Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Evap line ke positif?
Saya lambat period 32days, hari ke 20 lambat buat test negatif sampai dah jadi malas nak test, harini test lepas asar, dapat result macamni, saya tak tahu ni evap line or positif sbb naik double line ni pun lambat, tak macam anak sulung dulu kencing celup terus double line. Ni after 5mins baru naik. Sebelum ni pakai brand yg sama kalau lebih sejam dua jam pun kosong je, yang ni tetiba naik macamni. Need opinion dari semua. Terima kasih.
Deposit dan kos bersalin di HKL baru
Hi, saya in shaa Allah ahad ni kena serah diri di hkl. Ada tak mommies yg ada pengalaman bersalin di hkl baru, berapa deposit and caj yang dikenakan? Nurses and doctors dekat sana okey tak?
36weeks with GDM
Harini genap 36weeks and tadi check kk doc cakap baby macam besar sbb 36weeks dah 3.1kg and air ketuban 18. Kalau terberanak awal nanti baby kena inject untuk matangkan paru baby juga ke ya?
Scan tak nampak muka baby
Hi nak tanya, ada tak sesiapa yang tiap kali scan tak nampak muka baby? Bukan sebab baby tutup muka pakai tangan tapi baby pusing muka menghadap belakang. Saya dah dua tiga kali scan even time detail scan muka baby tak nampak sebab baby punya muk asyik menghadap belakang perut. Normal ke eh? Takut pula kepala nya asyik menghadap belakang gitu 😭
Pengalaman ‘Migrain’ Trimester 1
Hi all, saya baca ramai juga yang post tentang migrain ketika pregnant. During end of my first trimester, saya mengalami sakit kepala yang teruk. Sebelah kiri, kadang-kadang one whole kepala sampai ke bahu pun rasa sakit. Banyak kali MC sebab kerja saya menggunakan komputer. Saya jumpa empat orang doc termasuk doc kk. Semua doc berpendapat yang sama, waktu pregnant kita tak boleh declare sakit kepala tu as migrain selagi tak buat pemeriksaan secara detail (mri, dan lain-lain). Kalau sebelum kahwin pun ada sakit kepala doc akan tanya dah ada buat mri ke untuk declare you migrain sebelum ni. Dua daripda doc hanya beri saya panadol biasa as ketika pregnant kita tak boleh makan sebarang ubat, ada seorang sahaja doc yang bagi saya makan trimadol, all the pain hilang, tapi trimadol tak sesuai dengan saya sebab saya mula rasa side effect dan terus stop. According to doc, punca sakit kepala time pregnant ni banyak, antaranya adalah : 1) mual-mual dan muntah 2) kurang minum air 3) hormon pregnant 4) stress tempat kerja/keluarga/dll 5) power kerabunan bertambah Waktu sakit tu menyerang most of the time saya berdiri lama bawah shower, tidur sambil sapu minyak angin/bungkus ais dalam towel dan tidur sambil tuam kepala, tutup lampu bilik dan elakkan main hp dalam gelap. Saya amalkan buah kiwi dan air panas bagi elak rasa loya/muntah. Alhamdulillah sekarang dah tak ada sakit kepala melainkan kalau kerja saya banyak. If ada problem di tempat kerja/keluarga belajar untuk share perasaan instead of memendam perasaan. Alhamdulillah suami saya banyak membantu juga dalam proses ni dan sekarang dah masuk trimester kedua dah boleh berkerja dan memasak macam biasa. Kepada ibu-ibu lain, phase kita mungkin berbeza, be strong dan saya doakan rasa sakit anda cepat hilang ♥️😊