Jeluak / Regurgitasi* 'Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?' Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut 'muntah', meskipun anak mereka sebenarnya jeluak. Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang 'effort'. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je. Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah. Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah 'burp'kan bayi anda, dia tetap jeluak. Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides). Salah satu fungsinya ialah' anti adhesive antimicrobial'. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita. Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan 'membasahi' saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO. Dan saluran ini akan 'terpelihara' daripada kuman-kuman ini. Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media). Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut. Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit). Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni. On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal. 1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting) 2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile) 3. Ada darah dalam jeluak/ muntah. 4. Darah dalam najis 5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan. 6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun. Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya! So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the 'bau masam' experience! Dr Saleh. Rasa nak jeluak pulak ni. #justsharingncopy&paste
Đọc thêmJeluak pada baby
Normal ke baby jeluak macam ada lendir2 sikit#pleasehelp #firstbaby
i'm da simple person ✌