 1st checkup, 11 bedesup ke 9.7, ke 9.6, latest tadi 9.3 . Kalau terskip makan ubat sehari boleh effect HB ke? Sebab saya rasa ade sekali dua terlupa nak makan, buatkan HB turun. Suspen, kena amik darah kali kedua utk dibawa ke hospital. Sebab yg 1st darah utk bwk ke hospital katanya ok je, tapi takut suspek sy pembawa talasemia ?. Ade tak mommies mcm saya? HB Low, tapi sy xde simptom anemia dan okey je xde pening @ pitam ?
Selsema
Hi mommy to be, saya TERduduk dalam hujan waktu sukaneka family day.. Tak main, tapi biar je badan kena hujan.. Tak sangka lak, kena selsema ??.. Nak tanya hurix cool inhaler ni boleh pakai kan? Sbb nak makan ubat xboleh.. Setakat ni buat lemon cmpur madu dlm air suam, hilangkan batuk.. Selsema xtau nak buat mcm mne ?
Batuk Berkahak
Hi mommies, nk tny ade tak tips nak hilangkan kahak ?. Saya terbau clorox+pencuci lantai , lepas tu sesak nafas. Dah amik neb 3 kali, dh lega. Tapi kesan dri tu, bile batuk dada rasa sakit dan berkahak. Tapi kahak xnak kluar. Nak makan ubat xboleh. Ade tips tak?