Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
33109 Người theo dõi
Sebelum ni minum dugro , okey tiba ii cirit . Tukar lactogen still cirit cuma berkurang dh sikit
Adakah susu tak sesuai ?
Bayi 3bulan boleh pakai stoking sepanjang hari ke?sbb baby saya boasa menggigil je
Mitten booties atau stoking boleh pakai sepanjang hari?
Najis bayi prolonged jaudice
Hai ibu2, sorry kalau gmbar menjijikkan. Mau tanya kepada ibu2 yang ada pengalaman anak prolonged jaudice, najis bayi kamu colour mcm ni x? Anak sy lahir cukup bulan. Tapi bacaan hati xnormal. Mau tanya? Pada pandangan kmu, najis ni colour pucat atau kuning normal?
Upt test negatif
Hi nak tanya saya dah lewat period 4 hari tapi bila check upt test negatif, adakah terlalu awal untuk kesan kehamilan?
Kelambu nyamuk untuk buaian baby
Adakah selamat kita cover buaian guna kelambu nyamuk?
Normal ke baby tiga bulan tukar Pampers 3kali sehari tu pun tak full
sblum ni baby saya kuat kencing dan pampers dia selalu tukar shari 6kali tapi masuk 3bulan ni dia kurang kencing lepas tu pampers dia tiga kali shari je tukar tu pun tk full... adakah tu normal? #pleasehelp #firstmom
Baby 3 bln fully fm blh tau knp momy2 blh share pngalaman knp ank mcm tu
Asslamualaikum
IBu SUSUAN
Susu badan saya terlalu banyak. Pagi sahaja boleh dapat 200ml. Jam 9@10 pagi, dalam 120ml.jam 12 tgh hari, 150 ml, petang 60ml,malam 120 ml mcm tu.memang buang² sbb baby saya girl.teringin ny nak jadi ibu susuan.kenapa ya ada perasaan mcm ni...
Botol Susu Baby
Asalamualaikom,nak Tanya sikit,baby saya nak masuk 3bulan,botol susu saiz oz berapa sesuai untuk bagi ye?
Czer tak sakit, tapi hati lagi sakit.
Luahan hati yg membuka aib diri. Sepanjang pregnancy, suami melanggan perempuan melalui MiChat. Bila saya tau dan tanya, suami sering menafikan. Sedih, sepanjang pregnancy, sy simpan marah sbb ditipu hidup². Tapi, tulah, sy terlalu penyabar dan pemaaf. Sy teruskan utk bertanya, dan bila masih dinafikan, saya diam. 9 bulan berlalu, tepat 40weeks, saya mula rsa 1st contraction waktu 12am (1st time mom). Saya start timing dan esoknya jam 11am, serah diri dekat hospital. Pendek cerita, smpi lah 4pm, bukaan sy 2cm shj dan diberi ubat induce. Doc ckp, besar kemungkinan hari esoknya dlm tghr mungkin baru baby keluar. Waktu ni, contraction makin kerap, tp sy tak rse sakit dah waktu tu. Sbb suami dah mula perangai pekik mcm setiap kali dia melanggan. Dia terus ckp sofa bed hospital tak selesa, dia nak tidur dekat rumah dulu, nak melepak dgn kawan² (suami rakde kawan), nak blk kemas rumah suapay anak selesa (sedangkan saya dah kemas sblm dtg ke hospital). Dr katil sy, sy nampak dia msj dgn perempuan lain. Sy login akaun Michat dia melalui hp sy, dan sy nampak bnde² yg sedih.. di mana dia, menawar harga utk melepaskan nafsu, dan yang perempuan pula, bukak harga macam² beri pakej servis yg ditawarkan. Sakit dan pedih hati tu, lagi teruk dari sakit contraction.. saya terus bgtau dia, sy tau dia tgh msj bukan².. dlm sy contraction.. kami berbalah seketika... kata² maaf bila dah kantoi? Tiada.. tapi disalahkan lagi sy sbb mengandung.. bila sy mengandung, dia takut nak usik, risau sy sakit katanya sbb tu mkn luar.. sedangkan, kami kerap juga bersama sepanjang sy mengandung.. stress sy pada haritu, tak tenang nak fokus pada contraction dan akhirnya anak sy pon stress dan berak dalam rahim.. terus masuk OT dan czer.. husband sy? Sy maafkan, tp.. curiga tu, bnyk.. rse mcm dia dah berubah lebih baik lepas anak keluar, tp.. sy masih ragu².. anak? Alhamdulillah, membesar dgn sihat mcm jaguh, baby boy.. dah 3 bulan lebih dah dia.. muka sebijik ayahnya.. aiyoooo.. berdoa sgt perangai nya tak sama, biar sama dekat muka je.. jgn lah sakit kan hati perempuan anakku.. jagalah, dan tanak lah dgn penuh kasih sayang isterimu kelak.. amin amin.. Sorry la kalau mommies pening baca, bnyk sgt yg sy lalui, smpi bila pendekkan cerita tu, tak sedap jd ceritanya, caca marba.. tapi betul, sakit lagi hati saya, dr sakit czer tu.. smpikan day 7 pantang pon sy dah masuk dapur dah, vaccum rumah, mop lantai.. sbb rse sakit czer tu takde.. hati sy yg terlalu sakit....