Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah

Hi semua pengguna yang dikasihi! Kami bawakan khas kepada anda Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah dan salah seorang Admin Rasmi Laman FB Malaysian Babywearers untuk menjawab semua persoalan anda berkenaan babywearing! Tanya kelebihan penggunaan babywearing, jenis 'slings' ataupun 'carrier' yang disarankan oleh pakar dan banyak lagi soalan lain hanya di aplikasi kami. *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah
25 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Assalamualaikum doktor. Saya tengah cari baby carrier yang sesuai untuk bayi saya. Persoalannya, 1) Apa perbezaan ring sling dan ssc? 2) Yang mana lebih bagus dan sesuai? Jika doktor perlukan detail usia dan berat bayi yg terkini, bayi berusia 9 bulan dengan berat terkini 8.5kg Terima kasih doktor 😊

Đọc thêm
4y trước

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh pn farhana. Terima kasih atas soalan yang bagus ini. Saya akan jawab berdasarkan anak puan ya. 1) Perbezaan antara ringsling dan SSC. Ringsling : dia One-Shouldered carrier. bermaksud, berat anak akan di tampung oleh satu bahu sahaja. Kelebihan : Mudah disimpan, tak bulky, senang anak nak in-out., bole dipakai dari newborn sehingga larat nak dukung😁 Kekurangan : Berat anak ditampung pada satu bahu sahaja. (Kebiasaannya jika bapa adalah si pemakai, bapa tiada keluhan berkenaan berat anak yang ditampung😊) Kedua, masa pembelajaran untuk handle ringsling dengan baik, mengambil masa sedikit but practice makes perfect gituuu. SSC : Two-Shouldered carrier, berat akan terdistribursi sama rata antara dua bahu kita. Kelebihan : Sangat mudah dan cepat untuk belajar cara memakai. Kedua, banyak brand SSC yang sangat affordable dan memenuhi T.I.C.K.S rules. Kekurangan : Perlu beli mengikut kesesuaian usia san saiz anak. Ada yang sesuai untuk ne

Assalamualaikum dr sya nak bertnya...msa usia kndugan saya 7 mingu sya dtg scan dan dr ckap beby x sama di usia haid sama usia janin...sampi kn dr ckap beby sya tdk berkembang and detak jantung blm nampak apakah sya yg sla terlalu bgi awl trik haid atau mcm mna dr sya risau😌

Slmt ptg doktor. Anak saya baru cecah umur 2 bulan. Blh kah saya guna baby carrier? Baby carrier jenis mcm mana yg sya blh utk anak sya sbb sya ada masalah tulang belakang (scoliosis). Mohon penjelasan. Tq doktor

4y trước

Tq ye doktor

Hi doktor. Saya nak tanya. Satu sling ni berapa lama boleh tahan jangka hayat dia? Jika saya simpan dari anak pertama sehingga ke anak kedua untuk 3-4 tahun, masihkah ianya boleh digunakan?

4y trước

Jangka hayat satu carrier bergantung kepada penjagaan carrier tersebut. Contoh Kain Woven Wrap, ianya khas dicipta untuk menggendong anak, benang yang digunakan kukuh. Jadi bole bertahan untuk jangka masa yang lama.

Hi doktor. Saya teringin nak beli sling tapi tak tahu bajet yang diperlukan berapa. Boleh doktor kongsikan berapa bajet yang diperlukan dengan kualiti yang bagus? Terima kasih doktor

4y trước

Sekarang terlalu banyak brand Malaysia yang mampu milik dan berkualiti setanding brand luar negara. Puan bole join di Group Facebook Malaysian Babywearers Official. Di situ ada ramai Babywearers yang berkongsi feedback tentang carrier mereka.

Hi Doc. I have received a sling as a gift. But I was very afraid with the material eventhough it says that its made from a parachute ring material. Is that safe Doc?

4y trước

Hi mom, Usually the ring we recommend is made from aluminum ring. You can buy the ring and send it to local maker baby carrier, and ask them to change it. Or, find a new ringsling. 😁

Hi doktor. Macam mana dengan posisi yang mengendong bayi menggunakan sling? Adakah akan terbeban dengan berat dan menyebabkan sakit pinggang jika kerap pakai?

4y trước

Posisi anak harus menghadap tubuh si ibu/bapa. Bergantung kepada jenis carrier yang dipakai. Woven wrap, tiada rasa beban pun bila berbabywearing. Seolah olah anak itu melekat pada tubuh kita. Kita rasa selesa sebab kain woven wrap tu lembut. Tapi jika SSC, kita perlu memakai waist belt yang membuatkan jika terlalu ketat, akan memberikan ketidakselesaan tubuh si pemakai.

Dr, kalau saya nak beli satu jenis yg sesuai dari newborn sampai 1 years old dan tak rimas penggunaan especially for man. Dr suggests yg mana ya?

4y trước

Biasanya untuk pertama kali, kebanyakan parents akan memilih SSC. SSC ada banyak jenis. Puan bole cari SSC yang bole pakai dari Newborn sehingga Toddler. Untuk brand apa dan yang mana sesuai, puan bole join Group kami di Facebook https://www.facebook.com/groups/mbw.official/?ref=share

Sling ni ada jangka hayat ke ya Doktor? Contoh jika beli tahun ni dan tak pakai tapi 3 tahun lagi baru pakai. Boleh ke ya? Terima kasih doktor.

4y trước

Sling maksud puan Sling bag atau baby carrier? Hayat baby carrier tidak ada had, bergantung kepada cara penjagaan carrier tersebut.

Macam mana cara penjagaan sling? Perlu di basuh setiap kali selepas penggunaan ke? Sebab material dia kain kan? Mohon pencerahan. Terima kasih

4y trước

Tidak digalakkan mencuci dengan menggunakan sabut pencuci sebab ia bole melemahkan jahitan benang carrier tersebut. Cukup dengan kain lembap dan lap-lap sahaja. pencucian carrier hanya bila perlu shaja.