

Hai mommies, saya ada sedikit kerisauan disini. Saya baru je bersalin pada bulan disember 2022 lepas secara ceaser. Selepas baby saya masuk 3 bulan, period datang buat kali pertama iaitu masa bulan puasa (hujung bulan mac). Sekarang dah mei, period saya lewat 5 hari. Ada kemungkinan ke saya pregnant lagi? Atau normal lepas bersalin period jadi tak teratur. Sebab sebelum pregnant dulu period saya teratur je. Saya tak ambil apa apa perancang. Merancang sendiri guna kaedah kira kalendar & buang di luar. Saya takut nak check guna upt tu. #firstmom #ingintahu
Đọc thêm



Kesan selepas suntikan perancang (Depo)
Hi mommies semua! Saya ambil suntikan depo 1st dose 3/3/2023, lepas suntik saya tkde masalah apa apa. 29/3/2023 saya start period, period darah banyak sangat dan tempoh period lama. Masuk hari ke-16 start keluar spotting warna coklat, masa ni bulan puasa so saya puasa solat je macam biasa. 17/4/2023 saya start period balik, sama macam period sebelum ni. 2/5/2023 completely kering, spotting ke darah ke semua sampailah 4/5/2023 start keluar spotting balik. Normal ke macam ni? Naik rimas kena pakai pad selalu, sampai melecet 😭 Saya ambil suntikan depo ni sebab nak pasang implanon. Implanon dengan depo kan guna hormon yang sama, kalau period ni maksudnya saya tak sesuai ye dengan perancang ni? Dengar kata kalau kita suntik depo memang takkan period langsung. Boleh tak mommies semua share experience tak? #firstmom #firstbaby #bantusharing
Đọc thêm


