fatin nadyra profile icon
Kim cươngKim cương

fatin nadyra, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu fatin nadyra

Be kind❤️

Bài đăng(18)
Trả lời(7048)
Bài viết(0)

#NotaSusu dr Lactation Counselor

#notasusu BAYI TIDAK BUANG AIR BESAR HARI HARI?? NORMAL bayi menyusu susu ibu tidak berak hari hari up to 14 days. Pastikan :- anak ada kentut ✅✅ - kentut adalah signal perut anak yang sihat. Anak tidak berak KERANA segala zat dan nutrisi di serap terus ke dalam tubuh anak. Berbanding susu formula. MasyaAllah hebat kan susu ibu ni?? Sebab itu kami galakkan untuk ibu ibu troubleshot masalah penyusuan JANGAN terus mix feeding kata anak tidak cukup susu. Jangan salahkan rezeki kata tidak ada rezeki sebenarnya ibu ibu boleh troubleshoot masalah ibu ibu sebelum buat andaian sendiri.

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

Penerangan tentang Chemical Pregnancy oleh Doctor Imelda Balchin

Many people have asked me about a chemical pregnancy. A chemical pregnancy is simply a very early miscarriage. If your urine pregnancy test(UPT) is positive, it is more than 99% accurate that you are pregnant. If you had bleeding a few days later and then a repeat UPT test becomes negative, this means you had an early miscarriage. Personally, I do not like the term ‘chemical pregnancy’, because it is as if there is a denial a real pregnancy happened and that pregnancy had miscarried. Personally, I think it is much better to say that you had a ‘miscarriage’ even though it was never seen on an ultrasound scan. This is because A POSITIVE UPT confirms a pregnancy. This is because the false positive rate is so low, less than 1%. Thus A POSITIVE UPT is more than 99% accurate that a pregnancy has occurred. A UPT detects the HCG hormone produced by the embryo. False positive is very rare and can occur if you had a tumour which produces HCG hormone or if you had HCG treatment. Thus, many women may have had miscarriages that they didn’t know happened, because they thought their periods were a few days late and they never did a urine pregnancy test, so they did not know that they were pregnant. Miscarriages are more common than you think and can happen to any healthy woman. Can you imagine, in the past, how pregnancies were diagnosed without the UPT kit that you could buy and use at home? The UPT was only invented in 1967, but it was not until 1976 before the home UPT kits were approved and sold to the public. Many more women before 1976 had miscarried without knowing they were even pregnant because they never had a home UPT kit. Before 1967, they used the ‘frog test’ to test if a woman is pregnant. The female African Clawed Frogs responded to the HCG hormone in a pregnant woman’s urine. When a pregnant woman’s urine is injected into the back of the skin of a female African Clawed Frog, the frog would ovulate and release frog eggs within 18 hours. If the urine of a non-pregnant woman is injected into the frog, then no frog egg would be released. This is a highly accurate test. Aren’t we lucky today to have the home UPT kit that you could buy from the shops, and we don’t have to wait 18 hours to see if the frog laid eggs. I am certainly very grateful that my job as a Gynaecologist is so much simpler today 😅

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Nota dr Lactation Counselor

SAIZ CORONG BREAST PUMP - Info penyusuan yang penting untuk IBU MENYUSU Pay attention kepentingan tentukan size corong yang bagi isteri yang bekerja atau yang memerlukan pam untuk bantu penyusuan. Salah saiz corong akan mengakibatkan banyak masalah seperti:- 1. Ibu sangka susu dia sikit. 2. Blocked ducts sebab suction tak efektif. Boleh lead to mastitis. 3. Puting melecet. Luka. 4. Boleh drop penghasilan susu jika tiada hisapan dari bayi. Bergantung kepada pam sahaja. Sebab apa CekMa share, sebab ibu Induce Susu /EpMom memang bergantung banyak pada pam sepanjang proses Induce Lactation / proses menyusu. Info ni terpakai untuk ibu menyusu selepas bersalin juga ibu-ibu angkat. Tapi untuk CekMa, CekMa lebih suka marmet dari pam. Sebab dia lebih efektif selepas hisapan bayi. Pam jatuh no.3. Tapi siapa nak guna pam, please invest guna pam yang sesuai size corong, yang kita selesa dengan suction pattern dan level dia. Gadget sepatutnya memudahkan. Bukan membantutkan, menyakitkan apatah lagi menstresskan. Ada juga yang buat sewa untuk yang nak cuba dulu sebelum beli. Paling penting, feed the baby. Not the freezer. Jauhi ajaran yang melampaui batas sehingga akhirnya ibu terbeban dan kena fikir pula nak buat apa dengan susu yang nak expired. Prevention is better than cure. Dan pam hanya bila bayi tiada di sisi. Itu sepatutnya. Hopefully this helps since ramai tanya soalan ni kat CekMa beberapa hari ni☺️ Jangan tanya CekMa brand apa bagus, pam ape yang CekMa suggest and so on. Bila jawab it is subjective ada yang bitter😖 Allah jadikan kita berbeza jadi macam mana la nak tahu yang terus ngam dengan awak☺️ Tak ada brand yang fits all. Sebab tu la CekMa came out with this rental breastpump service since 2018 kerana jahilnya ILMU i bought myself 30 jenis pam yang berlainan brand 😖😫😭 DAN NOW CekMa buka kelas apa yang patut kita cakna dalam pemilhan breastpump supaya ibu kat luar sana jangan repeat my stupid mistake☺️ Harap ramai la rajin membaca dan join kelas kelas dari nak kena suap je🤭 #CekMa Breasfeeding , Cry and Sleep Counsellor #notasusu #pccekma

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

Bolehkah ibu hamil berpuasa part 2

Semalam saya bagi nasihat kepada patients saya berbuka puasa sebab mereka ada masalah kehamilan dan saya nasihatkan mereka berbuka puasa untuk kesihatan diri sendiri dan kesihatan bayi di dalam kandungan, walaupun mereka kata mereka masih ada daya kekuatan untuk terus berpuasa. Tetapi ada beberapa netizen buat komen memberi pendapat sendiri. Saya mohon anda semua JANGAN memberi pendapat diri sendiri di laman saya tanpa merujuk kepada Fatwa, dan saya terpaksa delete anda yang membuat komen yang memberi nasihat yang tidak betul. Wanita hamil pun WAJIB berpuasa tetapi diharuskan membuka puasa jika bimbang kesihatan diri sendiri dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jika berbuka puasa sebab bimbang tentang kesihatan anaknya sahaja maka diharuskan buka puasa tetapi Wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan kena bayar fidyah. Siapa yang memandai-mandai kata semua wanita hamil tak payah puasa , saya delete komen anda. Bacalah balik keterangan mufti. Wajib berpuasa kecuali jika bimbang tentang kesihatan diri sendiri atau kesihatan anak. Saya tak pernah pun memberi nasihat yang am kata semua wanita hamil tak payah berpuasa. Untuk semua patients ibu hamil saya, saya akan membuat pemeriksaan dan penilaian kesihatan INDIVIDU sebelum saya beri nasihat boleh berpuasa atau tidak. Ada ibu hamil patients saya yang boleh berpuasa dan ada ibu hamil patients saya yang saya nasihatkan jangan berpuasa. Siapa yang memandai-mandai kata tak payah menggantikan puasa, boleh memilih-milih nak bayar fidyah saja, maka saya juga delete komen anda. Rujuklah kepada mufti, jangan beri pendapat sendiri. Jika Fatwa setiap negeri berlainan, anda ikutlah negeri masing-masing tetapi janganlah jadi makcik bawang yang suka buat palatau memberi pendapat sendiri di laman saya. Saya sertakan rujukan mufti Wilayah Persekutuan di sini. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1868-al-kafi-434-hukum-perempuan-hamil-berpuasa Untuk ilmu pengetahuan anda semua, wanita hamil yang ada GDM on diet atau ubat metformin yang tidak boleh mengawal bacaan gula di dalam darah selepas berbuka puasa, apa akan jadi bila berbuka puasa ialah bacaan gula yang mencanak naik terlalu tinggi dan ini membahayakan kesihatan anak di dalam kandungan walaupun anda rasa anda tiada masalah berpuasa dan diri anda rasa OK. Kalau boleh control bacaan gula selepas berbuka puasa maka saya membenarkan patient saya berpuasa. Kalau bacaan gula di dalam darah naik terlalu tinggi, saya nasihatkan jangan berpuasa, ganti puasa pada hari yang lain DAN bayar fidyah. Untuk patients saya yang terpaksa ambil ubat insulin, saya bukan hanya bimbang bila buka puasa gula mereka juga naik terlalu tinggi dan perlukan dos insulin yang lebih tinggi supaya tidak memudaratkan anak di dalam kandungan, saya juga bimbang ibu boleh dapat hypo bila berpuasa dengan suntikan insulin dan gula di dalam darah ibu menjadi terlalu rendah yang boleh membahayakan ibu. Bacaan gula di dalam darah mereka boleh naik-turun-naik-turun macam YOYO dan ini boleh memudaratkan kehamilan. Ini semua perlukan perbincangan dengan doktor anda sendiri jika anda boleh berpuasa. Jangan tanya saya sebab saya bukan doktor anda. Pi jumpa doktor anda sendiri untuk penilaian kesihatan anda dan anak di dalam kandungan. Jika anda nak baca ulasan saya tentang berpuasa semasa hamil, boleh baca di sini: https://www.facebook.com/679746658/posts/10154619862696659/?d=n Kalau hangpa takmau ikut nasihat untuk diri sendiri itu atas diri masing-masing, tetapi jangan beri nasihat yang salah kepada orang lain di laman saya. Apa yang anda nak ikut untuk diri sendiri, itu terpulang kepada anda, tetapi jangan beri nasihat yang tidak betul di laman saya. Saya pantang penyebaran auta di laman saya. Bila followers dah 586K, jadi saya ada tanggungjawab membetulkan apa yang tidak betul atau saya terpaksa tutup public komen. Kadang-kadang saya terpaksa tutup public komen dan membenarkan hanya sahabat FB awesome memberi komen. Platform saya tidak boleh dipergunakan untuk penyebaran mitos, auta atau khurafat. Gunakanlah media sosial dengan tanggungjawab, untuk kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Jangan gunakan media sosial untuk memudaratkan orang lain. Terimakasih. Dr Imelda Balchin

Đọc thêm
Bolehkah ibu hamil berpuasa part 2
 profile icon
Viết phản hồi

Bolehkah ibu hamil berpuasa?

Hi mommy, bulan puasa dh nak dekat kan? Mesti ramai yg tertanya2. Bolehkah ibu hamil berpuasa atau puasa ganti? Mommy boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Semoga bermanfaat utk semua mommy ya❤️. Bulan Ramadan dah nak dekat. Ramai ibu hamil yang datang ke klinik saya tanya, “Doktor Imelda, saya boleh berpuasa ke tidak?” Saya jawab boleh tetapi kena ada 6 syarat-syarat ini: 1) Jangan tinggal sahur. Bukak puasa on time. Kajian perubatan luar negara telah menunjukkan bila tempoh puasa itu berpanjangan, sebagai contoh pada musim panas di negara berdekatan dengan kutub utara di mana waktu siang sangat panjang dan waktu malam sangat pendek, mereka mula lihat masalah pembesaran janin di dalam kandungan. 2) Bila buka puasa, pastikan anda minum secukupnya 8 gelas air di antara buka puasa dan sahur. Jangan benarkan badan ibu hamil mendapat dehydration. Sebagai contoh: 2 gelas bila berbuka puasa 1 gelas selepas solat maghrib 1 gelas selepas solat Isyak 1 gelas selepas solat Terawikh 1 gelas sebelum tidur 1 gelas bila bangun pagi 1 gelas sebelum tamat Sahur 3) Bila berpuasa, berikan perhatian kepada kemampuan diri sendiri, dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Wanita yang hamil, walaupun tak makan, akan terus menyalurkan khasiat dan tenaga kepada janin di dalam kandungan dari darah ibu hamil melalui uri placenta. Maka semasa berpuasa, kandungan glukosa di dalam darah ibu yang hamil akan jatuh lebih rendah dari kandungan glukosa di dalam darah wanita yang tidak hamil. Maka, jika ibu hamil berpuasa rasa loya, hendak pitam, muntah, terlalu letih, maka tak payahlah teruskan berpuasa, boleh buka puasa. Berpuasa pada bulan Ramadan untuk ibu hamil itu wajib kecuali jika ibu hamil bimbang tentang kesihatan dirinya sendiri atau bimbang tentang kesihatan janin di dalam kandungan. Dibolehkan buka puasa, tetapi kena ganti balik puasa pada hari lain. Ada ulama kata kena bayar fidyah, ada ulama kata tak perlu bayar fidyah bergantung kepada buka puasa sebab bimbangkan kesihatan ibu atau buka puasa sebab bimbangkan kesihatan anak. Kebanyakan ibu bimbang kesihatan kedua-dua sekali sebab kesihatan janin di dalam kandungan bergantung kepada kesihatan ibu. Kalau tak pasti, tanya ulama, atau buat kedua-dua fidyah dan ganti puasa. Yang tu saya tak bincang di sini, saya hanya bagi nasihat perubatan. 4) Jika anda berada dalam trimester ketiga, iaitu 28 minggu ke atas, jangan lupa memberi perhatian kepada pergerakan janin di dalam kandungan bila berpuasa. Jika ada perubahan yang membimbangkan dari segi pergerakan janin di dalam kandungan atau reduced fetal movements, maka bukalah puasa. Jika pergerakan janin masih juga tidak aktif selepas buka puasa, sila pergi ke hospital. 5) Jika anda ibu yang ada GDM on diet control yang tak perlu rawatan insulin, cabarannya ialah memastikan bahawa bacaan glucose BSP anda 2 jam selepas sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa tidak melebihi 6.7. Kita tak perlu check bacaan pada waktu siang bila berpuasa untuk ibu yang tidak perlu rawatan insulin tetapi kita bimbang adakah anda boleh kawal nafsu nak makan berbagai makanan manis bila berbuka puasa dan adakah anda boleh kawal nafsu makan berlebihan. Anda mesti check sendiri Self-Monitoring of Blood Glucose dan jangan abaikan. Jika tak boleh kawal nafsu makan terlalu banyak masa berbuka puasa sehingga bacaan gula naik tinggi mendadak sampai memerlukan rawatan suntikan insulin, maka lebih baik tidak berpuasa. Kenaikan gula dalam darah yang tiba-tiba tinggi selepas berbuka puasa boleh memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan. Lebih baik tidak berpuasa jika anda lebih berjaya kawal pemakanan yang tidak berlebihan sekaligus dan kawal glukosa di dalam darah dari berpuasa tetapi tidak boleh mengawal makan bila berbuka puasa. Ibu hamil yang ada GDM mesti berdisiplin dengan pemakanan sihat dan seimbang dan tidak berlebihan semasa berbuka puasa dan mesti memastikan bacaan glukos SMBG 2 jam selepas makan tidak melebihi 6.7. 6) Paling penting sekali, anda sudah tanya doktor anda sendiri jika anda patut berpuasa. Saya sudah pun memeriksa dan menilai kesihatan ibu dan kesihatan janin di dalam kandungan dulu sebelum saya beri nasihat 1-5 diatas untuk pesakit saya. Maka semua ibu lain mesti dapatkan penilaian kesihatan dari doktor anda dulu dan jangan bertanya anda boleh puasa ke tidak dari saya di media sosial atau dari doktor yang tidak pernah melihat anda. Siapakah ibu-ibu hamil yang saya bagi nasihat JANGAN berpuasa? A) Diabetes yang tidak terkawal dan memerlukan rawatan insulin B)Ibu-ibu yang ada Risiko Tinggi untuk mendapat masalah darah beku dalam saluran darah (venous thromboembolism). Sebagai contoh morbid Obesiti. C) Ibu hamil yang pernah dapat venous thromboembolism, perlukan suntikan ubat mencairkan darah setiap hari semasa hamil. D) Ibu hamil yang ada ovarian hyperstimulation syndrome E) Ibu hamil yang ada pre-eclampsia F) Ibu hamil yang ada penyakit buah pinggang dan proteinuria, G) Ibu hamil yang lumpuh tidak boleh berjalan yang ada lebih Risiko masalah pengaliran darah. Ini ialah kerana darah yang pekat akibat dehydrasi boleh meningkatkan risiko venous thromboembolism kepada ibu-ibu hamil ini. H) Ibu hamil yang muntah-muntah I) Ibu hamil yang ada pendarahan J) Ibu hamil yang demam K) Ibu hamil yang ada masalah pembesaran janin di dalam kandungan atau ‘fetal growth restriction’ L) Ibu hamil yang ada kehamilan kembar dua, tiga atau lebih. Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan tanya saya di media sosial meminta pendapat peribadi untuk anda boleh berpuasa atau tidak, sebab saya tak pernah memeriksa anda dan tak pernah menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan. Jumpalah doktor anda dan tanyalah doktor anda. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa Terimakasih, Dr Imelda Balchin.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
 profile icon
Viết phản hồi