Birthclub: Disember 2022 icon

Birthclub: Disember 2022

25949 Người theo dõi

Hỏi & Đáp
Thành viên VIP
Jeluak / Regurgitasi* 'Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?' Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut 'muntah', meskipun anak mereka sebenarnya jeluak. Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang 'effort'. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je. Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah. Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah 'burp'kan bayi anda, dia tetap jeluak. Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides). Salah satu fungsinya ialah' anti adhesive antimicrobial'. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita. Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan 'membasahi' saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO. Dan saluran ini akan 'terpelihara' daripada kuman-kuman ini. Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media). Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut. Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit). Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni. On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal. 1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting) 2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile) 3. Ada darah dalam jeluak/ muntah. 4. Darah dalam najis 5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan. 6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun. Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya! So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the 'bau masam' experience! Dr Saleh. Rasa nak jeluak pulak ni. #justsharingncopy&paste
Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
normal. tapi baby awak hanya dapat susu awalan/cair iaitu susu FOREMILK awak sahaja. susu ni hanya dpt menghilangkan dahaga baby awak. nak naik kan berat baby awak, awak kena bagi baby minum susu akhir/pekat awak juga iaitu HINDMILK. https://vt.tiktok.com/ZS8tJG4Cc/ mcm mana nk dapat susu HINDMILK ni. 1) dekatkan jarak penyusuan awak. 2) jangan kerap ubah posisi breast semasa baby menyusu. mean kejap kiri kejap kanan. kena tunggu sampai baby awak lepas sendiri breast awak. bagi baby menyusu 15-20minit utk satu sesi. 3) kalau awak jenis susu byk, awak marmet sedikit susu awalan awak dlm 2min dulu sebelom feeding que baby awak. kemudian baru bg baby directfeed.
Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
Xem thêm bài viết