Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
21042 Người theo dõi
Pendarahan
2 hari lepas saya bleeding keluar darah fresh. Titik2 tapi kalau kumpul 4 5jam dia akan jadi tompok besar permukaan pad tak tembus. Dah pi emergency pac, doktor kata darah tu tak banyak pun. Bila scan kantung ada, janin ada tapi samar2 kalau ukur size baby dah 8 weeks xada heartbeat lagi. Dr kata itu threaten miscarriage, atau tengah implementation baby tgh growth, ataupun kandungan tak menjadi. Semuanya 50/50...dr suruh balik, bedrest, p scan lagi 2 minggu. Saya tanya dh Dr bila darah akan stop, dr kata xakan berhenti suruh pantau je darah tu selagi tak penuh pad n kalau dh banyak sgt sampai keluar something dan pnuh tilam then pergi hospital terus. Skrg darah masih lagi keluar tapi titik2 je tak penuh pad, tak ada rasa krem, cuma rasa mcm perut rasa angin2 n kentut2. Saya sblm anakyg 1 dah pernah miscarriage tp tak pernah yg turun darah gini. Siapa pernah ya mcm ni, ada harapan ke baby ok? tlg bg kata2 semangat juga....
NAK AIR TEBUUUUUU 😭
saya pregnant 3bulan sudah . boleh minum air tebu ke . craving gilaa 😭#bantujawab #bantusharing
Share info
Siapa yang makan folid acid sampai sekarang(trimester 3) then obimin die xmakn Sebb xserasi?
First mom share lah journey korg
Ape yang kesan korang rasa bila makan acid folid dan obimin? Mana satu ubat korang stop makan bila kesan tu berlaku?
Scan scan yang penting..
Hi mommies nt scan Dan nipt test penting tak?
Makan muntah balik
Hi mummies, ada x yg nk share pengalaman, saya berselera makan, tapi x sampai setengah jam, makanan tu keluar balik semua, minum air pun muntah, biskut kecil pun muntah. Nak buat macam mana ya selain makan ubat tahan muntah? Kepala jadi kerap pening, tubuh kadang2 jadi x larat.#SeriusTanya
13week 1 hari
Sy dh 13 week 1 Hari.. perut Kanan sy cramp.. Ada X pernh yg mengalami mcm sy..adakah normal?
Alahan carbs
Tumpang tanya mommy semua. Saya sekarang pregnant 12w. Masuk trimester kedua ni baru morning sickness saya datang. Sekarang saya tak boleh nak makan carbs langsung. Nasi, mee, pasta, tepung semua saya tak boleh nak telan. Tengok nasi pun terus rasa nak muntah. Takpe ke kalau saya cuma makan protein & buah-buahan sahaja. Cukup ke nutrien untuk baby. Bila tak lalu nak makan ni pun berat turun drastik. Last week turun 3kg. This week turun lagi 2kg. HB LOW, tekanan darah pun low. Ini punca sebab saya tak cukup makan ke? Ni first time saya kena alahan sampai lembik badan macam ni. Anak sulung dgn second dulu saya tak kena alahan langsung. Tca saya next week. Mommy boleh tak suggest any supplement ke yang boleh bantu tambah tenaga. Tq in advance semua.
Dah lebih seminggu batuk
Hi mommy, sya dari awal kehamilan smp skrg batuk je. Dah banyak makan ubat batuk tetap tak sembuh. Batuk kuat smp terkencing2 dan tak boleh tidur malam..risau baby dalam kandungan je..ada sape2 boleh suggest ubat atau makanan dapat sembuhkan batuk.
Tulang pinggul sakit sangat.
Hai mommy. Ada tak yang macam saya? Sakit sangat kiri dan kanan. Bila tidur je sakit sebab tidur mengiring. Saya dah 12weeks. Nak tidur terlentang saya risau baby sebab bila baca kata bahaya dah kalau tidur terlentang nak masuk trimester 2 ni. Macam mana nak hilangkan rasa sakit ni. Berkurang pun jadi lah. Saya jadi tak cukup tidur sebab menahan sakit.