Missed Miscarriage

Separuh nyawa aku hilang Ya Allah. Beratnya rasa dugaan ni. Sayang mummy, diusia kamu 18w kamu tinggalkan mummy n daddy untuk selamanya. 18/9/19 checkup, jantung kamu dah tak berdegup. Luluh hati mummy, daddy kerja jauh pulak tu dari kita sayang. Mummy kuatkan diri, drive ke hosp berdua dengan nenek. Hosp pun sahkan kamu dah meninggal dalam rahim mummy. Tapi mummy masih harap kamu hidup, mungkin kamu lena rehat. 19/9/19 mummy tengok kamu dengan daddy lagi, nak tengok kot kamu dah bangun. Tapi kamu lena selamanya sayang. Mummy cuba redha, sabar. Tapi mummy belum sekuat itu untuk terima takdir. Kamu laa anak syurga Akhtar (yang terpilih). Saham mummy dan daddy ke syurga Insha Allah. Maafkan mummy, tak berikan yang terbaik semasa kamu berada dalam rahim mummy. AllahhuAkhbar ?

56 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Allahuakhbar.. Tersentuh dengan penulisan sis. 😢. Semoga sis tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.

Sabar ya sis..anak syurga sentiasa menunggu ibuayah nya di syurga...saham akhirat utk ibuayahnya kelak

Thành viên VIP

Salam takziah sis😢 in sha allah anak syurga tunggu ibu dah ayah dia di syurga kelak..

takziah sis. maaf bertanya boleh sy tahu sbb2 nyaa & ad petanda ap2 ke sblm tu? risau plk hmm

5y trước

Haahh sampai nak bangun pun tak larat. Tak makan, perut sakit, nak makan, tekak loya. Sampai weeks ke 16 macam tu baru okay, tu pun tak totally. Takpa, kita sharing sharing 🙂 saya okay jee..

Allahuakbar..semoga sis kuat dan tabah ye..insyaAllah rezeki lain pasti ada utk sis...

Semoga tabah. insha Allah Allah akan gantikan dgn y lebih baik. Aaammmiiinnnn

Thành viên VIP

Semoga sis tabah dgn dugaan ni..InsyaAllah nnti ada rezeki lain 😊

Thành viên VIP

Bykkan bersabar yer sis...semoga dimurahkan rezeki...amin

Sabar dan tabahkan hati ye... Moga mendapat rezeki lagi

😭😭😭 semoga kuat sis.. Salam takziah..