Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
25606 Người theo dõi
Makanan bayi
Boleh suggest tak makanan bayi / serbuk perasa brand apa yg okay untuk bayi 6bulan
Accident time pregnant
Hi mommies, nak tanya ada tak yang berpegalaman accident time pregnant? Baby dalam kandungan okay tak after bersalin? Saya dah ke emergency semalam after accident so far scan baby okay masih bergerak. After discharge from A&E tu rasa ada lendir putih keluar sikit. Normal ke
CARA BUAT BUBUR NASI BAYI 6 BULAN
Hai mommies semua nak tanya cara buat bubur cepat dan mudah macam mana ye buat bubur sesiap simpan stock atau blend sahaja beras bila2 nak makan buat terus? Apa pro n con ye bole bagi pandangan?#firstbaby #ingintahu #pleasehelp
Suami tk faham
Macam mana ya nak jadi orang paling penyabar. Saya semenjak beranak allahu terlalu stress. Tak terurus kehidupan saya dah. Mana nk urus anak, rumah, suami lagi😔 saya penat dengan suami saya, asyik lepaskan tekak dia je, mudahkan dia je. Dia je nk rileks. Dia je penat. Yela dia bekerja, saya suri rumah je.. tapi suri rumah lagi penat dari bekerja. Dia betul betul tk terfikir nak bagi saya rehat. Taknak me time pergi spa apa pun, cuma nak berehat 2 jam tanpa gangguan. Seminggu ni anak asyik nak dengan saya je. Saya faham la. Sebab dia bf, baby fully bf mmg extra manja dengan mak nya kan. Senang cerita ngempeng jela. Asal nak tidur je kena menangis, setakat ngempeng kadang kadang tak jalan utk dia tidur. Kena berdiri dodoi dodoikan. Mmg seminggu ni dia nak tidur je nangis, mmg susah tidur maybe sebab baru baik demam. Tapi suami saya langsung tk faham saya.. saya penat lah. Dia balik makan, main phone isap rokok, main dengan anak 10 minit. Anak nangis je terus bagi kt saya. Kkdg saya dah terlampau penat, yela dari pagi anak nak melekat je dengan saya. Mana tekejar kejar nak masak, nak kemas rumah, sidai baju, kkdg saya buat kerja rumah pakai carrier dia. Saya buat je kerja rumah sambil dukung dia dalam carrier. Menyapu ke memasak ke, dukung je asalkan dia tk nangis. Sbb nangis mcm kena pukul sangag sangat. Anak nangis bukan sentiasa nak menyusu, kkdg nak dukung, nak dodoi. Tapi suami saya terus bagi kt saya bukan dia nak try dodoi dulu. Saya penat sangat, smpai kkdg nak terpukul anak. Klau x boleh nk tlg jaga anak at least tolong la settelkan kerja rumah. Tk byk pun at least dpt la ringankn beban saya.. ni tak, balik kerja makan main phone hisap rokok. Klau dia tlg lap meja mkn lepas dia mkn pun jadi lah. Makan dah la berterabur, dia macam mana eh nak ckp seolah olah macam semua nya dia tunggu sayaa yang buat. Padahal benda simple, dah makan lap. Saya ni makan pun rushing rushing. Buat air milo pun tk sempat minum. Dah la dia tak bagi saya nafkah apa apa. Dia bagi 50 ckp terima kasih pun saya dah terima kasih sangat sangat. 10 ringgit pun tkpa, asalkan dia ckp terima kasih tlg jaga anak jaga rumah. Ni dah lahtk bagi apa apa, macam raja pulak perangai nya.. dah tahu tk mampu bagi dari segi kewangan, ringankan la beban beban yang ada. Ty
Bayi 5 bulan
Normal ke die berak sehari 2-3 kali ? Kdg tu ciput jaa kdg bnyk skit ... Najis die mcm ni
SUKA HEMPAS PINTU
saya taktau la, saya cuma nak meluah. ada sorang ni orang dalam rumah perempuan (malas nak mention) dia ni satu2nya suka hempas pintu, tapi saya tak nampak antara dia sengaja atau memang perangai dia macam tu, kalau ada angin kuat pun mcm dia tak berhati2 takut kot2 pintu tu terhempas.. kadang dia masak g dapur pun bunyi dapur pung pang pung pang , nak buka peti sejuk pun sampai tsenget peti sejuk tu dari asal.. aku tak tau la orang jenis dia ni, saya ada anak baru nak masuk 6 bulan, mmg start dari baby anak sy terkejut je dengar bnyi busing yg smua dia buat tu.. saya ni memang jenis tak suka tegur orang, saya malas nak gaduh.. KORANG ADA PENGALAMAN TAK ORANG JENIS MACAM NI? ke saya yg brmasalah tak suka dengar dia buat bising tu tapi saya ada baby kot.. 🥲
Baby 5 bulan demam
Hi mommy2. Nak tanya baby 5 bulan dah boleh mkan ubat ke ? N dah bole bilas ngan air masak tak
Anak kurang menyusu
Hari ni anak saya kurang menyusu, hisap tak sampai 5 minit kemudian lepas. Ganti hisap jari pula, anak 5 bulan lebih. Normal ke ye? Risau berat turun je. Berak pula sejak kebelakangan ni cuma sikit macam sesudu je, bila kentut keluar sikit najisnya.
Baby 6 bulan 4 hari
Nak tanya normal ke baby yang baru mula makan tak berak..Dh masuk 5 hari#pleasehelp
Sayaa nk tanya , saya bg bubur nasi kt baby ,lps tu kita kene bagi air masak ke lps makan tu?
#firstmom #seriusnanya #bantusharing